Column

Thursday, January 31, 2013

Cuti dan Program Tak Dapat Dipisahkan

Inilah hidup Shila.  Sentiasa sibuk dan menyibukkan diri sebabnya Shila ni tak reti dok diam.  Kalau seharian dok umah tanpa buat apa-apa and just tengok tv, makan dan tidur je, confirm panas punggung!  Mesti nak keluar.  Time tu la mak akan mulakan ceramah mingguannya..hehe... 

This week dah ada 3-4 program (lebih kurang) sebab tak semua program dirancang.  Ada yang adhoc je.  Rasa nak pergi, terus je pergi.  Tak kiralah program dengan family ke, kengkawan ke, encik tunang ke atau pun sendirian berhad.  Yang penting aktifkan diri!!

InsyaAllah hujung minggu ni Shila dah ada beberapa program.  

Antaranya:

  • Jumaat: Balik kampung
  • Sabtu: Sambutan Hari Wilayah dan tea party (private event)
  • Ahad: Broga Hill again!!
Nampak tak kesungguhan memenuhkan waktu yang terluang...pantang dapat cuti je, mesti ada aktiviti.  This is me! This is SHILAZIZI uolsss =)


Semestinya, Shila akan update setiap aktiviti tu kat blog ni.  Share experience kan best.  

Nota kaki sHiLaziZi: Korang kalau cuti, korang buat apa? Meh share skit...

Wednesday, January 30, 2013

Melabur Untuk Kesihatan...Berbaloi-baloi

Sebenarnya Shila dah tau pasal benda ni dah lama. More than 5 years ago.  Tapi buat tak tau je.  Kengkonon tak perlulah kan.  Ye lah, Shila ni slim je orangnya.  Buat apa nak pakai ni semua kan.

Ha, sekali Allah bagi ujian besar kat makcik ni, ACCIDENT! Bukan sekali tau tapi 2 kali dan kedua-duanya agak tragis.  First time, accident masuk gaung.  Second time, kereta melekat kat pokok dan dok terus dalam lane motosikal.  Ha, kan! Action lagi kau!

Untuk pengetahuan semua, akibat kemalangan tu, Shila alami sakit tulang belakang yang tiada berkesudahan.  Dari hujung ke pangkal.  Sometimes, memang pedih sangat akibat duduk terlampau lama.  Mak kerja jaga bos dek non, haruslah dok berlama-lama kat ateh kerusi tu.  Kalau korang nak tau lagi, bila setiap kali susah nak buang air besar, memang tulang akan sangat2 effect.  

 
Sakitnya, subhanallah! Rasa nak guling-guling.. tapi kat ofis kan, bukan boleh nak rehat kan.  Penat bila setiap tahun, asal sakit je kena telan ubat, sakit je telan ubat.  Huhu...tak tahan dik ooi... Especially part yang paling dekat dengan tulang pinggul tu... 


Ubat hospital ni asalnya bahan kimia yang dicampur-campur, so, bila terlampau bergantung kat ubat, akan jadi ketagih dan boleh mengakibatkan sakit organ-organ dalam badan.

Hasil dari kesedaran tu la, Shila cari inisiatif lain.  Bertahun-tahun dah cari, akhirnya Shila bertemu semula dengan benda ni.  Nak tau apa dia?

-

-

-

-

-

PREMIUM BEAUTIFUL CORSET!!!



Sebab nak cari penawar kan, cuba jugaklah walaupun harganya..ermmm agak mahal jugak.  Harap-harap hasilnya berbaloi la kan dengan pelaburan yang dibuat.

Reminder: I bukan nak slim hokay, just untuk kurangkan sakit belakang ni je.. Tak semestinya pakai korset hanya untuk kurus.  I dah memang already slim-melim  =)

Selepas pakai 3 hari berturut-turut selama 8 jam, korang tau apa jadi?

Sakit belakang dah kurang dan hampir tak terasa walaupun Shila duduk lelama.  WOW!! Patutlah ramai orang pakai.  Shila ni jenis kalau tak cuba sendiri, Shila takkan percaya.  Sekali dah try, memang menakjubkan!  

Selepas pakai 5 hari berturut-turut pulak, keputihan dah tak ada! Keputihan ni datang bila Shila stress (means hormon tak stabil la tu..)  Bila langsung tak ada ni macam pelik pulak rasa.  So, lepas ni dah boleh jimat duit sebab tak payah nak beli pantiliner lagi =) Yes!! 

2 malam lepas (kira-kira lepas 10 hari guna PB),  Shila try pulak untuk kurangkan rasa migrain (baca kat blog kawan-kawan), alhamdulillah berkesan.

Nampak tak? Dari nak cari penawar 1 penyakit, terus dapat penawar untuk 4 penyakit sekaligus!! Shila rasa sangat berbaloi-baloi bila beli PB ni.  

Alhamdulillah pelaburan yang tak sia-sia.

Kalau you all nak result macam Shila ni, 
boleh contact/sms/whatapps Shila di 012-9144154. 

Shila sedia membantu =)
Perkara yang baik, kita share sesama...



Nota kaki sHiLaziZi: Dah cuba macam-macam jenis korset sebelum ni dengan tujuan kurangkan perut yang membuncit..hehe...tapi takde kesan untuk sakit tulang pun...huhu...only for beauty (perut still maju ke depan seperti biasa..hahaha....) but this one..MIRACLE!! Sangat tak sangka!

WW Januari 2013: 5: B&W Chanel Party


Chanel Party: Black & White 


I Love this party very much!!!


Tuesday, January 29, 2013

Segmen: Jom! Blogwalking


Lama dah tak join contest/segmen macam ni... now, I'm back!! hehehe...



Jomlah korang join contest ni sesame..Contest ni anjuran blog comey ni
Syarat pun senang je...
Nah, baca je kat bawah ni...

SYARAT-SYARAT: 
(*aku dlm syarat2 ni adalah penganjur)
1) Follow dan like page blog aku*wajib*
2) Like dan follow sponser*wajib*
3) Buat satu entry mengenai segmen ni..dan tampal kuat2 banner kat atas dalam entry dan backlink ke entry aku ni.*link entry letak di komen entry ni sahaja*
4) Follow semua peserta yang join*harus*
5) Segmen tamat pada 10/2/2013
6) Tolong share entry korang dekat FB*nanti lagi ramai yang join kan?*

Cara pemilihan pemenang ade 2 kategori:
1) Random*siapa yang ikut syarat diatas sahaja*
2) Letak banner segmen ni di sidebar dan bloglistkan blog aku*akan diletak dalam hadiah yang lebih special*
#blog yang cepat loading dan kemas pom akan dikire

Nota kaki sHiLaziZi: kalau menang memang bestlah.. Hadiah semua pun superb tu!

Monday, January 28, 2013

Berani 2013... Berani-lah Sangat!!

Akhirnya Shila berpeluang jugak pergi one of the high rank seminar by Dr. Azizan Osman (DAO) with my fiance, of course.. Actually last year ada register untuk seminar DAO ni tapi last minute terpaksa cancel sebab ada hal kerja.  Memang rasa rugi sangat time tu tapi alhamdulillah, once again dapat peluang yang sama cuma kali ni lebih bertuah rasanya sebab.... PERCUMA! dan seminarnya dalam bulan Januari.  Means cukup bagus untuk susun perancangan hidup untuk 2013 ni.  

Macam mana pun, Shila tetap cari jalan untuk hadirkan diri.  Walaupun malam sebelum tu, Shila habis kelas lambat dalam kul 2 pagi  baru sampai rumah tapi ajaibnya, sikit pun tak rasa mengantuk.  Penangan awal before seminar.  Excited uollsss!!



Hari kejadian, terlampau ramai orang yang join sama sampai parking pun tak ada! Memang superb!  Apa yang Shila nak share dengan korang semua, bukan isu parking hokay...it's all about life..kehidupan dan cara kita kendalikan kehidupan kita dengan fikiran dan emosi.  Memang terkesan kat hati apa yang DAO cakap.  Dia cuma buka minda kita untuk berusaha ke arah lebih baik dan bantu perbaiki hidup orang lain selepas kita berjaya repair hidup kita. 

Sebelum ni, Shila selalu dengar orang cakap DAO ni mengarut lah, tak boleh percayalah...then, bila dengar sendiri, tak ada pun yang mengarut, dia cuma cakap apa sebenarnya yang terjadi sekarang, itu je.  Kalau dia tak ada niat nak bantu orang Melayu macam kita ni, takkanlah dia buat seminar free.  Dah la free siap sediakan buku lagi.  Ingat calang-calang orang boleh buat ke seminar camtu yang kos tinggi.  Selalunya mesti orang suruh bayar kan, kurang-kurang pun RM 10 kecuali some seminars yang ada agenda di sebaliknya.  Memang ada seminar beliau yang berbayar tapi untuk orang yang rasa betul-betul perlu dan mampu je.  Kalau dah rasa tak mampu, setakat seminar Berani 2013 ni pun dah cukup.  Yang penting tindakan kita lepas hadir seminar.  Kalau balik, simpan semua ilmu yang dah dapat tu bawah katil, memang tak jadi apa la.

Semua kategori orang ada kat seminar tu.  Dari yang biasa-biasa, student, penganggur sampailah ke tahap professional dan usahawan berjaya.  Yang dah jutawan pun ada! Memang giler lah!  Macam mana Shila tau golongan2 ni? Ha, haruslah Shila buat survey, tanya some of them.  Tanya sendiri tau! Bukan dengar cakap orang.

Apa yang Shila berani cakap, lepas habis seminar, macam ada 1 semangat baru dalam diri untuk terus maju ke hadapan dengan jiwa yang lebih bersih, insyaAllah... 

Since event tu sangat private, no one allowed to record or take photos sepanjang event tu berlangsung.  So, there's no any photos that I can show to you about the seminar.



Nota kaki sHiLaziZi:  Jangan mudah percaya apa orang kata tanpa kita alami sendiri

Makan-Makan==> Enak KL

Memula sekali Shila nak minta maaf kat semua pembaca tegar blog shilazizi ni *eh, ada ke hardcore reader blog kau ni Cik Shila ooi???? sebab lambat update. It is because I'm too busy pasal kerja-kerja kat ofis tu sampai langsung tak sempat nak update even short entry. Huhu.. Sedih gak sebenarnya..

Okay..okay..get back to the entry ya..

Kan Shila dah janji nak citer pasal makanan yang kitorang makan kat entri yang ni kan, so, this is it!

Amaran: Entry ni penuh dengan gambar je tau...let the pics do the talk! =)


Pose dulu beb!

 
Main course for the day =)
Ingatkan diorang serve in small potion, sekali sampai, nah! Amik ko...
Memang sendat perut nak abihkan.

Ayam masak lemak cili api
Cukup pedas dan pekat
Menepati selera kami


Kari Ikan yang sangat pekat...
Shila tak berapa suka sebab terlalu pekat tapi abih je pun..hehe...
 
 
 Satay ayam, nasi impit dan kuah kacang yang best!
6 batang je? Nampak macam sikit je kan?
Tapi, percayalah kitorang bertarung nyawa nak ngabihkan 6 batang ni...huhu...

 
 Our dessert: Ketayap mangga..so delicious...

First time makan dish ni. Memang sedap sebab ada rasa manis caramel sauce campur rasa masam dari mangga tu...Biasalah kalau Shila yang makan, haruslah dengan pudina tu pun nak kunyah sekali... Memang sedap giler sebab ada rasa mint dalam mulut di samping rasa masam dan manis tu...wow!


 
Ni minuman yang special kitorang dapat...air bandung!
Nampak je gelas slim melim tapi nak abihkan...huh..hazabbb
Keropok malinjau ni memang best makan especially time tunggu makanan sampai..


Another dessert for us...Pisang bakar with vanilla ice cream..yummy!

Shila kurang suka yang ni sebab pisangnya disalut dengan serbuk kulit kayu manis (cinnamon).  Kuat sangat baunya...Tapi my colleague sangat suka..so let her finish it.
 
Overall untuk makanan, Shila bagi 4/5.  Platting sangat cantik hokay! Ala-ala masterchef gitu..  Harga pulak, Shila bagi 2/5 sebab mahal..not my standard you all...
Makan berdua ni pun, nasib baik Enak KL taja RM 50 dan bayar balance RM 30++.  Thank you Enak KL for this opportunity.  Waiter dan Assistant Manager pun peramah sangat.  Suka!!

Sebelum entri ditutup untuk malam ni, here is the details untuk sesape yang berniat nak menjamu selera di Enak KL:


LG2, Feast Floor,
Starhill Gallery,
181 Jalan Bukit Bintang

Dibuka dari 12 tengah hari - 12 tengah malam
(Last order at 11:45pm)

For reservations and enquiries,
Call +603-2141 8973 or
Email: info@enakkl.com



Nota kaki sHiLaziZi:  Sekali2 nak rasa makan tempat high class kan, tak usah berkira hokay! Kalau tak memang tak merasalah..
 

Monday, January 14, 2013

Alkisah Jumaat: Lunch Date...full of fun

Jumaat last week pergi lunch date dengan sahabat lama, Kak Nora.  Actually, dia ni kawan time kat ofis lama.  Almaklumlah, masuk hari ni genap 2 bulan berkhidmat di tempat baru..so far so good la kan.  Kengkadang teringat gak kat kawan-kawan lama, bos-bos lama. Ye lah kan, 7 tahun kot dok kat sana. Untuk mengubat sedikit kerinduan, pergilah lunch date dengan one of my ex-officemate.


My partner of the day: Kak Nora


First time ever nak makan kat Starhill ni.  Memacam kejadian kelakar jadi dari nak gerak dari ofis sampailah habis makan.  Korang nak tau ke apa jadi?  Hmm..memang kepochi tau! *Kepochi tak citer buruk pasal orang lain a.k.a mengumpat takpe la kan. Ngumpat dosa tau! No...no...no...takmo tambah dosa lagi hokay!

Kita cerita bab by bab ek... *macam drama bersiri pulak =) 

Gerak dari ofis

Confident ni gerak dari ofis, straight je...sekali pandang kanan, baru sedar salah jalan.  Elok-elok jalan tak sesak, terus masuk kat jalan sesak.  Maklumlah tak pernah ke Starhill.  Sesat-sesat ni biasalah kan.  Hehehe...ayat cover...  Lepas dah u-turn, baru sampai tempat yang dituju.  Nasib cik kak sorang ni pandai gak bab jalan ni.  Kalau harap aku sorang, memang entah ke mana-mana aku pergi.  Elok-elok nak lunch, terus balik ofis sebab dah sesat berjam-jam..hehe... Tapi kami sampai dengan selamatnya cuma lewat sikit la. =)

Parking 

Masuk kat carpark je dah kena tahan guard, spotcheck kereta dulu tapi since muka kitorang ni nampak suci sangat, guard tu intai-intai je pastu terus bagi laluan.  Nampak tak? Disebabkan kitorang ni sangat comel dan sangat suci (katanyaaa...) tak payah nak dispotcheck bagai. Thank you baiyaaa... =)  Berpusing-pusing cari parking yang kengkonon nak dekat dengan lif, sekali kitorang baca signboard kat dinding 'no access to hotel from this level'. Apa maknanya tu? Maknanya memang takkan ada tangga atau lif yang menuju ke lobi hotel kat aras tu tapi 1st timer kan, kitorang dah silap faham.  Ingatkan tak ada access ke restoran...hadoii...dah lebih kurang 10 minit baru faham.

Lif

Masuk je lif, confuse, restoran kat aras berapa? 1st time dalam lif tak ada nombor! Ayat yang ada: muse, indulge, feast etc.. tak ingat dah! Disebabkan kaget, kitorang terus je ke tingkat atas sekali (muse). Dah sampai tu, baru teringat nak tengok address kat voucher. pergghhh....restoran kat tingkat feast.  Means 2 tingkat je jarak dari parking lot kitorang..hahaha...jawabnya menapak la sepanjang beberapa tingkat tu turun ikut escalator.
Kitorang bukan orang ada-ada, bukan orang kaya yang selalu lepak tempat camni.  Haruslah sesat barat dan kejakunan kan.  Hahaha...

Lunch time!

Ni lah masanya yang dinanti-nantikan!  Sampai kat restaurant's entrance, dah ada orang sambut *ohmy...feeling dalam drama cintan-cintun lak!  Ye lah kan, ada orang sambut, hantar kat meja, tarikkan kerusi..wow!!!

Menu dah dalam tangan..since I dah check awal-awal kat website Enak KL apa yang nak dimakan, so, dapat je menu, terus order la kan..make it easy & faster! Nak tau apa yang kitorang makan?  Jeng...jeng..jeng...check kat my next entry k! Special pasal menu je tau entry tu...


Some of the dishes....
set lengkap + desserts + air...in the next entry


Ingatkan diorang serve sikit je, sekali....hamek ko! Penuh meja! Yang nak makan 2 orang je.. Jawabnya memang kena lantakkan sampai habislah!  Dah la dedua makan kira kalori. So, hari tu jadilah cheating day especially for my partner, Kak Nora.*korang faham tak maksud cheating day tu? Tengok kat nota kaki shilazizi k! =) 

Makan dah nak abis, baru perasan, atas kepala ada cctv! Itupun Kak Nora yang bagitau, 'woi, makcik! Ateh kepala ada kamera la.  Tadi aku siap garu bon*** lagik!  (nada berbisik dan cover mulut dengan tangan) hah! Memang terkejut time dia cakap sebab before that, perkara yang hampir sama berlaku!....gue cungkil gigi! Berdekah-dekah kitorang ketawa sampai almost 1 restoran tu toleh kat kitorang.  Hahaha.... 

Confirm pakcik yang jaga cctv tu tengok je tingkahlaku kitorang. Heh, lantaklah! Kami bukan orang kaya yang sepanjang masa nak cover-cover makan.  pui!!  Kalau boleh makan pakai tangan, memang dah pakai tangan dah...hahaha.. lainlah kalau pergi majlis rasmi.  Tu official! Yang ni setakat lunch date jorrr...

Lepas selesai makan, kitorang siap dihantar waiter lagi sampai ke carpark.. Punya bagus diorang punya servis!  Actually adik waiter tu hantar kitorang sebab time tu dah masuk rest hour dia.  Kalau dia tak hantar, maunya kitorang sesat barat nak ke carpark & autopay.  Thank you adik waiter *sorry nama akak tak tau, lupa nak tanya 

Panjang nau dah ni, boleh jadi cerpen sudah... Apapun, memang makan kat Enak KL best! 
Review bab makan, next entry k (seperti yang dijanjikan)  =)


Nota kaki sHiLaziZi: Cheating day = special day untuk orang yang tengah diet untuk makan apa sahaja tanpa perlu mengira kalori.  Maksudnya diorang boleh makan je dan pedulikan pasal kalori a.k.a melantak day! Hehe...



Thursday, January 10, 2013

Trafik Naik Hanya Kerana Diet Sihat

Wow!

Trafik tinggi? Eh, ye ke ni? Betul ke? Sampai gosok-gosok mata still macam tak percaya.  Ramainya orang baca blog ni. Macam teruja jap. *Blog tak hebat mana pun...blog picisan je kan.. 

Padahal blog orang lain lagi berpuluh ribu, ratus ribu pageviews, baru 1000++ dan happy bagai nak gila! *ooopss belum gila lagi hokay!

Sampailah saat cik Anna Norule ni bagitahu kat Shila: 

Thank you adik comel yang baru dapat kereta baru semalam!


Ketidakpuasanhati telah menyebabkan Shila sendiri try search by myself guna keyword 'diet sihat' kat google dan......taraaaaaaa!!!



Yang teratas! 
Agak mengagumkan...


Tetiba Shila terfikir, mungkinkah lepas ni Shila boleh menulis lebih banyak lagi pasal diet yang sihat ni?  Hurmmm....what say you??


Nota kaki sHiLaziZi: Gaya hidup (Life style) perlu seimbang antara kesihatan dan kemewahan... Health come first, then wealth will follow =)




Wednesday, January 9, 2013

WW Januari 2013: 1: Shanghai



Shanghai at night

I wanna go here...InsyaAllah, someday...
I would invite YOU to follow me
Anybody? 

Tuesday, January 8, 2013

Pakej Komunikasi Belia: Tengok Bezanya Di Sini!

Korang mesti dah baca entri Shila Pakej Komunikasi Belia-rebate RM 200 untuk smartphone kan.  Kali ni, Shila nak share dengan korang pasal perbezaan antara 7 penyedia perkhidmatan yang terlibat dengan pakej rebate ni.  

Nanti boleh la korang counter check sendiri yang mana patut korang pilih dan yang mana tak patut korang pilih.  



Pakej Komunikasi Belia

Penyedia Perkhidmatan / Spesifikasi
Celcom
Maxis
Digi
U
Mobile
Yes
Tune Talk
Clixster
Jumlah jenis phone yang ditawarkan
1
1
4
5
1
6
6
Postpaid/Prepaid
Postpaid
Prepaid
Postpaid
Prepaid
Postpaid
Prepaid
Prepaid
Tak pasti
Prepaid
Perlu ambil Data Plan sekali?
Ya
Ya
Ya
Ya
Ya
Ya
Tiada maklumat
Berapa jenis Data Plan yang ditawarkan?
6
1
Tidak pasti
1
1
1
Tiada maklumat
Kontrak? Ada/Tiada
Ada
Tiada
Ada (utk Postpaid)
Tiada
Tiada
Tiada
Tiada maklumat
Tempoh kontrak
12 bulan
18 bulan
Tiada
Ada
Tiada
Tiada
Tiada
Tiada maklumat
Advance Payment (Perlu/Tidak)
Perlu
Tidak
Tiada maklumat
Tidak
Tiada
Tidak
Tiada maklumat
Keistimewaan tambahan
-
-
Prepaid-dapat topup RM10 Free!
· Unlimited internet access
· Free call 100 minutes
· Free 30 sms
Percuma
-
Tiada maklumat



Jenis Telefon Pintar (Smartphone) Yang Ditawarkan


Penyedia Perkhidmatan/

Jenis Telefon

Celcom
Maxis
Digi
U
Mobile
Yes
Tune Talk
Clixster
Samsung Galaxy Y
/
/
/
/

/
/
Nokia Asha 311





/
/
Ninetology
Black Pearl II i9400





/
/
Ninetology
Pallette i5300





/
/
Sony Xperia Tipo



/

/
/
ZTE ACQUA





/
/
HTC One X


/




Samsung Galaxy Note II


/




Samsung Galaxy S3


/




Motorola XT311



/



LG Optimus L3 E400



/



HTC Wildfire S



/



Samsung 4G Smartphone




/




My opinion: Majoriti ada hidden agenda.  Kenapa tak diberitahu semasa pre-register dibuat? Dalam syarat-syarat pun tak ada tulis. 

Info ni semua Shila dapat dalam website diorang.  Andai ada yang tak betul, harap korang inform me back ya!


Nota kaki sHiLaziZi: Kalau rasa tak nak beban di kemudian hari, pilihlah prepaid. Macam minat je dengan offer Yes tu...hurmm...