Jumaat last week pergi lunch date dengan sahabat lama, Kak Nora. Actually, dia ni kawan time kat ofis lama. Almaklumlah, masuk hari ni genap 2 bulan berkhidmat di tempat baru..so far so good la kan. Kengkadang teringat gak kat kawan-kawan lama, bos-bos lama. Ye lah kan, 7 tahun kot dok kat sana. Untuk mengubat sedikit kerinduan, pergilah lunch date dengan one of my ex-officemate.
My partner of the day: Kak Nora
First time ever nak makan kat Starhill ni. Memacam kejadian kelakar jadi dari nak gerak dari ofis sampailah habis makan. Korang nak tau ke apa jadi? Hmm..memang kepochi tau! *Kepochi tak citer buruk pasal orang lain a.k.a mengumpat takpe la kan. Ngumpat dosa tau! No...no...no...takmo tambah dosa lagi hokay!
Kita cerita bab by bab ek... *macam drama bersiri pulak =)
Gerak dari ofis
Confident ni gerak dari ofis, straight je...sekali pandang kanan, baru sedar salah jalan. Elok-elok jalan tak sesak, terus masuk kat jalan sesak. Maklumlah tak pernah ke Starhill. Sesat-sesat ni biasalah kan. Hehehe...ayat cover... Lepas dah u-turn, baru sampai tempat yang dituju. Nasib cik kak sorang ni pandai gak bab jalan ni. Kalau harap aku sorang, memang entah ke mana-mana aku pergi. Elok-elok nak lunch, terus balik ofis sebab dah sesat berjam-jam..hehe... Tapi kami sampai dengan selamatnya cuma lewat sikit la. =)
Parking
Masuk kat carpark je dah kena tahan guard, spotcheck kereta dulu tapi since muka kitorang ni nampak suci sangat, guard tu intai-intai je pastu terus bagi laluan. Nampak tak? Disebabkan kitorang ni sangat comel dan sangat suci (katanyaaa...) tak payah nak dispotcheck bagai. Thank you baiyaaa... =) Berpusing-pusing cari parking yang kengkonon nak dekat dengan lif, sekali kitorang baca signboard kat dinding 'no access to hotel from this level'. Apa maknanya tu? Maknanya memang takkan ada tangga atau lif yang menuju ke lobi hotel kat aras tu tapi 1st timer kan, kitorang dah silap faham. Ingatkan tak ada access ke restoran...hadoii...dah lebih kurang 10 minit baru faham.
Lif
Masuk je lif, confuse, restoran kat aras berapa? 1st time dalam lif tak ada nombor! Ayat yang ada: muse, indulge, feast etc.. tak ingat dah! Disebabkan kaget, kitorang terus je ke tingkat atas sekali (muse). Dah sampai tu, baru teringat nak tengok address kat voucher. pergghhh....restoran kat tingkat feast. Means 2 tingkat je jarak dari parking lot kitorang..hahaha...jawabnya menapak la sepanjang beberapa tingkat tu turun ikut escalator.
Kitorang bukan orang ada-ada, bukan orang kaya yang selalu lepak tempat camni. Haruslah sesat barat dan kejakunan kan. Hahaha...
Lunch time!
Ni lah masanya yang dinanti-nantikan! Sampai kat restaurant's entrance, dah ada orang sambut *ohmy...feeling dalam drama cintan-cintun lak! Ye lah kan, ada orang sambut, hantar kat meja, tarikkan kerusi..wow!!!
Menu dah dalam tangan..since I dah check awal-awal kat website Enak KL apa yang nak dimakan, so, dapat je menu, terus order la kan..make it easy & faster! Nak tau apa yang kitorang makan? Jeng...jeng..jeng...check kat my next entry k! Special pasal menu je tau entry tu...
Some of the dishes....
set lengkap + desserts + air...in the next entry
Ingatkan diorang serve sikit je, sekali....hamek ko! Penuh meja! Yang nak makan 2 orang je.. Jawabnya memang kena lantakkan sampai habislah! Dah la dedua makan kira kalori. So, hari tu jadilah cheating day especially for my partner, Kak Nora.*korang faham tak maksud cheating day tu? Tengok kat nota kaki shilazizi k! =)
Makan dah nak abis, baru perasan, atas kepala ada cctv! Itupun Kak Nora yang bagitau, 'woi, makcik! Ateh kepala ada kamera la. Tadi aku siap garu bon*** lagik! (nada berbisik dan cover mulut dengan tangan) hah! Memang terkejut time dia cakap sebab before that, perkara yang hampir sama berlaku!....gue cungkil gigi! Berdekah-dekah kitorang ketawa sampai almost 1 restoran tu toleh kat kitorang. Hahaha....
Confirm pakcik yang jaga cctv tu tengok je tingkahlaku kitorang. Heh, lantaklah! Kami bukan orang kaya yang sepanjang masa nak cover-cover makan. pui!! Kalau boleh makan pakai tangan, memang dah pakai tangan dah...hahaha.. lainlah kalau pergi majlis rasmi. Tu official! Yang ni setakat lunch date jorrr...
Lepas selesai makan, kitorang siap dihantar waiter lagi sampai ke carpark.. Punya bagus diorang punya servis! Actually adik waiter tu hantar kitorang sebab time tu dah masuk rest hour dia. Kalau dia tak hantar, maunya kitorang sesat barat nak ke carpark & autopay. Thank you adik waiter *sorry nama akak tak tau, lupa nak tanya
Panjang nau dah ni, boleh jadi cerpen sudah... Apapun, memang makan kat Enak KL best!
Review bab makan, next entry k (seperti yang dijanjikan) =)
Nota kaki sHiLaziZi: Cheating day = special day untuk orang yang tengah diet untuk makan apa sahaja tanpa perlu mengira kalori. Maksudnya diorang boleh makan je dan pedulikan pasal kalori a.k.a melantak day! Hehe...
3 comments:
Hheee, anggap je masa korang 'beraksi' tu diorang tak pandang cctv.. heheee
hehehhe..best jew..
TQ komen blog ct..neway...ct cadangkan baik jgn letak word verify tu...
Myra Jay: camne nak anggap? mendenya dah lepas baru sedar ada cctv..hahaha...lantakkan aje... =)
Puan Siti: sesama =) word verify yg mana ek? almaklumlah kita ni tak pro sangat bab blog ni...meh ajar meh..
Post a Comment