Column

Monday, January 7, 2013

Istikharah Beri Jawapan: PASTI!

Asalnya Shila dah nekad untuk buat 1 keputusan ni tapi teringat pulak nak buat istikharah malam tadi.  Petang ni pulak, tetiba Shila dapat sesuatu yang boleh dianggap sebagai jawapan.  Korang just bayangkan, bila dapat lamaran (bukan bab kahwin ek) untuk teruskan perkara tu, tiba-tiba, hati terus rasa tak sedap, tak tenang & tetiba rasa nak nangis. Entah apa-apa je.

Tak tau nak rujuk pada siapa perkara ni.  Shila cuma ingat nak call Mak dan Gendut je.  Alhamdulillah kedua-duanya membantu.  Kata mak, kalau apa yang kita berniat nak buat, tetiba rasa was-was dan tak sedap hati maknanya kita kena stop!  Tu petunjuk dari Allah untuk kita.  

Kata Gendut pulak, terpulanglah, kalau nak teruskan, teruskan je tapi kalau tak yakin, baik stop sebelum mula.  Nanti menyesal di kemudian hari lagi tak ada gunanya.  Ha, camne tu? Jawabnya memang aku kena hentikan niat aku la ni.  Huhu...Macam sedih je tapi saat aku buat keputusan ni, saat aku menaip entri ni memang hati rasa tenang tetiba! Petunjuk jugakah ini?

Nota kaki sHiLaziZi: Korang pernah alami situasi camni tak?  Meh share dengan Shila..


Post a Comment