Column

Monday, October 31, 2011

Weekend yang mengujakan!!!

Korang tau tak, last weekend adalah antara weekend yang best bagi aku.  Tau kenapa?  Sebab ada perkara yang aku tak sangka berlaku dalam hidup aku, dah pun berlaku. Ha, korang jangan fikir pasal benda kenkawin ni ek. Takde kena-mengena. No such things!!
 
Sebab PERTAMA:
 
Aku dengan Gendut tak bercako (gado) dah sebulan.  Hooray!! Memasing semakin membesarkan...(Huh, gila pe? Tetiba cakap semakin membesar, macam baby pulak!) Semakin matang ler.  Almaklumlah, kitorang ni pantang bersua...thru phone pun leh gado..bak kata Gendut, memang tak sah kalau kitorang tak gado..hehe...
Happy je aku rasa hidup aku.  Sesangatlah best!!
 
Sebab KEDUA:
 
Aku jumpa bff aku setelah sekian lama (more than 5 years kot) secara kebetulan time aku kat kepci.  Diulang, secara kebetulan je k.  Maknanya, kalau aku takdok kat kepci time ni, memang tak jumpalah dia ni.  Sokmo tukar nombor tepon.  Memang mood aku time tu tengah swing tapi lepas je jumpa dia, terus mood aku :) happy (I feel good!). Mood tu membawa sampai ke malam wei. Semakin sihat aku tengok dia...
 
Sebab KETIGA:
 
Pasal bff aku jugak ni...(sila jangan muak baca pasal bff aku ye ;) winking) Dia kawin last Sunday kat Shah Alam.  Dalam geng bff camping aku @batch aku dulu, sekarang ni cuma tinggal aku & Abe (sebab KEDUA yang kat atas nun) je yang still single (aku sxa...paham dak? Kalau korang sambil baca pun dah kerut seribu dahi tu, tau dah aku korang tak paham apa sxa tu. Maknanya single but not available..don't be confuse anymore ha..).  Untuk pengetahuan korang gak, akulah satu-satunya bunga dalam geng bff camping tu..
 
Ni aku listkan senarai bff camping (trainer & fasilitator) aku:
 
O:-) angel  Boy (pengantin baru..selalu jadi kem komandan yang berhati perut dan simpati dengan peserta)
 :x lovestruck   Shila (aku ler tuh...kekadang je jadi kem kom tapi agak ganazzz....skang ni kan mood falling in love dengan
       Gendut...dulu sume single..hihi...)
 >:) devil   Alep (antara insan terkejam time camping...sokmo budak kena buli dengan dia...buli cara baik tau...kaki riki line 
       baru)
 :O) clown Asler (selalu je nak nyanyi lagu 'kodok ngorok')
 >:P phbbbbt   Kong (leh tahan gak idea-idea busuk dia nih)
 B-) cool   Jempol (selalu je nak cover macho..even time ngajo bebudak)
 &lt:-P party Abe (gila-gilanya pale hotak...teringat pulak aku pasal cekodok keropok..ahakzz)
 
Mish u guys so badly...
 
 

Saturday, October 15, 2011

Terjun Tiruk kat Langat!

Lama dah rasanya aku tak rasa suasana aman damai tenang dan sewaktu dengannya bila lepak dalam hutan, tepi air terjun. Aku rasa ada kot dalam setahun lebih. Ntah ntah dah 2 tahun lebih pun..(nak jugak yang lebih tu..) Finally, Gendut ajak aku pergi piknik dengan kengkawan dia kat Sg. Gabai. Ala, setakat Sg. Gabai je kot..dekat je dengan rumah aku (ada gaya berlagak tak??hmm). Tak kisah la. Janji ada sungai, dekat pun dekat la kan.... Korang tau tak, nama je dekat dengan rumah aku tapi sepanjang aku dok kat Langat ni dah 10 tahun ++, ni lah 1st time aku pergi Sg. Gabai untuk piknik. Caya tak??? Tak caye? sila la percaya ye.. ini betul-betul bukan cobaan.hehe...

Seawal jam 7.30 pagi Gendut n geng dah tunggu aku kat Petronas. Yang lawaknya,Gendut sendiri pun tak call aku suruh siap. Aku tunggu dia roger baru aku bersiap. Dah kalau dia senyap,aku pun buat donno je la kat umah kan. Dah dekat kul 8 lebih,baru Gendut call tanya aku. Siap bebelkan aku lak tu. Memang tak ar! Dia sendiri yang tak call langsung,tetiba nak bebel. Ok stop setakat itu. Memandangkan aku berhati pelangi sebab nak piknik kat air terjun,takde la aku nak ngamukkan dia kan. Lagipun aku dah siap awal lagi. Semangat hutan katakan. hik3..

Kitorang pergi dengan 2 buah kereta & 5 biji motor (kalau tak silap ler..). Sampai kat Gabai,1st mende yang terlintas kat kepala aku bila tengok tang tangga dia yang menyayup tu,'umangai,sejibik macam nak naik kinabalu!' Dahlah aku takde stamina ni. Leh ke aku daki setinggi tangga kat batu caves tu.

Korang tau tak,aku berjaya sampai ke air terjun yang cantik, subhanallah!! Even aku tak cukup stamina. Siap bawa tikar sekali. Gendut yang last skali sampai sebab dia Gendut sangat. hehehe.. Dah la bawa bekas flas bihun goreng lak tu. Gendut jangan marah ek kalau baca citer ni. Keep smiling babe!! Yang penting sampai jugak. Lepas ni boleh la ajak dia daki Gunung Kinabalu or lelain gunung dalam Mesia ni. I like!!

Aktiviti kitorang, bakar ayam,sosej. makan bihun goreng,kuih,sandwich..yang penting: mandi & terjun tiruk. Aku? Yang lelain semua aku join tapi bab mandi aku excuse sebab? (censored) Aku jadi fotographer tak bertauliah je. Time lepak dengan diorang,tetiba aku rasa rindu kat geng camping aku yang dulu..Boy,Abe,Alep,Asler,Kong,Jempol..sume dah kawen.

Takpe la. Sekarang aku dah dapat geng baru. Even tak sama macam dulu tapi tetap meriah. Lama gak dok kat Gabai tu sampai ke petang. Memang enjoy giler. Memacam ragam diorang buat aku happy sepanjang hari tu. Thanks guys. Gendut, u make my day!! Love u lah! (tetiba nak jiwang sangat la pulak kan..jangan marah)

Aktiviti seterusnya main futsal dengan diorang pulak. I like!!

Wednesday, October 5, 2011

ADA SARANG LABAH-LABAH YANG BESAR KAT SINI!!!

Uhuk..uhuk...
Wohoo!!! giler ah..Sesak napas aku sampai terbatuk-batuk. Penangan kena redah sarang labah-labah yang besar-besar ni dulu, baru dapat jenguk blog...Bersawang seyh...Lama giler tak update.
Go to fullsize image
Kredit: Pakcik Google
 
Memula sekali, aku nak minta sorry dengan korang yang masih sudi membaca blog di pinggiran ni (macam tajuk lagu  la pulak) sebab lama tak ada cerita baru.  Sebenarnya, sepanjang tempoh blog ni tak berupdate, macam-macam cerit
la TAPI disebabkan ketiadaan mood menghapdet blog ni. Jadinya, semua pun tergantung dalam hati je.  Sesak dada wlampau simpan sensorang...  Hati aku pun dah macam stor rasanya.  (Bukan tong sampah tau sebab aku tak hingin nak simpan menda mengarut dalam hati aku ni..puii) 
 
Dan, sepanjang tempoh blog bersawang jugaklah, aku sangat rajin berjalan-jalan ke blog kengkawan blogger yang lain.  Best je baca entri diorang.  Sendiri punya blog?? Ya ampunnnn....Sampai ke hari ni la baru tebas segala semak-samun, bersihkan sawang segala.
Kredit: Pakcik Google
 
Aku ada terfikir untuk buat entri bersiri means everyday ada entri tentang perkara tu dan tajuk segmen entri tu ialah.....KEJADIAN PAGI INI...ha, ok tak? Sebab entri tu nanti berkisarkan kisah setiap pagi yang aku alami, yang aku nampak, yang aku rasa especially time on the way pergi kerja.
 
Kira ok la kan...even aku tak hapdet blog aku berkurun lamanya (berkurun ker?) tapi kepala masih lagi boleh fikir untuk improvement kan.. ;) winking