Column

Showing posts with label eksklusif. Show all posts
Showing posts with label eksklusif. Show all posts

Tuesday, April 2, 2013

Makan-Makan ==> Anggrek Kuring

Dapat peluang untuk buat food testing kat Restoran Anggrek Kuring, Puchong memang buat aku excited sangat.  Mana taknya, elok je aku dapat tau yang aku dijemput sama, terus je aku google pasal restoran tu.  Wow! Menu yang disediakan memang marvelous kot. Lain dari yang lain. Exotic! Selalu tengok je menu-menu ni dalam sinetron Indo (almaklumlah, aku kan penggemar sinetron Indo ni..hehe...) 




Sebelum kita terus ke senarai menu, meh aku inform kat korang.  Restoran ni HALAL. =)
Kalau tak, confirm aku dah tolak awal-awal jemputan ni.




Meja VIP untuk kitorang =p



Menu of the day



Jom makan!



Air pembuka selera
Cucumber Lime Juice




Coconut Shake terbaik 
Pekat dan kuat rasa kelapanya...sangat pure!



Nasi Uduk
Lebih kurang macam nasi lemak, bezanya nasi uduk ni dimasak dengan herba khas




Ikan Kerapu Berdiri (Standing Fish)

Ada cara tau camne nak dirikan ikan ni.
Overall ikan ni boleh makan sebab sangat garing. 
Sos ikan ni dibuat dari kuning telur masin. 
Rasanya berlemak.




Ni pulak Ayam Bakar (Grilled Chicken)
Ayam ni diperap dengan rempah yang istimewa. Rasanya memang sedap.
Isi ayam pun lembut.




ISTIMEWA! 
Satu lagi menu ayam kat sini.
Nampak macam biasa je kan. 
Ayam ni dipanggil Soft Bone Chicken.


Maksudnya kita boleh makan ayam ni tanpa perlu risau tercekik =) sebab tulangnya boleh dimakan camtu je. Ayam ni juga diperap dengan rempah rahsia pemilik restoran. Kemudian, dimasak dengan api yang kecil selama 6-7 jam.  Lama kan.  Oleh itu, kalau korang berhajat nak makan ayam ni, kenalah call dulu buat reservation supaya bila datang nanti taklah kempunan sebab ayamnya dah habis. :)

Kalau aku masak ayam camni agaknya, rentung! Tak jadi dah soft bone, terus jadi very hard bone chicken. Haha...




Ni namanya Tauhu Gejrot

Kita kat Malaysia panggil tauhu bakar ler.
Tauhunya memang lembut dan tak liat.  Tu yang best!  
Tapi sos dia yang buat aku cop tauhu ni as my favorite dish of the day.  
Sedappppppp sangattttttt!
Makan dengan hirisan timun pulak kan..Perghh...


Pepes Jamur

Yang ni pulak sama macam pais ikan atau otak-otak.  
Yang bezanya adalah kandungannya.  
Pepes ni padat dengan cendawan.  
Tak pedas so budak-budak pun boleh makan.
Sesuai untuk yang vegetarian jugak.

*Jamur tu cendawan dalam bahasa Sunda ya anak-anak =)


Disebabkan pegedelnya abis, diorang ganti dengan kangkung belacan
Sedap jugak.
Kalau ada yang resdung, masih boleh makan ni sebab belacannya kurang sangat. =)



Udang Sambal Petai

Ni consider makanan biasa orang Malaysia lah kan.
Aku kurang suka menu ni sebab udang dia macam terlebih masak. Lembik. 
Tapi udangnya besar-besar hokay.
Yang penting, makanan kat sini semua tak pedas sebab dah diolah mengikut citarasa orang Malaysia yang pelbagai ragam ni..hahaha..
Kalau korang rasa nak pedas, pesan awal-awal k.


Kalau korang nak cuba makanan dengan cara hidangan yang eksotik ni, silakan ke: 

Restoran Anggrek Kuring
30-1, Jalan Puteri 1/4
Bandar Puteri, Puchong
47100, Puchong, Selangor
Tel:03-8063 8050



Nota kaki sHiLaziZi: Ada niat nak ke sini lagi sebab panggilan makanannya.. bukan panggilan pulau haaa..






Thursday, March 28, 2013

Reebonz 4th Anniversary

Aku dijemput untuk meraikan ulangtahun Reebonz yang ke-4 kat butik diorang di Bangsar.  Since aku dapat jemputan untuk 2 orang, so, aku ajaklah officemate aku, Kak Ina. Nasib akak ni sporting.  Aku cakap kat dia nak pergi event orang kaya, terus excited ko!! Mana taknya, setakat aku dengan akak ni, haruslah belum mampu nak beli handbag yang harganya....fuh! 

Eh, kejap! Korang tau tak Reebonz ni apa? Meh la aku citer sikit pasal Reebonz ni. Actually, Reebonz ni online shop for those yang nak beli branded merchandise macam handbag, kasut, accesories.  Authentic! Not fake hokay..Cuma harganya lebih murah berbanding yang dijual kat butik-butik jenama tu sendiri kat Malaysia ni. Penghantaran PERCUMA!  Best kan...

First 100 yang datang event ni akan dapat goodies bag worth RM500.  Aku sendiri pun tak tau apa isi goodies bag tu sebab....aku dalam kategori 100++..ahaksss...terlewat sampai sebab jalan nak ke Bangsar tu jem!. Frust! 



Gila kejap bila aku tengok handbag cecantik ni...



Semua orang berebut nak beli sebab harganya lebih murah dari kat luar...
Bukan murah sikit tau...diskaun sehingga RM3k untuk sesatu beg tu



Sherly (kalau tak salah lah), me & Kak Ina



Sherly again (macam nak tido je..hehe...), Dee & me

Diorang ni memang super friendly.  Lelagi si Dee tu.  Aku paling suka time dia bercerita.  Memang penuh perasaan. Memang happening giler.  Yang kelakarnya, baru kenal tak sampai 10 minit, kitorang dok menyembang macam dah kenal 10 tahun! Hahaha... samalah dengan Sherly tu..

Kalau korang rasa nak usha-usha, gi lah kat fb Reebonz Malaysia atau website Reebonz

Thanks to Reebonz Malaysia for the party. Much enjoy! :)


Nota kaki sHiLaziZi: One day akanku miliki juga one of the bag. Cantik giler kottt..haha...



Monday, March 18, 2013

Gudang & Warehouse Bukan Sama Ke?

Ni first time dapat jemputan eksklusif ke Warehouse. Ni bukan warehouse belakang rumah tu tau, nama butik ni 'Warehouse'.  Aku pakai selipar je wei pergi sana.  Memang sempoi habis.  Tak ada pun nak beriya sangat since aku ni takde pun nak shopping kat kedai-kedai gini. Hehe... Alhamdulillah lah kan ada orang nak invite kita ke event ni. 

Asalnya ajak cousin teman, tetiba dia ada hal pulak.  Terpaksalah seret Gendut akhirnya.  Dia bukan suka sangat bab-bab shopping barang pompuan ni.  Always dia dok luar kedai, I je yang masuk dalam.  Sama la dengan event ni.  Aku dok masuk dalam tengok-tengok baju skirt bagai, dia dok luar je.  Kebetulan ada pameran F1 pulak kat situ, hah, memang sah-sah dia menebeng kat exhibition tu je.  Tak herannya kita ni.

You know what? Bila dah sampai tu, aku tengok ramai je yang pakai selipar!  Comfortable kan..hehe....  Actually, event ni diorang buat sempena memperkenalkan koleksi design Warehouse yang terkini.


Takmo amik gambo kaki sebab pakai selipar! Haha...

For me, pakaian kat Warehouse ni cantik jugak kalau pandai gayakan. Yang bertudung pun boleh pakai cuma agak mahal la bagi aku. Anyone yang suka fashion up to date especially untuk work attire, boleh la datang ke Warehouse ni.  Tak jauh pun, kat Sunway Pyramid je =)


Goodies from Warehouse
~Voucher produk Shu Eumura~
~Anting-anting~

Malangnya, aku tak pakai pun anting-anting ni...semua jenis subang, anting-anting bagai memang aku tak pakai, so, time to give to others =)  

Siapa nak??  Angkat pc/laptop/tablet korang tetinggi...yeehaaa!!


Nota kaki sHiLaziZi:  Pergi event, makan-makan, minum-minum, tengok-tengok apa yang ada, keluar dan balik...bestnya hidup...no need money for it, just for parking only =)


Friday, November 11, 2011

EKSKLUSIF!! Mulut Jahat....

Tengok situasi sekarang ni...especially situasi aku ler kan..bukan keliling aku tau...ni aku sendiri...Teringat aku time dulu-dulu, zaman-zaman aku tak berapa aktif kawan dengan dak-dak pompuan ni.  Aku memang terkenal dengan kekurangan kawan perempuan semenjak dari kecik lagi sampai la aku masuk zaman pekerjaan.  Sampai jenjiran aku pernah tanya kat mak aku.
 
Jiran (J): Kaklong tu tak ada kawan pompuan ke?
Mak (M): Ntah dia. Ada tu ada tapi 1, 2 orang je. Boleh kira dengan jari.
J: Kenapa?
M: Dia kata mulut pompuan jahat.
J: Oo ye ke?
M: Ye la. Katanya asyik nak mengata orang, mengutuk orang sana sini je. Kawan dengan lelaki bukan tak ada citer pasal orang lain tapi jarang. Dia kalau kumpul dengan kengkawan dia, balik-balik citer bab camping. Tak pernah pulak dengar citer pasal orang lain.
 
Ni lah situasinya dulu...tapi sekarang...
 
Semenjak 2menjak terutamanya bila aku dah masuk zaman kerja 6 tahun lepas...aku memang dah terasa sangat-sangat pasal apa yang aku pernah cakap kat mak aku dulu 'mulut pompuan ni jahat'.  Memang betul!!  Awal-awal kerja aku masih tak rapat dengan sesapa & aku sibuk dengan dunia hutan aku je, memang kurang sesangat aktiviti 'buat ketupat' ni.  Aku sendiri tengok orang 'buat ketupat' pun aku meluat. Ye lah perasan bagus kan, ngata orang macam awak tu betul sangat!. Mak aku ngumpat pun aku tegur. Kekadang kitorang tinggalkan je sebab malas layan. Bak kata abah aku ler, kalau orang dah mula mengumpat, tinggalkan je kalau tak boleh nak tegur.
 
Masuk tahun kedua dan seterusnya, semakin banyak saham akhirat yang minus aku dapat akibat terlampau 'prihatin' ni.  Memang payah kan bila dah kawan dengan pompuan ni. Kalau kita tak join diorang bila diorang tengah ada berita-berita hebat, kata kita tak campur orang.  Bila dah bercampur, macam ni la jadinya, susah nak tinggal perbuatan hina ni.  Dah jadi sebati dengan jiwa pulak. 
 
Allah pernah berfirman, 'Sesiapa yang mengumpat itu umpama memakan daging saudaranya sendiri'
 
Ya Allah ampunkan dosa umpatan hambaMu ini, Ya Allah...
 
Aku takut sebenar-benarnya..TAPI >:) devil
 
Kadang-kadang bukan niat kita nak mengumpat, tapi kita cuma nak luahkan ketidakpuasan hati kita je..Tetap jugak mengumpat Shila oooiii!!!! Ingat cakap abah, asalkan dah menyebut nama orang lain ketika kita berborak, itu dah dikira mengumpat.  Confirm!! Hari-hari memang ada...Free je kan orang-orang yang aku sebut-sebut tu dapat pahala.
 
Kredit to Pakcik Google
 
Sempena hari Jumaat yang mulia ini, aku berazam untuk tidak mengumpat lagi.  TAPI boleh ker?? Boleh je aku rasa dengan syarat, aku kena selalu berfikir positif.  THINK POSITIVE! BE POSITIVE!
 
Semoga Allah memberikan petunjuk untuk aku jadi lebih baik...