Column

Wednesday, September 29, 2010

Alamak! Salah Kereta La...

Alkisahnya, malam semalam aku pergi makan dengan my gendut very the chubby. Maklumlah dah balik kerja kan kepenatan (walaupun seharian kat ofis, kerja tak banyak). Lepas makan, biasalah kan. Mulalah mata nak terkatup. Memang mengantuk sesangat tapi aku pergi washroom dulu. My gendut dah masuk kereta dulu. Keluar je washroom aku terus menonong je masuk dalam kereta tanpa toleh kiri kanan. Baringkan seat dan terus lelapkan mata. Korang tau apa jadi after that????

"Dik, adik ni dah salah kereta ni".  Terkejut aku dengar suara orang lain. Terus mata aku terbuka luas-luas.  Aku tengok brother tu pandang je muka aku. Memang sah! Aku dah salah kereta. Malunyeeeeee.....ngeee. Lepas aku say sorry kat brother tu, terus je aku keluar dan pergi kat kereta my gendut. Tetiba my gendut tanya, "Kenapa pergi toilet lama sangat? Sakit perut ke?". Aku pun terus je cerita kat dia what happen actually. Dia punya la gelakkan aku.

Shilazizi:  
Kalau nak masuk kereta walau dalam apa keadaan sekalipun, tengok sekeliling dulu, jangan main redah je. Huhuhu...Ngantuk punya pasal!!

Korang pernah alami benda macam ni tak?



2 comments:

kenalinegaraku4u2c said...

Hehehehehe...Pernah2,semasa saya di PD beberapa tahun lalu..Selamba je saya masuk kereta org dan duduk sebelah penumpang hadapan.Nasi baik budak pompuan tu tak menjerit.Tapi,dia dah buka pintu nak lompat keluar.Jenuh saya minta maaf.Sedangkan kawan saya ketawa pecah perut selang beberapa kereta yg saya salah naik.Nak kontrol malu,saya pun menasihatkan budak pompuan tu agar sentiasa kunci pintu kereta,bahaya.

SHILAZIZI said...

Memang kelakar kan bila benda macam ni jadi...Kejadian saya tu nasib baik waktu malam so stakat bawah cahaya lampu, orang pun xbrape nak nampak..hehe...