Column

Thursday, September 10, 2015

Fitness For Women

SA memang suka bab menaktifkan diri ni.  Tak kira apa aktiviti pun.  Sukan ke, kebudayaan ke, fitness ke.  Shopping pun boleh.  Hehe...Time SA dalam kursus, SA dapat whatsapp dari member bagitau ada Bengkel Kecergasan, Fitness For Women anjuran Jabatan Belia dan Sukan WPKL.  Haruslah SA nak kan.  Padahal time tu tak tau pun jadual bengkel tu macam mana.  Main setuju je.. Hehe... :)

Minggu tu memang sibuk sangat.  Dah la pergi kursus 2 hari, lepas tu naik je pejabat, kena join koir bidan terjun sebab event YB Menteri.  Esoknya bengkel kecergasan pulak.  Memang tak buat kerja pejabat la SA.  Alhamdulillah dapat bos yang baik dan colleagues semua pun best.  Time masuk pejabat, tengok surat kursus atas meja.  Terus selak muka belakang. Tengok jadual.  Zumba? Fitness Bootcamp? Wow! Interesting giler bengkel Fitness For Women ni.  Terkinja-kinja nak join. Hahaha....

Kami pergi berempat naik kereta sendiri. Guna apps waze sebab kami tak ingat jalan..Hahaha...Sekali GPS tu tunjuk jalan memana entah. Guna Pun Sesat namanya... Penyudahnya ikhtiar sendiri.  Ha, alhamdulillah sampai pun. 100% perempuan.  Tak ada langsung lelaki dalam tu termasuk yang jaga AV System.  Best giler...Bebas!


Muka happy keluar peluh

Memacam ilmu kecergasan SA dapat.  Dari bab jenis senaman, nama-nama otot, senaman yang sesuai untuk setiap bahagian otot, cara pemakanan, timing senaman, apa beza muscular training dan cardio training.  Banyak lagilah.  InsyaAllah ada masa nanti, SA buat entri pasal ni.  Kita share sesama.  Dari situ SA dapat tau kenapa ada di kalangan kengkawan SA ni bersenam beriya tapi tak loose weight pun.  Ada silapnya dalam exercise tu.  


Fitness for Women

Wefie dengan instruktor kami, Mdm Azizah Othman

Bagi SA, SA bukan nak kurus, cuma nak dapat body yang fit & firm je. Biarlah orang nampak gemuk pun, janji kita fit.  Bila balik kerja boleh terus masak dan gomol anak, tu buktinya kita fit.  Kalau tak, balik kerja je mesti nak melepek kat sofa dulu, buang lelah.  


Nota kaki sHiLaZiZi: Sekarang, SA buat zumba dan circuit training depan tv je lepas balik kerja sambil Aisyah dok sebelah.  Seronok bila peluh keluar dan no more stress.

No comments: