Column

Friday, September 4, 2015

Kedai Ganti Cermin Kereta Murah

Minggu ni memang kurang ummpphh sikit la berbanding minggu yang lain.  Ada je dugaan. Dari kereta dilanda ribut sampailah alarm kereta rosak.  Nasib baik hari ni kereta 'sihat'.  Alhamdulillah.  Cermin pun dah selamat ganti baru.  Tapi melayanglah RM kesayangan. Huhu... 

Ni SA nak cerita pasal kedai ganti cermin kereta murah yang SA pergi tempoh hari.  Kedai ni abah yang rekomenkan. Memang bagi SA murah berbanding lelain kedai yang SA dah survey.  Yelah kan, mana tahan lelama windscreen tak ada. Puas dah survey merata kedai yang dekat dengan rumah, tapi hampa sebab bila call semua mahal.  Dah la gaji belum lagi.  Tengah sibuk-sibuk meng'google' dengan si suami, tetiba abah call cakap hantar ke Seri Kembangan.  Abah dah siap order cermin.  RM530 sekali GST.  Murahkan?  Terkezut SA dengar.  Rata-rata SA call semua quote harga RM650-RM800.  Tu belum campur GST lagi tu.  Kalau campur??  Terkeluar rasanya biji mata.  Telan air liur.

Korang nak tau kat mana bengkelnya?  Jeng...jeng...jeng...


Siap pun cepat. Katanya dalam 1 jam boleh siap.  Tapi disebabkan kereta SA ni kategori veteran, so terlajak setengah jam ler.  Getah yang keliling cermin tu dah keras sangat.  Kesian tengok diorang korek keluar.  Tapi kira cepatlah.  Kalau bengkel lain, diorang kata ambil masa 2-3 jam. Efisyen gila kerja diorang.  2 orang je yang buat kerja pun.  Yang buat lagi puas hati, siap vakum segala kaca dalam kereta, sekali buang sampah sarap yang ada.  Dalam bonet sekali dia vakum.  Lengkap! Tip top! Bersih!

Balik rumah, cerita kat suami SA, pasal diorang vakum semua part dalam kereta sampai ke bonet.  Dia kata, 'Kenapa awak tak minta dia tolong cuci je terus?' SA terus buat muka, (tangan di bahu, mata ke atas) Ada ke patut?  Ingat tu carwash ke?  Cett!

Untuk makluman kita bersama, LANDMARK kedai ni bertentangan dengan Stesen Komuter Serdang, belakang KK dan 7 Eleven.  Korang better call dulu tanya harga, GST semua bagai sebelum pergi ye.  Sebab tak nak nanti bila dah sampai kedai, cermin yang korang nak, tetiba tak ada stok pulak.  Nanti kena tunggu lama pulak, tunggu cermin sampai kan. 

Nota kaki sHiLaZiZi: Tak semestinya kedai yang tak ramai orang tu, mahal ye kengkawan.  :)

No comments: