Marah biar bertempat...
Aku memang mengaku yang aku ni ada kalanya pemarah jugak. Ye lah kan, sabar kita ada tahapnya. Kalau dah korang cabar tahap kesabaran aku sampai ke langit ketujuh, tak ke berdentum guruh di langit?? Eceh... Berfalsampah pulak aku. LOL. Sebenarnya memang la marah ni tak baik. Tak elok jugak untuk otak dan hati. Biasalah kan, bila dah marah, mana ada orang fikir baik buruknya, ye tak?? Semua main redah semacam jer..
Apa yang aku buat bila aku marah, biasanya, aku tarik nafas dalam-dalam, lepas tu aku cakap kat diri aku sendiri, “Shila, sabar Shila, sabar, sabar, sabar...”. Actually, terapi menyabarkan diri sendiri ni sangatlah berkesan kepada aku. Terapi ini aku belajar time sekolah menengah dulu. Alhamdulillah sampai sekarang aku praktikkan. Tapi biasalah, kekadang tu aku tak boleh sabar, aku termarah jugak. (Tersengih) Especially time penyakit aku datang (ha, korang mula nak fikir yang bukan-bukan la tu kan?) Penyakit tu, hari nak datang bulan la..Penyakit orang perempuan ler.
Sabar...sabar....sabar...
Kebetulan, aku terbaca Harian Metro (HM) hari ni pasal bab marah ni. Korang baca la kat sini Tarik Nafas Hilang Marah
Banyak buruk dari yang baik apabila kita marah
Akibat marah ni memang selalunya buruklah. Macam artikel dalam HM tu la kan. Aku dulu pun pernah ada kisah tragis akibat marah ni.
Oops...tak mo citer ar...
Tapi biarlah aku simpan kemas dalam memori aku. Tak payah la nak story-mory kat sini. Seram aku kalau ingat balik peristiwa-peristiwa dulu tu.
Sempena masuk tahun baru 2011 ni semua orang macam diwajibkan ada azam baru kan, jadi aku berazam untuk tak nak marah-marah lagi tahun ni. Tapi kalau dah tak boleh tahan sangat, minta maap je la ye, memang terlepas juga kemarahan tu. LOL.
Jerit je kuat-kuat sampai hati puas
Apa korang buat kalau korang marah?? Jom share.
No comments:
Post a Comment