PERLU ditanya pada diri sendiri, berkahwin kerana keinginan peribadi atau desakan orang lain?
Barangkali ada yang belum ada keinginan untuk mendirikan rumah tangga tetapi atas paksaan, lalu dia menjalani sebuah perkahwinan.
Pilihan pasangan hidup adalah lebih penting daripada apa jua yang dilakukan untuk membahagiakan rumah tangga. Bunyinya seperti mudah saja dilakukan tetapi anda akan terkejut dengan peratusan tinggi orang yang tidak sabar melangsungkan perkahwinan sehingga mereka tidak menumpukan masa dan usaha dalam membuat keputusan yang baik.
Jika anda belum ada pasangan dan baru berhasrat menjalin hubungan dan melangsungkan kehidupan berdua yang membahagiakan, renungkan petua ini:
· Memilih pasangan sendiri. Ramai yang sering memilih pasangan semata-mata untuk menggembirakan orang lain tetapi amat penting supaya orang yang hendak berkahwin itu sendiri gembira dengan pilihannya. Keputusan hendaklah dibuat berasaskan keperluan dan impian sendiri.
· Harapan yang tidak wajar. Kebanyakan rumah tangga gagal kerana tidak mendapat apa yang mereka impikan sebelum berkahwin. Ramai yang memasuki alam perkahwinan dengan sangkaan bahawa pasangan mereka akan memenuhi semua keperluan mereka dan perasaan romantik mereka ketika bercinta akan kekal abadi. Sebenarnya, rumah tangga yang bahagia memerlukan begitu banyak usaha, kesabaran dan ketabahan.
· Masalah peribadi dan tingkah laku. Keperibadian dan tingkah laku tidak akan hilang apabila berkahwin.
Tanya diri sendiri sama ada anda sanggup untuk menghabiskan masa sehingga ke akhir hayat untuk menangani ciri keperibadian pasangan yang tidak disenangi.
· Banyak pengalaman hidup. Pengalaman yang dilalui tidak bergantung pada usia seseorang. Pengalaman lelaki dan wanita mengharungi susah senang bersama amat bermakna dalam perhubungan.
Ambil contoh mudah misalnya melalui lalu lintas yang sesak atau jalan kampung yang becak. Dari situ, dia akan menunjukkan siapa dirinya yang sebenar.
· Bayangan orang yang ingin dikahwini. Bayangan ini tidak anda sedari pada umumnya, namun ia amat mempengaruhi anda.
Bayangkan dengan jelas sifat orang yang ingin anda kahwini. Fikirlah dengan panjang dan mendalam mengenai penampilan, kepintaran, pendidikan, kerohanian dan seumpamanya.
Pemikiran bawah sedar anda boleh menghantui sesuatu hubungan. Berpeganglah pada bayangan anda ini. Jika tidak, anda akan menginginkan orang lain buat selamanya.
· Pasangan bersifat seakan-akan diri anda. Pasangan yang mempunyai terlalu banyak perbezaan sifatnya akan memerlukan usaha yang lebih untuk memastikan rumah tangga yang dibina kekal bahagia.
· Mempunyai cita-cita seiring. Jika orang yang anda kahwini bercita-cita jauh lebih rendah atau lebih tinggi daripada anda, mungkin anda berdua akan kecewa.
Perbezaan sifat mungkin menarik hati ketika melamar, tetapi ia akan menyebabkan banyak kekecewaan sepanjang perkahwinan.
· Kebolehan berkomunikasi. Kebolehan berkomunikasi sangat penting demi kebahagiaan rumah tangga. Kesejahteraan perkahwinan bergantung kepada tahap komunikasi suami isteri. Hasrat dipendam tanpa komunikasi berkesan bukanlah caranya.
· Kebolehan selesaikan masalah. Pasangan perlu tahu yang mereka berkemampuan untuk menyelesaikan pertelingkahan sebelum mereka berkahwin.
Banyak rumah tangga runtuh kerana suami isteri tidak tahu menangani perbezaan diri mereka.
2 comments:
oi makcik..mcm pakar motivasi cinta jer..Jd Doktor CINTA je lah..
apisv2: salam kenalan. tq sudi jenguk blog yg tak seberapa ni.
Nora Manja: Belum tahap pakar lagi lerr...
Post a Comment