Lama kan aku tak update blog ni..hurm, sibuk je memanjang akhir-akhir ni. Pergi ofis subuh-subuh hari sampai la ke petang. Balik buat kerja rumah dulu. Bila dah malam, mata pun dah layu, terus je tidur. Tak pandang langsung blog ni. Bersawang dah. Ha, hari ni ada masa sikit boleh la nak cuci sawang-sawang yang ada ni. Hehehe.....
First story untuk hari ni pasal program di CNY. Last week cousin aku lagi sorang kawin...Azua. Setelah lama aku tak balik kampung, 4 Feb yang lepas, aku and family pun balik la ke kampung untuk hadir majlis kahwin ni kat Felcra Changkat Lada, Kg. Gajah, Perak. Mentang-mentanglah majlis time Chinese New Year (CNY), semua nak amik 'ong' CNY tu. Semua la nak pakai merah. Merah menyala pulak. Dah orangnya cantik kan, pakai apa pun cantik.
Azua & Aiby (husband)
Tapi merah ni dah menaikkan lagi seri muka dia. Sangat santek tau. Husband pun stylo abis.
Semangat si Aiby ni makan...huhu...
Tengok la time makan beradab pun, makan selamba je..xde nak segan-segan pun. Dua-dua belah family sporting, takde masalah la kan. Cameraman si Wa ni bukan main ramai lagi tapi semuanya kawan-kawan dia gak.
Aku ada tugas istimewa time majlis ni. Tau tak apa dia?? Aku kena jaga anak-anak sedara aku dan sepupu-sepapat yang kecik-kecik macam dalam gambar kat bawah ni.
Ni baru 30% ada lagi 70% takde dalam gambar
Semua orang pakai baju kurung, baju kebaya, cantik-cantik tapi dak kecik ni mak dia pakaikan cheongsam. Raya Cina kan..hehe...mulutnya dah la macam Joyah Sport. Sangat the bechok tau!
Amira Adriana yang sangat kepoh...
Akhir sekali, aku persembahkan gambar perkahwinan yang paling sempurna (kira paling ok la berbanding yang kat atas nun) untuk tatapan korang semua.
Cantik kan...
No comments:
Post a Comment