Isnin lepas 14 Februari 2011 bukan main ramai lagi yang kena cekup kan. Gara-gara nak buktikan cinta la konon kan. Semua nak sambut Valentine's Day. Hari Kekasih katanya. Lagi baik sambut Maulidurrasul yang cuma sehari lewat dari 14haribulan.
Credit pic to topislamic
Credit pic to iluvislam.com
Yang lagi tak boleh blah bila ada yang sanggup bawa anak semata-mata nak cover perangai buruk diorang. Ada ke nak buat maksiat siap bawa anak pulak. Ingat Jabatan Agama tak tau ke. Choi!! Ni salah satu musim MENGAWAN kat Malaysia. Kenapa aku panggil musim mengawan? Sebab time-time ni semua nak buat anak, 9 bulan kemudian, semua pakat-pakat buang anak, dah tu ada jugak yang si ibu kena buang dek keluarga tersayang. Boyfriend tercinta entah ke mana hilangkan jejak. Tak nak tanggungjawab kan. Senang betul lelaki ni, dah tabur benih, suruh orang lain tolong jaga, tolong baja, tolong siram. Hampeh betul!!
Ni berdasarkan pemerhatian aku la kan, ada 3 bulan terfemes musim mengawan ni. Januari, Februari dan Ogos. Cuba korang tengok ni ek. Januari, time sambut tahun baru. Semua orang sibuk-sibuk sambut tahun baru, tengok bunga api. Ada pulak yang buat projek amal penanaman benih, sewa hotel bajet, siap boleh sharing lagi. Bulan Oktober banyaklah baby comel kena buang masuk dalam paper. Februari tak payah la aku cerita kan sebab dah cerita kat atas.
Tergamak ke korang buang bayi secomel ini??
Lepas tu Ogos. Time merdeka. Merdeka! Merdeka! Merdeka! Happy je semua keluar tengok bunga api, jerit 'Merdeka! Merdeka!' terutamanya anak-anak muda Malaysia. Diorang ni merdeka ada sebab lain. Merdeka boleh rosakkan anak dara orang. Yang si dara pun sibuk-sibuk nak keluar tengah malam sebab nak berkepit dengan si teruna. Jawapannya tergadai maruah diri. Lahir lah insan yang tak sah taraf akibat kekhilafan mak ayah pada sekitar Mei tahun berikutnya.
No comments:
Post a Comment