Last week aku kena pergi outstation ke Jeli, Kelantan untuk Program NUR. Walaupun dah berkali-kali aku jejakkan kaki kat Kelantan tapi ni la 1st time aku ke Jeli. Almost aku pergi KB dan daerah sekitarnya je (tak ingat aku nama tempat yang lain tu...). Not bad gak la tempatnya. Baru nak membangun.. Nak dijadikan cerita, tetiba bajet tak cukup. Kitorang (aku & beberapa insan yang terlibat) diminta untuk keluarkan duit sendiri dulu buat bayar hotel. Terkejut jugak la kan sebab tengah bulan kan..Gila ko poket tengah rabak biasanya kan. Tapi, nasiblah aku bukanlah jenis staf yang suka nak berkira sangat bila kena outstation ni. Kebetulan pulak masih ada duit dalam poket yang boleh menampung setakat 1-2 hari sewa hotel tu. Pergi pun 2 hari je.(asalnya 3 hari).
Nasib kitorang agak baiklah kan sebab ada sorang member yang join kitorang ni memang asal Jeli pun. Dia pun tau masalah kitorang bab tempat tinggal ni, terus je dia offer berkampung kat rumah dia. Lagipun dia dah lama tak balik kampung. Kiranya 2 in 1 la ni. Apa lagi? Happy la sebab tak payah pikir pasal hotel lagi. Dah ada homestay!! Tapi homestay ni untuk insan-insan terpilih je..Tak terbuka untuk orang ramai..hehe...
Ok, ni adalah catatan sepanjang perjalanan 2 hari KL-Kelantan-KL
Rabu (20.7.2011)
> Bertolak jam 9 pagi dari ofis. Kitorang berlima (aku, Kak Nora, Ali, Nije & abg pilot-Toi)
> Stop kat Genting Sempah sebab nak isi perut dulu. Memasing perut dah berdangdut.
> Tak tau berapa banyak kali kitorang berenti sepanjang jalan atas sebab-sebab masalah dalam badan. (Pepaham sendiri udah ler ye)
> Lalu jalan balak. Part ni agak ngeri untuk aku sebab ikut jalan ni memang confirm2 banyak lori bawa balak. Dah tu lelaju semuanya. Relaks je diorang cantas kat corner2 Pak Mat..(nama corner tu aku yang bagi..sesuka ati den yo). Aku dalam kereta ni cemas je tengok. Tambah pulak laluan tu banyak bas lalu. Pun sama jugak. Laju tak hengat! Dah la majoritinya double decker. Melayang je aku tengok dorang cantas kat corner.
>Sampai kat Jeli area 6.00 petang. Pergi jenguk tapak event dulu. Dah confirm baru terus menuju ke homestay. Sampai je kat homestay, aku terasa macam balik kampung aku la pulak. Seronok giloss...Perasaan membara yang marah masa mula2 nak gerak dari ofis tu hilang terus dek layanan tuan rumah yang best. Dijamu pulak dengan makanan kampung. Tersangat best. Kebetulan time ni musim durian. Pe lagi kan.. Dalam sejarah aku makan durian 3 biji (bukan 3 ulas tau!!) Punya la banyak.
>Dapat bilik pun best..Katil pun best..Toilet best..Semua best lah!!
>Malam tu sambung makan durian, pastu dinner. Pun dengan makanan kampung. Sangat sedapppp!!! 1st time aku makan pekasam weih!! Selalu kat rumah, aku tengok je orang lain makan. Sedap jugak pekasam ni ek. 1st time juga aku makan singgang tulang dan ulam-ulaman yang dicelur (jagung muda, petola & terung) Pergh...
>Perut dah kenyang kan, tido la penyudahnya...
Khamis (21.7.2011)
>Bangun kul 6 pagi. Ada bau bihun goreng. Baring & lepak atas katil dulu. 6.30 pagi baru bangun pergi mandi & solat Subuh. Bersiap untuk ke tapak event.
>Sarapan dengan bihun goreng dengan keropok goreng. Memang marvellous!! Siap bertambah2 lagi aku makan. Memang muka tak malu betul.
>7.30 pagi gerak pergi SK Kampung Gemang, Jeli untuk duty. Tugas kitorang handle xtvt mewarna je. Sangat suka sebab link dengan budak-budak sekolah.
>Time nak mula contest, aku bagi salam. Sekali budak2 ni jawab siap berlagu sama macam time aku kecik2 dulu, "Waalaikumussalam, cikgu!!". Ha, kau! Dapat title 'cikgu' terus.
>Makan aiskrim potong yang dah lama aku tak makan. Nikmatnyaaa...
>12.30 tengah hari Penyampaian hadiah untuk budak-budak yang menang. Packing barang dan balik ke homestay. Tapi kena tunggu abg pilot dulu sebab dia time ni pergi isi minyak nun ke Tanah Merah sebab semua petrol pum yang ada kat Jeli offline pulak...hampes je..Tunggu la sampai kul 1 lebih.
>Sampai kat homestay, tolong tuan rumah masak-masak. Lepas tu, kitorang makan reramai. Sekali lagi keenakan air tangan orang kampung yang sangat sedap. Menu: ayam goreng kunyit dengan tomyam. Giler best wa cakap lu.
>Lepas makan, kitorang bersihkan diri & get ready balik KL.
>Siap dapat bekalan makanan untuk dalam kereta pulak tu. Dah la makan kenyang. Dapat bekal pulak lagi. Untung nasib badan.
>Singgah jap kat Bukit Bunga beli sikit buah2 untuk bawa balik bersama tuan rumah. Cuaca: Hujan lebat.
>Tuan rumah hadiahkan bantal upin-ipin sorang satu. Aku punya semestinya warna hijau!! Tanda ingatan katanya.
>Berapa banyak kali berhenti pun tak tau sebab aku banyak tido je sepanjang perjalanan balik ni.
>Sampai ofis kul 5.00 pagi keesokan harinya (Jumaat)
>Mandi kat rumah dan bersiap, terus masuk ofis sambung kerja pulak. Penat dan letih hanya Allah yang tahu.
Itulah sedikit sebanyak kisah aku sepanjang 2 hari kat Kelantan. Yang penting homestay kali ni memang boleh dapat 5 bintang ++++
Panjang kan???
Update thru e-mel (xleh masukkan gambo)