Walaupun teater ni mula lewat sikit tapi tetap syioklah!! Aku dapat seat depaaaaaaaaan wo. Nampak lobang idung punye...LOL. Ni kali kedua aku tengok teater. Durasinya lama, 3 jam tapi tak terasa pun sebab: ssssaaaangattt best!!! Lakonan Awie sebagai Lat memang menghiburkan. Teater Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal (LKBSM) ni diarahkan 2 sahabat, Hans Isaac dan Harith Iskandar.
Aku nak ucap terima kasih kat Berita Harian sebab bagi aku tiket. Tu pun hasil kegigihan aku dan Che Su kumpul kepala paper tu. Gigih ker???
Terima kasih NST & BH!!
Tiket hasil collect paper 1-10 Mac 2011
Amik tiket dalam hujan tu..kan gigih tu.
My Mr. Gendut dah ada rupa Lat dengan rambutnya, mukanya..hahaha...ramai rupanya yang perasan. Especially time rehat, pergi washroom. Aku buat donno je.
Nah, aku cerita serba sedikit pasal teater ni. Bagi korang panas pungkoq sikit. Hehe...
Mengisahkan kehidupan Lat dari kecil hingga sesudah berkahwin yang penuh suka duka. Pelakon yang terlibat, Atilia (Faizah-bini Lat), Sandra (Mrs. Hu-cikgu Lat), Douglas Lim (Frankie-kawan Lat), Jalil Hamid (apak Lat)
Cepat! Tempah tiket korang...
Kalo kome nak tau lagi dan lagi pase ceghite ni, pegi ler nengok. Memang tak rugi ler. Kome ajak je semua kaum kerabat, kalau boleh ajak satu kampung bagi penuh panggung. (Cedok ayat Awie sikit..hihi)
Depan rumah Lat..LOL
Ha, tengok dah terjangkit bahasa Perak la pulok. Ate teman pun orang Perak jugak. Bila tengok teater ni rase balik kampung la pulok. Yang lagi penting bila aku terasa aku tengok kartun jadi realiti. Aku dah masuk alam kartun weihhh...
Korang enjoy la dengan gambo-gambo kat bawah ni ye...Sorry sebab kualiti gambo tak berapa cantik. Ate amiknye pun guna henpon je.
Ramai tak? (Yang baju biru tu Norzizi Zulkifli)
Geng Gue...Mr. Gendut jadi fotografer je...
Kesimpulannya, teater ni memang best gilerssss.....
No comments:
Post a Comment