Column

Friday, October 22, 2010

4 Blog Terbaik (Carta Shilazizi)

Ni aku nak share sikit tentang blog-blog yang aku sempat ber'blogwalking' dan finally, aku terjatuh cinta dengan blognya (dengan blog je wehh, bukan dengan tuannya aje tau!!). Tapi blog ni aku senaraikan takdelah ikut ranking. Ni ikut suka aku. Hahaha...

1. RedMummy - Blog ni aku suka sebab semua ada. Ni blog superstar ko! Macam one stop centre gitu! Bab makan, travel, hal-hal wanita dan keluarga, semua adalah. Tak caye, korang review la sendiri.

2. Coretan Perantau - Blog ni pulak aku suka sebab banyak perihal kehidupan di London. Almaklumlah kan, nak pergi London, aku belum mampu lagi setakat ni. So, story-mory dalam blog ni memang membuatkan aku terasa bagai di London, ecewahh!! Mana tau, lepas ni aku dapat rezeki ke sana, dah tau perkara yang do & don't kan...lagi2 bab shopping tu kan.hehehe...

3. Hanis Zalikha - Blog ni aku suka the way she wrote, memang best la. Banyak petua-petua yang boleh diamalkan oleh pemuda-pemudi macam aku dan aku yakini keberkesanannya sebab ada yang aku dah amalkan.

4. Hanieliza's Cooking - Blog ni bab masak-memasak. Aku ni bukanlah rajin sangat memasak dan bukan juga tak tahu masak langsung. Jadinya, blog ni menjadi rujukan untuk aku belajar-belajar masak selain mak aku yang selalu jadi bahan rujukan aku waktu aku nak memasak. (Via phone call ask for the recipe) Memang mak terbaek la. Tapi blog ni banyak bagi aku ruang dan peluang untuk belajar dan menguji segala jenis resipi dia dan alhamdulillah aku dapat manfaatkan dan berhasil mengikut resipi yang diberikan.

Selain yang ni, banyak lagi blog-blog yang aku rasa menarik jugak. Tapi dalam carta Shilazizi, ni yang The Best of The Best!!

Shilazizi:
 Bila baca blog-blog yang ada ni, kekadang aku tersenyum dan ketawa sorang-sorang depan pc macam orang tak betul pulak rasanya. Hehehe....



No comments: