Tadi baca kisah anak menantu dengan mak kat whatsapp. Terus rasa nak nangis.
Mak, kaklong sayang mak. Rindu mak sesangat even selalu jumpa. Rindu mama jugak...
Love you Mak! |
Korang baca ni...
Seorang suami mengajak isterinya makan seperti biasa.
"Jom sayang kita pergi makan
kat satu tempat tu, sedap sangat makanannya dan tempat yang sangat istimewa
pula."
Isterinya pada mulanya diam dan tiba-tiba
berkata:
"Saya sebenarnya lebih rela abang
ajak seorang wanita lain untuk makan istimewa dengan abang..""
Suaminya terkejut dan bertanya siapa
wanita tersebut.
Isterinya menjawab, "ajaklah mak
abang."
"Abang dah terlalu lama tak
meluangkan masa berbual dan makan dengan mak abang."
"Saya sudah selalu abang layan setiap
hari tak pernah terlupa..
Abang pergilah layan mak abang pula."
Abang pergilah layan mak abang pula."
Suaminya terkejut bercampur sedih dan amat
terharu.
Dia telefon ibunya dan mengajak ibunya.
Ibunya terkejut tapi sangat gembira.
Ibunya inginkan kepastian apakah benar
hanya mereka berdua sahaja..
hanya mereka berdua sahaja..
Si anak mengiakan.
Dia pun membawa ibunya makan bersama-sama
di tempat romantik dan istimewa itu.
Mereka berbual panjang.
Ibunya tersenyum puas dan sangat gembira
dapat makan serta bercakap-cakap panjang dengan anaknya..
Si anak bertanya pada ibunya.
"Ok ke mak?"
"Mak seronok ke?"
Jawabnya ibunya,
"Ya anakku."
"Susah-susah bawa mak ke sini. "
"Seronok dapat bercakap-cakap dengan
kamu."
"Nanti saya bawa mak lagi ya?”
Jawab ibunya,
"Nanti mak pula yang akan belanja dan
ajak kamu ke sini..
Setelah itu merekapun pulang.
Si anak terlalu sibuk dengan kerjayanya.
Sibuk dengan isteri dan anak-anak setiap
hari..
Tidak sempat luangkan masa untuk menelefon
ibunya yang keseorangan.
Jumpa jarang-jarang sekali.
Satu hari dalam kesibukan dia terkejut
mendengar ibunya sakit.
Dia kelam kabut meninggalkan kerja kerana
dia masih sayang ibunya.
Apabila sampai di hospital ibunya telah
meninggal dunia.
Dia sangat sedih dan menyesal kerana
mengabaikan ibunya.
Tidak berapa lama kemudian, dia mendapat
kad dari tempat makan istimewa itu.
Tempat makan untuk dia dan isterinya sudah
dibayar...
Merekapun makan.
Masa makan dia dapat sekeping nota
daripada orang yang menempah tempat itu.
Rupa-rupanya tempahan dibuat oleh arwah
ibunya.
Kata ibunya,
"Terima kasih gembirakan mak, walaupun hanya sekali luangkan masa kat mak".
"Terima kasih gembirakan mak, walaupun hanya sekali luangkan masa kat mak".
"Mak nak balas dan tunaikan janji
mak.
Mak dah tempah khas buat kamu dan isteri
kamu.
"Selamat bergembira wahai
anakku."
Lelaki tadi dan isterinya menangis
teresak-esak.
Itulah mak.....
Ya Allah, tidak terbayar pengorbanan mak.
Tak perlu layan mak tiap-tiap hari sebab
kita sangat-sangat sibuk dengan kehidupan.
Tapi sekurang-kurangnya buatlah sesuatu
dan gembirakan hati mak, sebelum mak pergi....
Malam hari brrdoa dan menangislah pada
allah mohon kebaikan buat mak...
Kadang-kadang ada orang berasa hebat baru
khidmat sikit kat mak.
Baru bagi sedikit sumbangan kat mak, dah
rasa memadai .
Sebenarnya kita belum buat baik kat mak....
Kita cuma baru nak balas jasa mak...
Itu pun tak terbalas sampai bila2.
Mak tumpangkan kita dalam perut dia selama
9 bulan
Mak bersabung nyawa nak bagi kita lihat
dunia ni
Nak bagi kita pergi tadika
Nak bagi kita pergi ke sekolah rendah
Nak bagi kita pergi ke sekolah menengah
Nak bagi kita belajar di universiti
Nak bagi kita bekerja
Nak bagi kita berkahwin
Nak bagi kita ada anak
Bukan nak bagi lupakan dia.....
Mak mandikan kita dari baru lahir sehingga
6 tahun.
Mak tukarkan pampers atau lampin dari baru
lahir sehingga 3 tahun.
Mak menyusu sehingga 2 tahun
Mak suap makan sehingga umur 3 tahun
Mak siapkan makan minum paling kurang 17
tahun.
Mak basuh baju dan seterika baju
kita selama 17 tahun.
Mak dukung 3 tahun.
Mak cuci najis 5 tahun.
Mak berdoa buat kita selagi mak bernyawa.
Mak sayang kita sampai ke akhirat....tiada
kesudahan....
Kita pula sayang mak, macamana ya..?????
Jadilah anak soleh wahai anak-anak yang
masih ada mak.
Ini bukan pilihan.
Tapi…..
Perintah allah swt
Perintah rasulullah saw yang wajib dan teramat besar tuntutannya.
Hargailah mak kita..
Sayangilah mak.
Minta maaf kat mak.
Buat baik kat mak....
Cakap elok2 dengan mak
Jagalah hati mak....
Kunjungilah mak....
Berbuallah dengan mak
Hubungilah mak walau sibuk macamana