Column

Thursday, November 19, 2015

Seafood Pilihan Ramai di Muara Sungai Duyung

Restoran ni cik abang SA yang google. Pandai dah Gendut menggoogle tempat makan best. Alang-alang kami dah ke Melaka, apa lagi....JJCM la jawabnya.  Kami memang suka makan..hehe...

Kredit: Cik Google

Tempat kami dinner untuk malam kedua.  Selepas cuba asam pedas awesome kat Kota Laksamana, malam kedua, kami nak makan seafood di tepi sungai pulak la.  Gendut kata nampak sedap sebab ramai review kata sedap.  Before start dengan our menu, SA nak citer serba-sikit pasal restoran ni.  Parking memang best...tersusun.  Cuma malam tu agak crowded sebab hujan lebat.  Hujan dan makan bagai tak dapat dipisahkan... Hehe...

Kat sini, korang akan dihidangkan dengan nasi lemak bungkus.  So, bolehlah korang menjamu selera nasi lemak bersama seafood yang dipilih tapi nasi putih pun ada jugak disediakan atas permintaan.  Selain tu, makanan laut semua korang kena beratur, pilih, timbang dan bagi menu apa yang korang nak makan.  

Jangan terkejut, kat sini korang boleh dapat lebih dari 1 menu untuk 1 jenis lauk. Contohnya, ikan siakap seekor.  Korang boleh minta menu sweet sour dan stim. Maksudnya, diorang akan bahagi dua ikan tu.  Rare kan??  Tak dapat kot kat tempat lain.  Tapi kami tak buat pun macam tu sebab......terlupa...hehe...


Menu pilihan kami...


Sayur campur
Sayur campur sedap.  Carrot dan kacang panjangnya dimasak sempurna.  Bila kunyah tu, terasa krapp krupp dalam mulut.  Aisyah pun suka bab carrot tu.  Lepas sebatang, sebatang dia makan.


Telur dadar
Ini memang menu wajib kami kalau makan.  Bukan setakat makan kat restoran je, makan kat rumah pun mesti ada telur dadar.  Favourite dish katanya...hehe..


Ketam Black Pepper

Masa pilih-pilih seafood tu, SA teringin nak makan ketam sebab tengok ketamnya besar dan fresh.  Amik seekor je.  Risau amik banyak kang tak terhabis pulak.  Memang banyak wei...sepinggan untuk seekor ketam...tengok gambar tu...penuh kan? SA je habiskan sorang sebab Gendut kekenyangan dengan lauk lain...


Sotong Goreng Tepung

Sotong Goreng Tepung ni biasa-biasa je.  Kami amik 2 ekor sotong... Ni pun dah RM20 hokay...ohmaiii terasa mahal pulak...sebab kat sini semua harga ikut gram.  Rasanya kat tempat lain lagi best kot.  Setakat goreng gini, boleh je buat kat rumah.  Lagi ummpphhh rasanya.


Ikan Pari Bakar Sambal

Ikan pari bakar sambal ni, time sampai kat meja nampak menggiurkan even bertutup dengan daun pisang.  Bau wangi daun pisang tu yang mengujakan sebenarnya. Hehe...  Tapi bila dah tengok ikannya, tertanya-tanya sendiri, aik?  Mana sambalnya?  Sikitttttttt sesangat.  Tak sesuai dengan nama Ikan Pari Bakar Sambal tu.  Harga, RM 21


Licin!

Memandangkan kami pergi time hujan lebat dan memasing lapar, memang gini la pengakhirannya.  Tambah pulak total damage malam tu, RM72++  Wow!!  Terkedip-kedip bijik mata SA.  Sangat terasa mahal sebab biasanya kalau lebih RM60 ni, SA makan sekeluarga termasuk mak, abah dan adik-adik....lebih kurang 8-9 orang dewasa.  Ni makan berdua je kot.  Aisyah ratah carrot 2 jalur je.  Ada rasa nak repeat tapi.....tak perlulah kot.


Notakaki Shilazizi: Ini hanya pendapat peribadi semata-mata.  Perkongsian di blog hanya untuk orang ramai dapatkan maklumat awal sesuatu produk.  Lain orang, lain cita rasa ye dak??

No comments: