Column

Friday, October 9, 2015

Bongkar Rahsia Diet Sihat Hanya Di Tangan


Jom bongkar!

Korang tau tak, cara nak sukat makanan kita senang sangat.  Ada dalam tangan je.  Sebenarnya SA baru tau. Hehe....  Tu pun sebab pergi event Nestle; 'Lagi Sihat Lagi Happy' tempoh hari.  Dapatlah ilmu yang sangat berguna ni.  Entah-entah korang pun dah tau awal lagi dari SA kot kan tapi sorok tak nak share.  Hurmm (cebik bibir).  Takpelah, untuk yang belum tau, meh baca.  SA share untuk panduan kita bersama.



 Untuk makanan berbentuk karbohidrat macam daging, ayam, tofu, roti bun, idli, dan ikan, kita perlu ambil sebesar tapak tangan sahaja (seperti dalam gambar).  Ketebalan untuk makanan tersebut juga diambil kira di mana ketebalannya juga sama seperti tapak tangan kita sendiri.

Untuk diet harian, kita hanya perlukan 2 saiz hidangan karbohidrat dalam sehari bermaksud 1 saiz hidangan untuk lunch dan 1 saiz hidangan untuk dinner.

SA cadangkan, kalau dah amik daging time lunch, time dinner tu makan roti je.  Roti apa jenis pun tak apa, potato bun ke, raisin bun ke, roti putih biasa pun boleh tapi janganlah makan sampai habis sebantal roti tuh! :D



Next part ni SA paling suka! Sayur! Protein ni korang amik sepenuh tangan korang ye.  (refer gambar kat bawah ni).  Caranya nak sukat macam korang cedok air guna tangan.  Camtulah penuhnya potion protein yang sesuai untuk korang amik.

Antara sayur dan kekacang yang mengandungi protein adalah red beans, kacang kuda, sayuran yang dimasak (jangan masak layu, nanti protein hilang, tinggal hampasnya je), sweet corn dan kismis. Bagus makan kismis bebanyak tapi had sehari cuma 21 biji je ye.  (Ikut sunnah nabi).   Bagus untuk otak.  Especially anak-anak.



Lepas tu, yang ni hidangan paling sesuai untuk breakfast.  Segenggam je.  Korang boleh pelbagaikan untuk seminggu.  Contohnya, pasta, koko krunch, salad, buah, aiskrim pun boleh (2 scoop je) dan kentang (boleh buat mashed potato atau baked potato).





Last but not least, saiz perasa.  Perasa mesti ada kan?  Kalau tak, tawar je la semua hidangan yang kita masak.  Saiznya HANYA sebesar ibu jari tangan je tau.  Tak boleh banyak-banyak.  Memula memang akan rasa pelik.  Tapi kalau dah jadi kebiasaan, insyaAllah semuanya jadi sedap.  Family pun sihat. :)



Ni antara perasa yang sering kita guna, sos cili, sos tomato, sos tiram, minyak masak (SA suka sangat!), krimer dan jugak peanut butter (buat sapu kat roti...hmm...sodapppp!).



So, lepas ni, kita boleh dah buat diet sihat untuk diri sendiri dan keluarga.



Semoga bermanfaat!





Nota kaki sHiLaZiZi: Tengah giat #25dayschallenge Usaha sendirian berhad.  Hari ni, hari ke-3.  Takde paksaan dan sponsor dari mana-mana.  Sendiri nak sihat, kenalah cari jalan alternatif.  

No comments: