Column

Thursday, August 4, 2011

Sedih: Kenangan Terindah

Sedih pulak bila nak taip n3 ni. :( sad Korang tau sebab apa?  Sebab kelas tarian aku bersama adik-adik di Sekolah Tunas Bakti, Sungai Besi selama 3 bulan dah pun berakhir Jumaat lepas (29 Julai 2011).  Walau pun lebih 15 jam mengajar diorang untuk Tarian Cuti-cuti 1Malaysia dengan pelbagai ragam tapi aku tetap enjoy.
Pengalaman mengajar diorang adalah suatu pengalaman yang sangat best.  Bayangkanlah bila adik-adik yang agak nakal ni diajar tarian tradisi rakyat Malaysia, memang payah diorang nak ikut.  Exceptional kalau aku ajar diorang shuffle ke tactonic ke breakdance ke confirm cepat dapat. :) happy  Ni 1 pengalaman lain dari yang lain sebab aku biasanya jadi trainer untuk sehari je (certain event) takde la secara berkala macam ni.
Sebelum nak mula mengajar, aku kena la prepare diri aku sendiri dulu.  Kalau cikgu sendiri lupa step, apa kes?? Aku menari sensorang kat umah.  Mak aku boleh gelakkan pulak.  Sabo je la.  Bukan senang nak jadi guru tari ni.  Dah confident baru aku mula kelas.
Memula ajar diorang memang muka memasing nampak tension..~X( at wits' end tapi lama kelamaan aku tengok memasing enjoy cuma kadang-kadang terlupa step je.  Kekadang tu aku memang nak marah diorang sebab dah berminggu-minggu ajar pun masih tak dapat tapi disebabkan cara diorang menari tu memang buat aku tersenyum, tergelak.  Penjaga diorang si Su pun tak boleh tahan, gelak sama. Ye lah kan, budak-budak yang agak 'keras' dalam menari ni disuruh menari dengan lembut.  Memang letey yeob!!  Tapi sekali-sekala tu, aku denda la juga.  Suruh buat PT10 (lompat bintang) & bumping.  Baru diorang nak buat betul-betul.
Aku cuma dapat ajar diorang 7 jenis tarian je: Tarian Pembukaan, Melayu, Cina, Sabah, India, Sarawak & Sewang.  Tapi alhamdulillah, akhirnya diorang dapat semua lagu tu.
Hari terakhir aku ajar diorang, aku minta maaf la sebab jerit kat diorang, jerkah diorang, denda diorang bila diorang tak dapat step or memain time training.  Aku tau memasing ada yang menyumpah-seranah aku.  Standard la kan student marah cikgu bila kena denda.  Tapi aku tak amik hati pun.  Aku pun pesan kat diorang dengar cakap cikgu, jangan tinggal puasa, jadi orang yang baik dan berguna.  Macam aku pesan kat adik-adik aku je.. Korang caya tak, budak-budak hati kering macam diorang ni pun boleh meleleh ayaq mata bila sesi akhir tu.  Aku pun terkejut.  Diorang pun minta maaf kat aku sebab tak dengar cakap katanya.  Aku memang sebak tapi takmo tunjuk la kan.  Dah masuk kereta baru terleleh pulak.  Tapi skit je ar...hehe... Tak boleh tahan beb.  Diorang pun lebih kurang umur adik-adik aku je pun.

Tanda ingatan aku pada diorang, aku belikan buah-buahan; rambutan dan manggis untuk diorang makan.  Aku hantar hari Ahad.  Aku tau diorang tentu suka. :x lovestruck  Love U all my brothers....:x lovestruck

No comments: