Column

Friday, August 19, 2011

Alkisah Jumaat: Cuci Mata-Sebelum Shopping, Tengok Maksiat Dulu!! Tak Malu Betul!

Hari ni tak tau nak ke mana time rehat.  Almaklumlah, government kan rehatnya lama.  Biasanya aku tido je tapi hari ni teringin nak ber'window shopping' la pulak.  Teruslah drive ke Jusco Maluri.  Standard la jalan jammed tu kan tapi nasib aku baik sebab sampai je kat carpark, terus dapat parking.  Betul-betul depan pintu.
 
Di hari Jumaat yang mulia ni, aku nak bergosip sikit. Korang tau je la kat Jusco tu kan parkingnye berdepan antara 1 sama lain.  Time aku parking tu ada kereta depan aku (tak sure pulak kereta brand apa).  Tengok couple dalam kereta tu.  Dalam hati aku,'sweetnya couple ni, sebelum solat Jumaat, kiss dahi wife dulu'.  :) happy Pastu aku bolayan je la. Aku terus amik beg, tengok duit dulu. Kenalah check ongkosnya dulu dong, buatnya tak cukup, kan memalukan diri sendiri namanya tu.  Dah siap kira.  Ok. Beres. Aku sandang handbag, buka pintu & nak melangkah keluar, tetiba.... Jeng..Jeng..Jeng...
 
Aku tertengok couple tadi bercium molot weih!!!  :-O surprise Terus hati aku terdetik, 'Takkan ada marriage couple yang nak berkiss2 bagai tengahari rambang ni'  Nampak sangat bukan laki bini weih!!  Dah la tak pergi solat Jumaat, buat maksiat tengahari buta pulak!  Confirm tak puasa la kalau dah macam tu kan. 
 
Aku amik kunci kereta, start engine, tekan hon.  Sekali hon aku problem pulak.  Tak berbunyi! X( angry Aku keluar je kereta, kunci. Pastu lalu depan kereta diorang.  Aku tengokkan je aksi diorang.  Tau pulak malu. Dedua tunduk pandang bawah.  Apahal korang nak malu?  Tadi bercium bagai tak malu pulak! Nasib baik aku tak ada kamera..Kalau tak memang aku amik gambar diorang tu.  Biar diorang tambah malu.  Aku yang tengok ni rasa lagi malu.  Anak bangsa sendiri yang ada akal fikiran, dah ada kerjaya sendiri pun memasing tapi perangai macam orang takde iman.
 
Cukup cerita maksiat takat tu.  Aku nak cerita pasal menyopping pulak.  Suka aku bab-bab ni..hehe...:D big grin   
 
Puas aku pusing nak beli yang berkenan tapi tak jumpa.  Pi shoe department, ada yang berkenan, saiz aku abis pulak!  Maklumlah kaki mak ni sebesau anak gajah je nok.  (Saiz 9/10 atau 40/41/42..Ha, ko hado?? ) Pi side baju, ada yang berkenan tapi tak suit dengan body pulak.  Adoi, susah jadi aku ni.  Semua serba tak kena.  Mungkin belum rezeki aku lagi kot.  Memang banyak choice, sale pun boleh tahan.  Gila-gila punya sale.  Tapi sayang, aku tak dapat beli apa pun.  Penyudahnya time jalan keluar nak ke kereta, aku singgah kedai magazine, beli majalah Nur dengan Eh!.  Lama dah rasanya aku tak beli magazine ni. 
 
Start engine...gerak balik ofis.  Sedihnya tak dapat shopping...

No comments: