Semalam Mr. G belanja supper kat Pormtip Thai BBQ Seafood Restaurant, Bandar Tasik Permaisuri. Apa yang aku boleh cakap pasal kualiti makanan kat situ >> thumbs up!! Sangat sedap. Real Thai cuisine... Layanan pun cepat. Ni sebenarnya kunjungan kali ke-2 kitorang ke sini.
Menu kitorang:
Nasi putih
Sotong goreng tepung
Ayam sweet sour
Kerabu mangga
Air Ribena Soda
Air Suam
Harga ok-ok la. Agak mahal sikit tapi bagi aku berbaloi sebab makanan yang sedap dan saiz hidangan yang agak besar jugak walaupun kitorang minta saiz kecik. Boleh la makan dalam 3-4 orang maksimum. (Tapi kitorang makan berdua je...hehehe...nampak no laparnya) Itu saiz kecik, kalau saiz besar, tak tau la aku. Tapi kalau aku bawa family aku datang sini memang saiz hidangan yang kecik dah memadai. Air suam pun diorang bagi gelas besar. Puas minum.
Sebelum ni aku pernah cuba tomyam seafood & ikan siakap sweet sour. Memang terbaek!! Bulan Ramadan ni diorang ada buat buffet special untuk berbuka puasa. Dewasa: RM 23 dan Kanak-kanak: RM 11. Ni antara buffet yang paling murah aku rasa aku pernah jumpa. Selalunya yang aku jumpa murah macam ni mesti makanannya out! Tapi yang ni...hmm...korang rasa sendirilah..hehe...sangat puas hati.
No comments:
Post a Comment