Column

Thursday, August 14, 2014

Teruja Si Bapa

Balik kerja ingatkan nak makan laksa, call Gendut ajak pergi cari laksa.  Tapi sampai je kedai makan terus tukar jadi nasi goreng kampung. Ha, camne tu?  Ni lah peel orang mengandung kan, nak sesatu benda tu, time tu je, kalau dah lambat sikit, terus jadi tak nak.  Gendut boleh pulak terkejut tengok aku makan sepinggan nasi licin dengan sup sekali.  Cik abang kenalah paham, selera mak buyong sekarang ni mengalahkan selera gajah.  Hmm...

Lepas makan, Gendut ajak aku tengok-tengok barang baby. Kitorang pergilah ke AEON Jusco Taman Maluri. Ni 1st time nak usha barang baby.  Excited sungguh laki aku ni! Time belek-belek barang tu, dia kata amik je terus.  Eh awak! Duit tak withdraw lagi ler... Terus dia ajak aku ke atm.  Nak beli barang baby katanya.  Ha, nampak tak keterujaan si daddy to be ni di situ?  Dia siap cakap, 'kalau awak tak larat jalan, tak apa. Nanti saya amik troli, saya masukkan awak dalam troli tu.' Huh! Bukan nak amikkan wheelchair tapi troli! Semangat sungguh la laki aku ni....


Salah satu baju baby yang dibeli gara-gara teringatkan adik aku yang gila panda...
Mak ngah punya pasal!


Berderap gak la duit beli barang baby sesikit pun.  Tapi puas hati dan happy tengok keterujaan Gendut.  Adoilah suamiku. Tapi aku pun teruja jugak sebenarnya. Almaklumlah beli barang untuk anak sendiri...Dedulu aku beli barang untuk adik-adik.  Ada adik kecik ni memang beruntung sebab dapat pengalaman macam mana nak beli barang untuk anak pulak. Hehe...

Balik je rumah, terus minta Gendut urut belakang aku dengan kaki sekali.  Sakit wooo....penat menapak walaupun tak lama.  Adalah dalam sejam dua je.  Sempat gak la singgah KFC sebab teringin cheezy wedges. :)


Nota kaki sHiLaziZi:  Petang ni pulak Gendut ajak pergi Sogo. 2nd phase shopping katanya.  Betul-betul excited ni.  Soalannya, mampukah aku berjalan lagi??

Wednesday, August 13, 2014

Excitednya Si Suami

Dah 6 bulan aku bergelar isteri dan selama itu jugak la aku dan suami menetap bersama keluarga dia.  Start by next month, kami akan stay kat rumah sendiri.  Bukan rumah beli, rumah sewa je. Belum mampu lagi weh nak beli rumah sendiri. Lagi-lagi kat dalam hutan batu Kuala Lumpur ni.  Mahaiiii!

Kelmarin, Gendut ajak aku intai-intai barang rumah.  So, pergilah temankan dia mengintai tu lepas balik dari beraya rumah pakcik aku.  Masuk je hypermarket tu, dia terus amik bakul. Aik! Kata nak intai-intai je.  Ni siap jinjit bakul.  Alasannya nak belikan aku jus delima. Elok untuk baby katanya.  Aku ikutkan je.

Dah cari jus delima, tak jumpa yang berkenan. Cancel beli! Beli sikit barang keperluan diri yang dah nak habis.  Lepas tu kitorang ke tempat barang-barang rumah.  Aku tengok dia yang lelebih excited tengok barang dari 1 rak ke 1 rak.  Amboih, cik abang, rumah kita bukan besar mana pun, Hujung bulan pun baru nak pindah, dah memacam yang diidamkan untuk dibeli. Senyum je la yang aku mampu.  Tak sangka pulak dia excited lebih dari aku. Hahaha... 

Itulah lelaki kan, siapa sangka! Macam abah aku dulu la time renovate rumah, katanya mak yang lelebih, alih-alih tengok dia pun 2x5.  Adoii...ni gayanya laki aku dengan bapak mentuanya ada persamaan ni.  Kira aku untunglah kot sebab tak payah fikir memacam.  Semua dia dah tolong fikirkan.  Hehe.. Nasib baik tak withdraw duit.  Kalau tak.....lu pikirla sendiri!!!!


Nota kaki sHiLaziZi:  Rasanya macam nak ajak Gendut window shopping lagi la malam ni..suka tengok keterujaan si suami. :)

Wednesday, August 6, 2014

I Am Back!

Dah puas baca blog orang, blogwalking sana-sini, baru ada mood nak menaip kat blog sendiri selepas lebih setahun aku tinggalkan blog ni tanpa sebarang update.  Dari status single sampailah dah berkahwin and tak lama lagi dah nak jadi mak budak baru mood menaip tu mari.  Aduhhh! Korang jangan jadi macam aku ek. Menaip hanya bila ada mood. Huhu...

Nanti aku try up sesatu post, based on apa yang masih terlekat kat kepala aku ni.  Banyak kot citer yang aku boleh share kat sini. Apa yang buat aku terharu adalah bila aku tak post apa-apa kat sini pun, still ada yang baca post lepas-lepas dan komen. Terima kasih bebanyak tau.  Tapi ada gak yang annoying! Ada ke patut, sepanjang ke'hilang'an aku kat dunia blog ni, blog aku diceroboh iklan-iklan mengong.  Sampaikan kengkadang 2-3 post sehari pasal iklan-iklan tu kat blog aku.  Ada yang cerdik pandai tu, tau tu spam tapi yang tak berapa nak cerdik tu kata aku buat bisnes jual viagra! Vongoks! 

Setiap kali buka blog, mesti kena delete semua post tu dulu.  Dah jadi satu kerja pulak aku kena tukar password untuk elakkan spammers ni sume.  Tension pulak jadinya.

Hopefully, lepas ni takde dah la benda camni jadi. Hmm....



Nota kaki sHiLaziZi: Kalau tak nak kena spam, jangan tinggal blog bertahun...hahaha..ingatan untuk diri sendiri :D