Column

Thursday, June 23, 2011

Tolong!!! Aku Trauma!!!!

Korang tau tak, semenjak kejadian pecah kereta tempoh hari, aku alami trauma yang maha dahsyat.  Korang bayangkanlah aku nak drive dari rumah pun aku takut.  Langkah je kaki masuk kereta, hati dah berdebar.  Risau segala benda.  Nak letak beg tangan kat sebelah aku pun takut, walaupun kat area foot rest tu.  Dulu aku accident yang lagi tragis pun, aku tak se'trauma' ni.  Ops, lupa pulak yang aku belum lagi citer pasal http://shilazizi.blogspot.com/2011/06/kereta-kena-pecah.html secara detailkan..Ok..ok..aku cerita dulu ek.

 

Jumaat, 3 Jun lepas aku nak gerak pergi Perlis sebab ada program bersama anak-anak yatim sekaligus nak attend wedding Meck, opismate aku.  Entah kenapa memang aku feel tak nak bawa luggage sebab aktiviti sempoi, tak payah la nak bawa banyak baju kan.  Setakat backpack je dah cukup.  Dah siap packing barang-barang yang nak aku bawa; backpack (pakaian, toiletries), paperbag (high heel, jajan, coklat) & shoe bag (telekung, mekap), aku pun terus gerak ke kereta.  Memandangkan malam tu ada pasar malam kat depan taman umah aku (kebetulan dah lama tak pergi pasar malam), aku pun singgah jap untuk beli makanan. Cadangnya nak makan dalam bas on the way ke Perlis la kononnya.  Aku letak kereta pun dekat je dengan warung yang jual cakoi tu.  Tak sampai 5minit pun, aku balik semula kat kereta. 

 

Ngam-ngam je aku masuk kereta, aku terasa angin kuat masuk dalam kereta, aku toleh ke kiri, 'eh, bila masa pulak aku buka cermin ni?'  Time tu tak fikir apa-apa pun. Elok je aku nak naikkan cermin kereta, ternampak macam berlian (serpihan kaca cermin tingkap tu). Aku dengan muka blurr, amik 1 serpihan tu, pegang kat tangan.  Hah! terus pucat biru tak berdarah muka aku.  Lemah segala sendi.  Kereta aku kena pecah!!!  Tapi masih lagi tak perasan beg aku hilang. 

 

Aku terus raba area foot rest kat seat penumpang depan tu, konon nak amik telefon dalam beg.  Baru tersedar yang beg aku dah dilarikan orang!!  Tak tau nak kata apa.  Nak nangis ke..nak menjerit ke...nak diamkan je ke...  Lama gak aku diam. Adalah dalam 5-10 minit.  Lepas tersedar diri, baru aku telefon abah. 

 

Dipendekkan cerita, aku tak jadi pergi Perlis sebab barang semua dah kena kebas.  Aku pergi buat report polis.  Hamlau je polis tu. Yang amik report tu kira ok la.  Bab penyiasatan tu, aku tak puas hati.  Ada hati kata kat aku, 'kami akan siasat'.  Camne wei nak siasat kalau spesimen cermin pecah tu dia tak amik.  Kereta aku pun dia tak check cap jari penyamun tu.  Setakat amik gambo cermin yang pecah je.  Mana cukup wei.. Aku yang ngokngok bab investigation ni pun boleh fikir sampai abah aku cakap, 'kalau macam ni buang masa je la kita buat report'.  Memang sangat membuang masa. 

 

Nak dijadikan cerita, aku demam hampir seminggu.  Dah tu darah aku turun mendadak!!  Dapat balik penyakit low blood pressure...huh...Dekat 2 minggu gak darah aku rendah sampai ke minggu ni...