Punyalah lama aku tak update blog ni sampai dah naik lalang bagai pun...Gara-gara lappy gue rosak. Ingatkan nak update guna henpon je. Sekali henpon pun buat hal sama..huh!! Bengang giler.. Dah sebulan henpon aku rosak ni... Hari tu dah hantar pergi repair. Dekat seminggu dok kat kedai tu. Alih-alih aku nak pergi amik, budak yang jaga kedai tu boleh cakap spare part tak ada la...susah nak cari la...kena order dulu la...Macam-macam alasan! Penyudahnya, henpon tu dok la diam-diam kat umah. Sekarang ni aku pakai henpon lama aku yang nokia 1110..ala yang ada torch light tu. Senang kalau ada emergency, ye tak?
Sepanjang masa aku tak jengah masuk sini, macam-macam perkara berlaku dalam hidup aku. Yang aku perasan cuma satu, setiap satu kejadian malang yang menimpa, akan ada satu lagi kejadian yang menggembirakan aku terjadi selepas itu. Itulah kan, memang Allah dah tetapkan setiap kejadian tu mesti ada hikmahnya. Allah tau apa yang terbaik untuk hambaNya dan Dia takkan menguji hamba-hambaNya melebihi kudrat mereka.
sHiLaziZi : posting ni pun dari emel. 1st time ni tau...