|
Tuesday, September 12, 2023
【重要なお知らせ】 個人情報を確認してください
Friday, December 16, 2022
Sunday, August 28, 2022
Saturday, July 23, 2022
Monday, April 25, 2022
Saturday, July 28, 2018
Rindu!
Wednesday, September 21, 2016
Pengalaman Bersalin Tak Sama
Dulu time bersalin Nur Aisyah Humairah lain rasanya, kali ni bersalin lain pula tahap kesakitannya. Alhamdulillah pada 5 September 2016, jam 10.32, lahirlah seorang lagi puteri dalam keluarga kami.
Almaklumlah dok wad dah berhari2, itu pun sebab tetiba terasa baby tak gerak dari petang. Malam tu terus ke hospital. jumpa pulak kawanku si Dr Khaty kat emergency tu. Terus disuruh admit. Hadoi! Pasrah je la. Lagipun dah overdue. Sepatutnya bersalin 28.8.2016 tapi baby takmo keluar sampai melangkau ke September dah.
Rezeki baby jugak kot. Dapat dok wad 1st class. Puas hati sebab makan kita pilih sendiri based on menu. Sodapppp! Udah ler awak ni kaki makan, memang bestlah. Dari masuk wad Jumaat malam, sampai ke pagi Ahad, bukaan laluan baru 3cm. Tak berubah! Mak oii! Ni bebetul baby takmo keluar. Best kot dok dalam perut mak dia. Tapi dah rezeki kan, pagi Isnin, 5 Sept, doktor cakap dah buka 4cm, alhamdulillah. Tau kenapa kita rasa lega walaupun cuma ada pertambahan 1cm je? Sebab kalau bukaan 4cm ke atas, tak perlu induce atau masukkan ubat untuk cepatkan contraction (sakit merengat nak bersalin). So, dapatlah deliver secara normal.
Tepat jam 8.45 pagi kita masuk labor room, Dr. Uma check bukaan dah 5cm! Ajaib kan? Punyalah tunggu dari Jumaat tak berubah, tetiba gerak dari wad ke labor room, dah buka 5cm. Terus dipecahkan air ketuban. Memang tak tunggu lama, tapi perjuangan melahirkan hamba Allah yang suci ni sangat menguji fizikal dan mental. Nafasku tak cukup! Rasa dah hujung nyawa. Siap terdetik dalam hati, kalau sekali lagi aku teran baby tak keluar jugak, aku nak suruh nurse cuba cara lain, forsep ke, apa ke asalkan baby keluar selamat.
Kita bersyukur sangat sebab waktu melahirkan tu ada si Gendut di sebelah sama macam waktu deliver Aisyah dulu. Dah tu, nurse2 semua sangat membantu. Rasa nak nangis time tu bukan pasal penat nak push baby keluar je tapi terharu dengan diorang. Sedaya-upaya kita push dan dalam fikiran cuma 1, nanti baby dah lahir, semua sakit tu akan hilang serta-merta! Sama macam daki gunung. Time daki memang penat dan kadang2 rasa giveup di pertengahan, tapi cuba fikir balik bila dah sampai ke puncak, memang suatu kepuasan yang sukar diungkap dengan kata2.
Alhamdulillah tepat 10.32 pagi, lahirlah Nur Zulaikha dengan berat 3.4kg.
Thursday, April 28, 2016
Dah 31!
Alhamdulillah, pada 25 April 2016 yang lepas SA dah bertambah setahun lagi umurku. 31 dah dek non! Syukur alhamdulillah dengan apa yang ada pada umur sekarang. Ada my own family, suami, anak dan bakal bertambah lagi seorang, insyaAllah...
Ucapan-ucapan kengkawan, family, sedara-mara dalam fb, whatsapp, call siap nyanyi2 sangatlah SA hargai. SA sukaaaaa sangat. Dan yang lebih mengharukan kejadian malam sebelum birthday SA.
Gendut dan Aisyah beriya ajak pergi shopping mall, SA refuse sebab badan kaki tangan, semua rasa tak larat. Penat sesangat. Penyudahnya dia suruh tunggu dalam kereta. SA turunkan kat entrance, lepas tu pergilah parking kereta.
Okay, kita pun tunggu dalam kereta. Lebih 30minit, still tak datang ke kereta lagi. SA call tak pulak dapat. Bateri hp Gendut habis! Dah tu nanti macam mana dia nak tau kereta kat mana kan? Dalam badan tak berapa best tu, turunlah jugak..merayau dalam mall tu cari 2 beranak tu. Tak jumpa! Dah lebih kurang 45minit tetiba ternampak depa keluar kedai. Senyum je. Awak ni dah la hangin, cari deme merata tak jumpa, ni dah jumpa, siap sengih2 bagai. Tak kuasa aku!
SA terus ajak balik sebab badan betul2 tak lalu. Lesu.
Dalam kereta, Gendut cakap kat Aisyah, 'Aisyah, jom kita wish birthday mak awal. Jap lagi balik, mak nak tidur. Esok, mak dah nak kerja'. Ceh, ingat rupanya dorang ni pasal birthday SA. TERHARU!
Tuesday, December 29, 2015
Nur Aisyah Humairah Turn 1!
Slide In The City Putrajaya, Pertama di Malaysia
Semua tempat pun nak kena beratur tapi management memang cekap, tak ada kes potong 'q'. Laju je even beratur panjang. Ni beratur nak amik pelampung. Pelampung boleh bawa balik terus. Sukaaaaa!! Nanti nak mandi laut, tak payah sewa pelampung dah. Guna je yang ada ni.
Dah penat main air, co-pilot tidur tak hengat dunia. Dari Putrajaya ke rumah dia tidur. Punyalah nyenyak.
Nota sHiLaziZi: Park kereta tengah highway, main air pun atas flyover. Rare giler!
Thursday, November 26, 2015
Banyak Sangat Port Bergambar...Mak Suka!
Terlalu banyak port nak bergambar. Gila jadinya. Kalah anak, maknya bergambar macam bebudak. Kalau korang datang sini pun mesti korang jadi budak-budak jugak. Hehe...
Wednesday, November 25, 2015
Aisyah Picit-Picit Ikan kat Oceanarium
Budak kecik yang perasan besar! Taknak dipegang. Bergambar pun tak dilayan dah. Nak jalan sendiri. Explore keliling akuarium tu.
Aisyah buat muka dah. Dia nak berjalan, mak babah tak larat nak kejar kamu dah dik ooi... Entah ke mana hala je jalannya, sesilap masuk dalam akuarium yang terbuka tu nanti. Lagi naya....
Bila dia dah takmo duduk, memang gitulah gayanya...pening mak dik, pening....
Sebelum keluar, jom kita bergambar di kampung penyu! Bukan ada replika penyu je tau, memang ada penyu bebetul dalam kolam!
Kiranya berbaloi la perjalanan kami ke Melaka kali ni. Dapat pergi tempat-tempat tarikan baru kat Melaka. Aisyah pun dapat jenjalan sama sebab mak bapaknya kaki jalan. Hehe...
Notakaki Shilazizi: Planning for the next trip..Tak tau lagi nak ke mana...Selalunya main redah je...hehe...
Beca Tak Muat!!
Notakaki Shilazizi: Cuti bajet ke Melaka kali ni memang best. Semuanya in budget!
Thursday, November 19, 2015
Lutut Gigil Di Sky Tower
Korang boleh guna teropong yang ada tu untuk tengok gambaran jelas sesuatu tempat. SA guna untuk cari kedudukan Menara Taming Sari dan A Famosa. Yes! SA jumpa...















































