Dulu time bersalin Nur Aisyah Humairah lain rasanya, kali ni bersalin lain pula tahap kesakitannya. Alhamdulillah pada 5 September 2016, jam 10.32, lahirlah seorang lagi puteri dalam keluarga kami.
Almaklumlah dok wad dah berhari2, itu pun sebab tetiba terasa baby tak gerak dari petang. Malam tu terus ke hospital. jumpa pulak kawanku si Dr Khaty kat emergency tu. Terus disuruh admit. Hadoi! Pasrah je la. Lagipun dah overdue. Sepatutnya bersalin 28.8.2016 tapi baby takmo keluar sampai melangkau ke September dah.
Rezeki baby jugak kot. Dapat dok wad 1st class. Puas hati sebab makan kita pilih sendiri based on menu. Sodapppp! Udah ler awak ni kaki makan, memang bestlah. Dari masuk wad Jumaat malam, sampai ke pagi Ahad, bukaan laluan baru 3cm. Tak berubah! Mak oii! Ni bebetul baby takmo keluar. Best kot dok dalam perut mak dia. Tapi dah rezeki kan, pagi Isnin, 5 Sept, doktor cakap dah buka 4cm, alhamdulillah. Tau kenapa kita rasa lega walaupun cuma ada pertambahan 1cm je? Sebab kalau bukaan 4cm ke atas, tak perlu induce atau masukkan ubat untuk cepatkan contraction (sakit merengat nak bersalin). So, dapatlah deliver secara normal.
Tepat jam 8.45 pagi kita masuk labor room, Dr. Uma check bukaan dah 5cm! Ajaib kan? Punyalah tunggu dari Jumaat tak berubah, tetiba gerak dari wad ke labor room, dah buka 5cm. Terus dipecahkan air ketuban. Memang tak tunggu lama, tapi perjuangan melahirkan hamba Allah yang suci ni sangat menguji fizikal dan mental. Nafasku tak cukup! Rasa dah hujung nyawa. Siap terdetik dalam hati, kalau sekali lagi aku teran baby tak keluar jugak, aku nak suruh nurse cuba cara lain, forsep ke, apa ke asalkan baby keluar selamat.
Kita bersyukur sangat sebab waktu melahirkan tu ada si Gendut di sebelah sama macam waktu deliver Aisyah dulu. Dah tu, nurse2 semua sangat membantu. Rasa nak nangis time tu bukan pasal penat nak push baby keluar je tapi terharu dengan diorang. Sedaya-upaya kita push dan dalam fikiran cuma 1, nanti baby dah lahir, semua sakit tu akan hilang serta-merta! Sama macam daki gunung. Time daki memang penat dan kadang2 rasa giveup di pertengahan, tapi cuba fikir balik bila dah sampai ke puncak, memang suatu kepuasan yang sukar diungkap dengan kata2.
Alhamdulillah tepat 10.32 pagi, lahirlah Nur Zulaikha dengan berat 3.4kg.