Column

Tuesday, March 19, 2013

Makan-Makan ==> The Humble Chef

Korang pernah makan kebab tak?  Pasta? Ha, ni aku nak syorkan korang makan gaya santai kat Pusat Bandar Damansara.  Bukan restoran mewah dan bukan juga kedai pizza terhebat dunia. =) The Humble Chef namanya! Pernah dengar tak? Ala...yang masuk JJCM tu.

Kat sini, diorang serve pasta dan roti pita. Inti ayam dan daging kambing.  Time aku pergi tu, memang ayam takde stok, so, aku makan semua berasaskan kambing.  Tau tak aku boleh melantak sensorang sampai 4 menu! Sedap sangat...tu yang makan tak pandang kiri kanan.

Time order kena queue up jugak sebab ramai orang.  Meja nak makan pun takde.  Plat nombor giliran pun pegang sendiri.  Tapi yang bestnya servis diorang memang pantas! Secepat kilat! 


Lamb bolognese



Lamb Olio



Tebalnya isi Lamb Pita ni



Lamb Pita yang lazat



Lamb Omelette

Semua menu ni, harganya tak lebih RM6.00 setiap satu.  Kalau korang setakat ada RM10.00 je, memang boleh sangat makan kat sini.  Murah sangat!  Kenyang pun dapat.  Berbaloi-baloilah kalau makan kat sini.  Bayangkan aku yang makan 4 menu ni pun sekali dengan air baru RM20.00.

Wajib cuba tau kengkawan!!!


Nota kaki sHiLaziZi: Satu-satunya western food yang paling murah yang aku pernah jumpa.  Sedap pulak tuh!

No comments: