Column

Thursday, December 29, 2011

Makan-makan==> De' Warung...selera Malaysia

 
 
 
Sekali lagi aku dapat makan kat tempat yang best.  Dan yang lagi best bila Gendut belanja lagi!! Hoye...hoye... Kali ni aku makan kat De Warung, Bandar Seri Permaisuri. Bukan warung tepi jalan tau, namanya aje macam tu.  Kelas jugaklah restoran ni walaupun panggilnya warung.  Kira dekat jugak dengan dengan restoran yang aku pernah pergi dulu =>http://shilazizi.blogspot.com/2011/08/makan-makan-pormtip-thai-bbq-seafood.html
 
 
muka lapo ni...
 
Aku pilih tempat duduk dekat dengan kaunter tapi outdoor. Memang sempoi. Ala-ala lunch date gitu. Aku dengan Gendut makan nasi putih, special menu diorang, ayam De Warung dan tomyam seafood.  Memang terbaiikkk... Minum air suam pulak tu. Lagilah layan.  Gendut order air cincau.  Yang bestnya air diorang ni serve dalam gelas besar.  Memang puas. Harga pun kira ok la. Tak murah sangat...mahal sikit je..
 
1st time aku makan tomyam sampai tinggal mangkuk je...hirup sampai habis!!!
 
 
Besar kan gelas air tu?? Puas minum weiii..
Tengok kat belakang tu, siap ada service bell lagi..ala-ala Pizza Hut
 
 
Licin......Gendut pun kenyang...hikhik..taknak ngaku yang aku sendiri pun kenyang jugak sebenarnya
 
Memang sangat-sangat aku syorkan korang pergi try makan kat sini..sempoi tapi syiookkkkkkk wooooo......

Majlis Makan Malam @ 70's

Biasalah kan bila dah hujung-hujung tahun ni.  Macam-macam program nak dibuat untuk menghibur diri yang dah penat mencari rezeki sepanjang tahun ni kan.  Tak kurang ofis aku pun sama.  Adalah annual dinner untuk staf.  Tema 70's.  Yang bestnya 99% semua ikut tema.  Memacam ragam gaya boleh tengok time ni. Aku ber'camwhore' sensorang je.  Malas pulak nak amik gambo orang lain.  Sikit-sikit tu adalah..Aku baju takde tajaan memana hokei!! Baju sendirian berhad.
 
 
70's ke?
baju polka dot, seluar kembang bawah, spec beso gajah, skaf mak aku time muda, kasut harus platform..
(hey, I buat research tau nak godek attire ni sume tau...bukan main haruk je)
 
memacam gaya ada dek non!!
 
 
Bab makan kira ok la sebab sempoi je..ala western la jugak..yang penting ada aiskrim!!
 
Malam tu kiranya aku bertuah la sebab menang lucky draw. Hadiahnya?? Hmm....
 
 
Iron man!! Eh, takde la..ni seterika zaman 70's la ni..berat amettt...
tapi bila balik rumah, mak aku dah cop dulu...hahaha...suka dia dapat seterika macam dulu-dulu ni
 
Banyak giler hadiah malam tu...ada la dekat 70 hadiah...termasuk penginapan di hotel, tv lcd 32'', oven, vakum and....banyakkkkkk lagi. Yang penting bagi aku, aku happy malam tu. Dinner yang sempoi tapi grand...Enjoy!!
 
 

Monday, December 19, 2011

Hotel Blackout??

Aku dah ber'cuti' dari update blog selama lebih kurang 3,4 hari kot kan..sebabnya aku pergi Team Building ofis aku kat Felda Residence Trolak,Sungkai,Perak. Aku nak citer ni, awal pagi kul 7.30 aku dah sampai ofis. Ingat nak buat kerja sikit,sekali elektrik out plak. Hmm,cancel lah buat kerja. Dah elektrik tak ada kan,nak buat kerja camne kan... Aku pergi kafe, ingatkan nak breakfast dulu sebelum gerak, sekali tengok jam, dah lambat. Haruslah tapau pastu makan dalam bas je. Maggi sup je pun.
 
Breakfast makan maggi je tapi giler punya sedapppp!!
 
On the way ke Trolak lepas abis makan Maggi, aku tido je. Sampai kat Trolak, terus mula dengan aktiviti pertama. Tak lain, tak bukan...ice breaking ler... Dalam ice breaking, trainer tu ada suruh kitorang genggam tangan memasing. Tangan kanan genggam tangan kiri. Katanya kalau ibu jari kanan kat atas,orang tu penyelesai masalah tapi kalau ibu jari kiri kat atas, orang tu disenangi ramai dan 'cute'. Ha,aku kelompok kedua tu. Cute tak aku? Hehehe... Lagi satu group dua2 ibu jari berjiran. Tu maknanya orang tu syok sendiri. Oops, nasib baik takde orang macam tu dalam ramai-ramai tu. Lepas tu bahagikan kumpulan.
 

Bang bang Boom!!
 
Lunch hour check in bilik sebab all the guys kena solat Jumaat. Bilik memang best la. Besar!  Sebilik berdua,twin sharing. Sempat la nak rehatkan badan walaupun kejap je.  Petang buat aktiviti paip roller coaster pulak. Memang enjoy. Gelak je.
 
 
Habis aktiviti kul 6.30 petang tadi, aku dengan memember pergi pekena laksa dengan mee rebus kat Warung Roti Terbang. Memang syok! Nanti aku citer dalam entri yang lain bab makan-makan ni ye. O:-) angel
 
Ni kesah yang paling melekat dalam sejarah kot... Kitorang balik dari makan-makan tu, tengok semua blok gelap je.  On the way naik ke bilik, ada member bagitau blok blackout. Aku masuk bilik, tekan suis lampu..ha..alhamdulillah masih ada.  Tengah bincang-bincang dengan roomate siapa nak take turn mandi, tetiba terpadam semua.  Hah, nasib baik memasing tak masuk bilik ayo. Kalau idak, memang haru dibuatnya.  Dah la segelap-gelap alam.  Lepas tu kitorang gagahkan jugak masuk bilik air by turn, mandi.  Sudah tu, terus tidur..Sedap wei tidur lepas badan penat, mandi pulak. Tilam best pulak. Nyenyak sampai pagi.
 
 
 
 
 

Thursday, December 15, 2011

Potong Habis??? Menggigil!!

 
Jangan kata korang, aku sendiri pun ngeri tengok gambo kat atas nun. Ada ke orang nak potong jari sendiri macam cincang cili je.eyarrkkk!!
Eh, itu bukan cerita sebenar.  Ni baru cerita sebenar, semalam 14.12.2011, dua orang hero aku (bukan anak aku tau, belum kahwin lagi la..tapi adik2 kesayangan aku) si abang & si adik dah selamat disunatkan.  Dah besar kan..hehe..Alkesahnya, ni apa yang abah cerita kat aku ler dengan 2 hero tu.
 
 
Abah bawa diorang bersunat kat klinik dekat dengan rumah aku.  Ada la dalam 20 orang jugak yang sesame tunggu turn.  Abah bagi kat diorang sorang sebiji limau.  Abah suruh diorang pegang dan cium bau.  Sambil-sambil tu zikir la sebut nama Allah.  Tujuannya supaya diorang ni takde la fikir pasal sakit tu sangat kan. 
 
Yang abangnya elok je pegang, walaupun muka dah pucat.  Tapi tang adik, ni yang aku tak boleh blah dengar abah cerita. Dia pegang limau tu sambil menggigil satu badan ko! Sambil cium limau sambil sebut Allah...Allah..pastu baca bismillah tak berhenti.non stop!! Punyalah takut.  Abah cakap muka doktor tu serius je.  Sikit pun tak gelak. Pastu doktor tu cakap kat abah, "Dah kerja saya encik. Dah biasapun tengok peel anak-anak ni..." Giler slamber dowh doktor tu.  Kalau aku mesti cuak sikit (sikit je ok, xde la banyak mana pun) tengok doktor nak sunatkan adik aku tu.  Nasib aku tak pergi sama. hehehe...

Aku Kena Tampar!!!

 
Pergh...1st time ni aku kena tampar ni..Sakit siott!! Tak sangka pulak aku sesakit ini.  Dah la balik kerja semalam naik motor je.  Abah aku amik. Time tu hujan lebat sangat. Nasib abah bawa baju hujan lebih. Aku boleh pakai raincoat je. Seluarnya tak mboh sebab aku pakai baju kurung.  Karang seluar ke mana kain ke mana kan..hehe... Rela je la basah dari paras peha ke bawah..hmm..
 
 
Time gerak dari ofis aku, hujan baru renyai-renyai je.  Orang kata apa tu?? Gerimis?? Ha, macam tu la lebih kurang. Sampai tengah jalan, hujan tetiba lebat selebat-lebatnya sampai membasahkan apa yang tak patut basah...ooppss...takmo citer lelebey part tu.  Yang aku nak bagitau, dalam perjalanan tu aku kena tampar! Tau tak korang air hujan yang turun macam batu..kelepok..kelepok...sebijik-sebijik jatuh kat muka aku. Macam kena penampar je weih...Padahal pakai helmet kot tapi tetap kena kat muka aku.  Pedih tak terkata wei.  Abah pulak bawa laju.  Dalam laju tu pun, kitorang 2 beranak still boleh bersembang macam naik kereta. Hahaha...sangat sempoi. Nasib nak dekat sampai rumah aku, hujan dah berhenti.
 

Tuesday, December 13, 2011

| Kalori oh Kalori | Doktor kata AKU SIHAT!!!!

Seronok jugak pergi taklimat pemakanan sihat ni. Aku pergi ni atas kapasiti wakil ofis je.  Tapi alhamdulillah sangat berguna untuk aku. 
 
Memacam aku belajar time taklimat tu especially bab makanan dan kesihatan la.  Banyak input pasal kalori dan pemakanan yang bagus untuk aku dan orang-orang sekeliling aku.  Aku ni bukan amik berat sangat bab-bab kalori ni.  Yang tau nya, main balun je semua makanan.  For sure, aku memang kurang makan/minum yang manis-manis, air berkarbonat, cekedis...memang tersangatlah kurang. 
 
Time taklimat ni adalah booth check kesihatan yang aku rasa lebih 90% peserta memang pergi buat checkup termasuklah aku.  Hasilnya?  Doktor Faizul tu cakap aku sihat dan body dah cukup solid..Wah!! Yeke solid? Abis spare tyre kat depan ni pekebendenya??  Doc cakap tu small matter..Kena buat sit up secara berkala.  Maknanya secara tetap, 3 kali seminggu pada time yang sama dalam masa 3bulan.  Tengoklah hasilnya nanti..Hmm..
 
BMI aku pun ngam-ngam soi je...cantik lah!! Boleh teruskan dengan amalan gaya hidup aku yang sekarang ni.  Even sometimes gaya hidup tu kurang sihat..(makan tak bersukat..) Bagi aku boleh dikatakan seimbang la sebab ada masa aku exercise, main sukan, makan dan tidur pun cukup. So, tak de masalah la kan.  Seronoknya bila doktor cakap aku sihat!!!  Lagi yang buat aku happy bila check darah, pointer darah aku naik dari 70 ke 94! Walaupun belum cecah normal pointer, 110 tapi tetap berbangga sebab darah aku dah hampir normal.  Gejala low blood pressure ni akan berakhir!! Yahhoooo!!!
 
Bandingkan kalori...
 
Ni baru sikit je gambo yang aku letak. Sebenarnya banyak lagi.  Memang kalau tengok kat kalori tu, terus jadi takut nak makan.  hehe.. Lagi best bila ada segmen amali.  Yelah kan, sendiri potong, sendiri timbang, sendiri sukat, so, sendiri tau la berapa kalori yang boleh diambil.  Tu yang jadi masterchef kejap tu.  Kita memotong, kengkawan tengok.  Perasan!!
 
 
timbang kalori....
 
 

5 Blog Pilihanku 2011

BEN ASHAARI
 
Tetiba teringin nak join segmen 5 Blog Pilihanku 2011 ni.. 1st time ni nak join Segmen yang di organise oleh Bro Ben Ashaari..blogger yang famous amos tu...hape?? tak kenal?? tak mo tipu..tak mo...setau aku kalau orang yang tak kenal dia ni mesti orang tu tak rajin ber'blog' atau langsung tak pernah ada blog atau tak pernah jenjalan pergi blog orang lain...ish..ish...ish...tak patut..tak patut...
 
Ni 5 blog pilihan aku untuk tahun 2011...semestinya blog-blog yang aku selalu lawat. SETIAP HARI tau tanpa gagal...ulang...setiap hari tanpa gagal....tak kira time..
 
 
 
1. RedMummy ~ http://www.redmummy.com/ ~ aku suka baca blog kak Red ni sebab macam-macam ada!! Dari kisah peribadi sampai ke segala jenis tok nenek cerita...Lagi satu sebab aku tak lah berkemampuan macam kak Red & family yang selalu travel jejauh sampai obersi, beli designer handbag & shoes, income cecah 5 angka tiap bulan.  Yang aku  mampu hanya baca blog dia dan dapatkan inspirasi camne nak jadi macam dia. Sekarang ni dia tengah dok sibuk mengira waktu melahirkan si comel RedBaby...
 
Hanis Zalikha
 
2. Hanis Zalikha ~ http://inibelogsaya.blogspot.com/ ~ blog ni pulak aku baca sebab banyak tip-tip kehidupan yang berguna untuk aku.  Antara tips yang aku dah apply dalam hidup dan MENJADI!! tip guna syampu rambut yang sesuai dengan kita dan cara mengeringkan rambut yang terbaik.. Tak caye?? Korang cubalah..Aku tak tipu...
 
 
3. Beautifulnara ~ http://beautifulnara.com/ ~ gosip..gosip...gosip...sekali-sekala nak jugak tau perkembangan artis kan.  Walaupun orang kata blog ni suka ciplak cerita tapi aku tetap suka baca...Lantak pi la dengan cakap-cakap orang...Kurang-kurang pun blog si Nara ni masuk pencalonan Nuffnang jugak..
 
Shazwani Hamid's Blog
 
4. Shazwani Hamid ~ http://www.shazwanihamid.com/~ blog ni pulak aku suka jengah sebab pemilik blog, si Wani ni sangat suka berfesyen... Aku memang admire giler dengan fashion-fashion dia...Sweet je..Sesuai je dengan dia...Jeles gak la kan sebab kengkadang fashion yang pakai tu aku tak boleh ikut. Tak sesuai nok...
 
 
5. Ceeramoonhttp://c33ram00n.blogspot.com/ ~ blog hijau ni blog ke-5 yang aku suka sebab banyak tutorial pasal blog..aku kan bukannya pandai sangat, so, blog si Ceera ni sangat-sangatlah membantu aku.. Bukan tu je..kisah dia, husband dan anak dia pun aku suka baca...
 
Nasib bro BA limitkan untuk 5 je..kalau lebih, mau berjela entri aku ni sebab banyak nau blog yang aku suka sebenarnya...tapi ni antara yang ngetop la..cheerrsssss...
 
*******************************************************************************************************************
 
Korang pulak?? ada blog yang korang admire tak?? Meh ler share dengan aku..mana tau lepas ni boleh aku jengah sama...
 
 
 

Nombor 6!! Ada apa dengan 6??

 
Tempat ke-6!!  Yeehoooo.... Korang agak bagus tak? Bagus hapenye kalau dapat no. 6 dari 6 penyertaan...maknanya?? Maknanya aku dapat tempat terakhir...last la weih...hisy!! payah beno kome nak paham ye...
 
Last week ofis aku buat badminton tournament. Diorang buat undian untuk tentukan team.  Undi punya undi, aku masuk dalam Team E..
 
Team E..the only lady is me!!
 
Game pulak main cara liga...haruslah kepenatan sebab non-stop.  Mula kul 9.30 pagi sampai la ke pukul 4 petang, baru selesai game.  Aku dapat bergu campur-campur.  Kejap dapat yang ok, kejap dapat yang ko.  Meh aku cerita kat korang experience aku main kali ni.  Sebenarnya ni bukanlah 1st time ofis aku buat badminton match ni. Ni kira kali kedua dah sebab last year dah buat sekali.
 
Yang best:  Aku dan regu sefahaman, senang communicate dah hasilnya? Menang la kan...
Yang tak best:  Group aku semedang je tak cukup member.  Kejap tinggal 5, kejap tinggal 4, kejap jadi 5..Sampai ke sudah tak cukup 6 orang. Tu yang pancit tu...Tetiba aku dapat regu yang gila punya perangai nak konker court sensorang.  Lebih-lebih lagi bila reramai sorak nama dia..Haruslah dia kembang setaman kan..  Aku dok diam je tengah court tu.  Time servis, aku servis, time main, aku main-main..hahaha...boleh??Tension dowhh...
Lagi yang tak best bila regu hangin.  Bukan dengan aku tau tapi dengan orang kat luar court.  Jawabnya aku la yang jadi mangsa. Huhuhu...Game hampeh!!
 
Bagus gak kan dapat nombor 6 ni..  Amik la korang sorang1. Takde la nak berebut...kekeke....
 
Kesimpulan game kali ni, HAMBAR & HAMPEH!! Semangat aku ditendang keluar. Wah, tengok tak?? ayat aku sangat dramatis tau...bukan setakat semangat je ditendang keluar, mood pun swing sama!
 
p/s: Organizer dah bagus dah.  Yang H&H tu aku sendiri la weih...Jangan nak buat spekulasi pulak ek...aku tak ngata sesape tau.  Ni pendapat aku.
 
 
 
 

Friday, December 9, 2011

Abang!!! Selipar tu!!!!!

Tetiba teringin nak berjalan ke Jom Heboh yang last tahun ni.  TV3 buat kat Bukit Jalil. Alah, biasalah kan every year memang penutup kat sana pun.  Kebetulan cuti sekolah, haruslah aku angkut 2 superhero cilik aku tu.  Siapa lagi kalau bukan si abang dengan si adik... Driver yang tak jemu-jemu berkhidmat dengan aku setakat ini, walaupun tanpa gaji... si Gendutku yang sorang tu.  Adik-adik aku memang suka kalau Gendut ada. Best katanya.  Apa entah yang bestnya pun aku tak tau.. Lagi pun kalau berjalan macam ni dengan Gendut dan adik-adik aku, ramai yang kata kitorang ni semua adik-beradik.  Ada gak yang ngok-ngek kata abang dengan adik tu anak aku dengan Gendut. Haish!! Tapi aku dah biasa semua tu.  Itu menunjukkan aku dan Gendut dah ada ciri-ciri ibu bapa terbaik..muahahaha (geli pankreas aku time menaip ni...uwekkk..sambil buat aksi jolok tekak)
 
Walau pun panas terik, orang punyalah ramai...tapi itu bukan penghalang aku berjalan dengan diorang.  Memang happy je.. Dah lama jugak sebenarnya tak berjalan dengan diorang ni..  Sambil jenjalan tu, aku ternampak booth Chipsmore buat promosi beli Chipsmore nilai RM7.00 dapat 1 tiket masuk Chipsmore Land.  Dedulu, akulah orang yang paling suka join mende macam ni.  Sekarang dah lebih had umur sebab syarat nak join tu umur mestilah 7-13 tahun SAHAJA.  Aku ni dah suku abad weii (tetiba terasa macam kertu pulak bila sebut camtu...ngerii..) Aku tanya kat abang, dengan pantas dia jawab nak join.  Alhamdulillah. Walaupun aku tak dapat masuk, dapat amik gambo si abang pun jadilah.
 
 
1. Team mate abang...yang baju kuning tu sebaya je dengan dia tapi badannya lagi besar dari abang. Adik pinky tu yang paling berani siap boleh pegang ular tanpa rasa bersalah lak tu..
3. Safety first. Pakai elbow guard dulu..
4 & 6. Cabaran pertama-lompat tarzan..lepas!
5. Nampak je kamera walaupun aku amik dari luar. Dah macam pengintip pulak...
2. Habis sudah..
(Nombor not in a right order kat gambo tu..tu yang aku explain ikut the right order)
 
Selipar tu!!!!
 
Korang nampak selipar tu?? Memang aku hangin sebab aku perasan abang pakai selipar tu bila dah sampai kat Karnival Jom Heboh.  Ingatkan dia pakai kasut lain so, aku tak check dari rumah. Time aku bebelkan abang, dia diam je. Dia tau kaklong dia ni tak suka bawa berjalan kalau selekeh-selekeh ni.  Bergaya dah bagus tapi tang selipar tu...haish..tak leh blah la kau bang..
 
 
 

Thursday, December 8, 2011

Aku dah GEMUK!!! Tak caye?? Tengok ni...

Time aku jenjalan dengan adik-adik aku, ternampak la Taman Fantasi kat tetengah foyer VIVA HOME tu. Ni 1st time aku datang sini tau. So, lepas ni takde la malu kalau orang tanya pasal Viva lagi. Bukan kereta VIVA tu ye...yang tu aku dah lama tau.
 
 
Fantasy de VIVA
 
Rasa macam aku masuk dunia kartun la pulak. Trengg...Siap ada cendawan bagai..siap dengan bidadari lagi...Biasalah aku kan kaki bergambo...pantang ada tempat best, mesti nak snap punya.(alah, kengkadang tempat tak best pun jadi jugak) So, pe lagi kan..Let's!! Terus teringat gaya-gaya fotogenik model depan kamera (walaupun kamera aku cuma kamera henpon je).
 
Korang layan je la ek picca yang ala-ala sengal bagai model ni....echewah!!
 
 
tengok tangan?? gemok aku skang... 
 
Baru aku terperasan bila tengok tang tangan tu..uish...nape besau sangat lengan aku?? aku dah gumokkkkk!!! Yes! Memang pun nak macam ni.  Takde lah kurus bebeno kan. Really like it. Bangga ni..(kembang kempis hidung..)
 
Adik boleh 'pause' lak kejap sebab nak bergambo punya pasal
 
Mamat berdua ni memang boleh tahan jugak bab ber'camwhore' ni.. 'on' aje..Gambar haruslah happy ye dak? Almaklumlah baru lepas mengurut badan.  Gila best! Murah lak tu.
 
Budak kecik yang tak tau nak duduk diam-diam..
 
Kesimpulan untuk hari itu, sangat best berjalan dengan 2 hero kecik aku ni...Thanks to Mr Photographer..siapa lagi kalau bukan si Gendut aku tu...Dia rela je jadi jurufoto aku sebab dia tau aku ni kaki gambo...hehe...
 
 

Wednesday, November 30, 2011

Meng'GUA'....Apa tu??

Meh kita sambung, meh! Korang dah baca entri http://shilazizi.blogspot.com/2011/11/perang-nyamuk.html  ni tak?  Kalo belum, pergi baca dulu. Baru thrill baca entri yang ni.. Sebelum tu, aku nak bagitau gak kat korang, kan dalam entri tu aku kata aku penat sangat kan..korang tau apa jadi on the 2nd day?  Aku terbabas time tido! Sekali dengan roomate aku si Yati.  Almaklumlah kan aku baru je balik dari JJFR terus pergi Team Building ni plak kan, haruslah aku kepenatan sampaikan tak pergi senaman pagi jam 7 pagi.  Aku sedar je tengok jam dah pukul 7.30 pagi.  Malulah nak pergi tapak senaman tu.  Dok je lah dalam bilik sampai waktu breakfast.  Lepas breakfast je, bersiap untuk caving. 
 
Ini kira macam kesinambungan la kan..hehe...Itu gado dengan nyamuk, yang ni meng'GUA' pulak.  Mesti korang tertanya-tanya kan, pe plak la yang sHiLaziZi merepek ni..ada pulak word mengGUA..hishh... meh, aku terangkan ye.
 
Ni 1st time aku caving tau.  Tau tak, caving tu apa?  Caving tu mengGUA lah!  Shila, please stop repeat & repeat again the same word.  Hokay, I tak repeat dah..maksudnya aktiviti masuk dalam gua la.  Ha, sekarang dah paham??  (semua angguk kepala sambil senyum..)  Bagus...
 
Welcome to Gua Kota Gelanggi
(setia dengan baju JJFR tu..)
 
Ni antara gua yang aku dah jelajah sepanjang xpdc ni ler...Gua Gajah (Memang ada gajang yang sangat gadang kat dinding gua-macam real!), Gua Sanding (memang ada pengantin bersanding dalam tu-batu ler; lelaki berdiri sambil peluk tubuh, perempuan duduk bersimpuh; lagi satu pasangan suami isteri tengah istirehat sambil si isteri melentok mesra di bahu sang suami...perghh...kelas tak ayat aku?), Gua Tongkat dan ada lagi 2 gua, aku tak ingat namanya...almaklumlah time masuk ke gua tak bawa nota untuk tulis..hehe..
 
 
Laluan nak ke gua..
 
Apa yang aku boleh cakap, memang caving ni sangat adventure dan yang penting tersangatlah bestnya!! Wuhuuu...Tang lalu kat lubang angin tu yang paling mencabar.  Korang bayangkanlah lubang yang hanya boleh masuk satu badan sebesar Lisa Surihani tu, kitorang kena lepasi sensorang.  Korang pun boleh agak kalau tengok picca aku, yang badan aku tak seslim Lisa.  Ajaib tak, bila badan beso aku ni pun boleh lepas lubang tu.  Kuasa Yang Maha Esa membantu hamba-hambaNya.  Kat dalam gua tu, pergh..tersangatlah besaunya...Macam-macam bentuk dalam gua tu aku dapat lihat.  Tengkorak, keris, pedang, dinasour, potret Monalisa pun ada! Sejibik dengan potret asal.  Korang tak nampak bolehlah kata ada orang lukis, tapi lokasi potret tu kat siling gua yang tinggi melangit tanpa apa pun dapat capai. Tepi cerun pulak tu.  Haruslah jadi sendiri kan. Mother nature kot..Tak mungkin ada orang lukis.  Subhanallah!! Sangat cantik! Sorry ek sebab takde picca yang aku dapat snap dalam tu sebab dilarang. Huhuhu...Korang bawa kamera canggih mana pun tak guna, sebab dilarang amik gambo dalam tu kecuali sesetengah tempat yang tour guide korang benarkan. Hasilnya??
 
Ni je gambo yang boleh amik...
 
 

Tuesday, November 29, 2011

JUMBO JAMBOREE FELDA RIDE 2011

Sorry ler ye..lambat up story ni sebabnya ada probs untuk upload picca...
 
20.11.2011 - Best je tengok nombor yang datang sekali seumur hidup aku ni.  Tarikh keramat ni..Korang tau kenapa? Sebab....aku join jadi urusetia program Jumbo Jamboree Felda Ride 2011 (JJFR'11).  Program untuk mountain bikers yang tegar.  Memang terbaeklah!  Aku gerak ke Felda Pasoh 1 tu dengan kereta Ferrara abah (Gendut yang panggil kereta abah tu Ferrara..nasib baik tak ferraro rocher..B-) cool Asal ideanya, aku ngajo senamrobik tapi disebabkan hujan yang agak lebat malam sebelum kejadian, padang dah becak.  Terus dibatalkan.  Jadilah aku krew yang tolong buat semua benda.  Dari potong tag lucky draw kat beskal pelumba, tag 1st check point sampailah habis acara, jadi pemerhati..hehe...
 
On your mark...get set...go!!!
 
Korang tau tak apa yang paling best?? (mula dah gatai nak mai ni..>:) devil) Dapat jumpa ramai mamat hensem kat situ.  Yelah participant ada 360 orang tu..Semua golongan ada. Yang tua, yang muda, yang sedang-sedang. Body? Pergh...memang mantap! Basikal semua cecanggih.  Harga ribu-riban. Yang cecah harga sama dengan kancil pun ada.  Padahal beskal je kot.  Tapi memang best ar beskal diorang.
 
Bila diorang dah mula berkayuh, kena redah trek yang agak challenging, aku buatlah kerja-kerja lain. Pasang banner untuk majlis penutup ler, susun hadiah ler, setup meja untuk urusetia letak makanan peserta ler..Aku kan bukan jenis dok diam, kalau boleh semua benda nak buat.  Gila kuasalah katakan. Hehee... Jangan ler kome salah paham.  Bukan gila kuasa betul-betul pun, cuma niat ikhlas untuk membantu.  Ye lah kan, dah terlanjur jadi krew kan, kerja la sama-sama. Bak kata Wonderpet, 'Apa yang penting?' KERJASAMA!!
 
Ramai kan.....
 
Bila sampai je rider di garisan penamat, tugas aku mula lagi untuk bagi tag nombor pemenang.  Aku memang salute kat abang-abang, akak-akak, atok-atok, adik-adik yang berjaya habiskan riding 42km.  Tinggi betul stamina diorang.  Teringat time aku dulu-dulu.  Memang aku kena tingkatkan stamina aku sekarang ni.  Payah? Jangan cakaplah tapi kan nak seribu daya, tak nak dok diam-diam bela perut. Muahaah....:D big grin  Ada gak bikers yang tak abis pusing trek sebab injured.  Aku jugak jadi paramedic.  Nasib ada sesikit ilmu di dada.  Saki baki terlibat dengan PBSM dulu.  Berhasillah jugak.
 
rezeki kakak ni...hebat woo dia cycling...kalah aku!!
 
Lepas dah agih lunch untuk bikers, aku balik homestay untuk solat zohor sebelum nak teruskan dengan majlis penutup.  Time ni la ada peristiwa tak berapa best jadi..Nanti aku citer dalam entri yang lain la kot ek.  Panjang bebeno pulak kang.  Memang simple je majlis penutupnya..  Aku pun tak ingat YB apa ntah nama yang rasmikan penutupan event tu.  Tak penting ar bab tu (aku kata..) Yang penting lucky draw untuk bikers.  Semua pakat tunggu je.  Hadiah boleh tahan la kan.  Banyak pihak yang sponsor.  Hadiah utama 2 buah mountain bike yang bukan calang-calang harganya. Wow!! Yang menang pun cantik je.  Sorang pompuan, sorang lelaki.  Memang cun ah!
 
mmbeekkkkk!!!
 
Time gerak balik, aku kena ikut muntut kambing bebiri.  Bising je mulut diorang.  Sekali aku ajuk cakap kambing tu 'mbeekk'.  Terus semua kambing tu stop, pandang aku.  Gendut cakap,'mesti kambing tu terkejut tengok ada 'kawan' dia naik kereta'.  Hampeh je. Ada ke kata aku ni pun kambing gak.  Tapi memang kelakar la tengok kambing tu tetiba stop pastu memasing tengok aku. ????? Cuak gak..nasib tutup tingkap..pheww..
 
 Macam biasa, on the way balik, aku megholoh je..Gendut yang drive..
 

Friday, November 25, 2011

Perang Nyamuk!!

Much appreciate it!!  Wah, tetiba nak speaking London nih.  Aku nak ucap terima kasih kat bos aku sebab bagi aku pelepasan untuk join kursus yang 100% outdoor ni.  Dia tahu yang PA dia ni memang lasak.  Setakat nak ber'ayu-ayu', kat ofis boleh la kan.  Kat luar, relax je dah ler.  Balik je dari JJFR Ahad malam, Isnin pepagi dah gerak pergi kursus kat Felda Residence Tekam, Jengka, Pahang.  Kiranya aku ni lepas keluar felda, masuk balik felda..Memang terbaek jugak lah kursus ni. (Suka nau aku dengan word 'memang terbaek' ni.) Kalau dah memang best, haruslah aku puji kan. Kalau dah macam harem je, nan hado aku nak puji, haruslah aku keji pulak kan. hehe...
 
Nak dijadikan cerita aku la orang pertama yang sampai kat tempat berkumpul tu.  Mana taknya, aku dah la tumpang adik aku sampai LRT, pastu naik je tren sebab aku malas nak drive.  Lama kot nak tinggalkan kereta.  Takmo la. Lagi baik tinggalkan kat rumah.  Selamat!  Ha, aku nak citer gelagat manusia dalam tren. Almaklumlah dah lama kot tak naik tren kan.  Hari-hari drive je.  Aku dah la ngantok lagi.  Aku sandar kat tiang tengah tu siap lentok.  Sempat la lelap mata.  Tetiba aku terkejut dengar orang menyanyi dengan kuatnya.  Bebetul kat telinga aku.  Nasib baik tak latah tau.  Rupanya dak tu pakai earphone, volume tahap maksima. Haruslah dia rasa macam dia dalam dunia dia sendiri je.  Nyanyi kekuat macam dalam bilik air tu.  Semua orang pandang dia.  Dia buat derk je... Lama tau dia nyanyi.  Lepas satu lagu, satu lagu lagi.. Ntah lagu apa pun aku tak tau sebab lagu tu macam lagu rock metallica tu ha, aku bukan minat rock kapak ni.  Haruslah aku tak tau kan. 
 
7.30pagi aku dah terpacak depan Cosmopoint tu.  Sempatlah tengok student keluar masuk bangunan tu.  Teringat jugak zaman belajar dulu.  Kenangan terindah kot.  Mana boleh lupa.  Sejarah wei..sejarah. Ok back to the topic, dalam bas sepanjang perjalanan tu aku tido je.  Lebih 8 kali aku tidur, terjaga, tidur, terjaga..tengok-tengok tak sampai-sampai jugak.  Rupa-rupanya dah terlajak. Sesat!! Jauh pulak tu.  Ada la dalam setengah jam.  Pastu aku tak leh tidur dah.  Sampai kat resort, masuk bilik rehat jap, terus keluar buat aktiviti.
 
1st aktiviti, OBSTACLE.  Bayangkanlah kitorang ber'obstacle' selepas hujan berhenti kat area pohon merimbun.  Haruslah berperang dengan nyamuk ye dak??  :-O surpriseSekali nyamuk mai serang tangan kitorang sorang-sorang ada la dalam 30-50 ekor.  Dah la spesis badan belang-belang. Aedes!!  Sekali tampar je kena dalam 20 ekor.  Nak buat aktiviti pun payah. Yelah, mana nak buat aktiviti, mana nak halau nyamuk lagi.  Abis aktiviti tu tengok tangan, semua bengkak-bengkak.  Tak campur dengan yang kena gigit tang muka.  Abis muka yang cun melecun ni.  Ecewah!! Perasan cun ler pleks..hehe...Lupa nak bagitau, aktiviti obstacle atau orang Melayu biasa sebut merentas halangan; kitorang buat angkat bola tenis/pingpong dengan tali, comando crawl, lepasi tali yang direntangkan.
 
 
 
Lepas abis je obstacle, kitorang main game boom-boom..sifir 3..Ala..yang kira ikut sifir 3 tu.1..2...boom!..4...5..boom! Memang best.  Yang penting, aku top 5 okay! Walaupun tak menang tapi tetap vouge kan..:) happy Ahakzz..tetiba!
 
Malam tido memang tak hengat dunia weh...Sampai esoknya aku tak sedo udah terbit matahari...terlepas senam pagi..hehe...
 
 
 

Thursday, November 17, 2011

Gendut dah besau!!

Isnin lepas, birthday dak Gendut tu.  Disebabkan kitorang ni memang dah biasa tak ada hadiah-hadiah gempak time-time camni, so, I treat him for lunch.  Korang tau katne?  Jeng...jeng...jeng... Kat warung tepi jalan je.. Apa? Tak romantik??  No hal lah!  Nak romantika de amor sangat, tunggu lepas nikah la deii...
 
Aku tau, kekadang dia baca blog ni..so, lepas dah wish face to face, thru sms & fb bagai....now, aku nak send dove note ni untuk dia..
 
UNTUK AWAK!!!
 
Romantik sesikit udah le...terlampau kang, dah hilang sweetnya pulak kan...kekeke...