Column

Friday, October 30, 2015

Senyuman Pengubat Rindu

Time kursus hari tu, mood SA memang swing gegila sebab teringat kat budak kecik nun di rumah tu.  Tapi Gendut faham, bininya ni mana boleh tak ada anak depan mata kan.  So, dihantarnya gambar dia ber'wefie' dengan Cikunit sorang tu.


Tengoklah tu! Mana hati mak tak cair dek non ooii... Kamu pandai bergambar pulak tu.  Babahnya cakap kat dia, ''Jom Aisyah Humairah, kita hantar gambar kat mak".  Tu yang keluar sengih macam tu.  Aduhai adik.  Siang malam tengok gambar-gambar ni.  Lesung pipit dan senyum tu yang terkenang sangat tu.




Malam kedua tu Gendut cakap, Aisyah termenung.  Pandang ke dapur, tengok ke pintu. Penyudahnya time SA call dia, baru dengar dia sebut 'mak', dia dah nangis.  Rindu sangat la tu.  Adik, mak pun rindu adik jugak.




Bila balik je, amik Aisyah kat rumah pengasuh, kemain berkepit je dengan maknya.  Sampaikan Babah balik kerja pun dia buat tak tahu.  Nampak sangat rindukan mak.  Mak nak bergerak ke toilet pun dipegang kaki.  Tu dia, punya takut kena tinggal lagi.


Nota kaki sHiLaZiZi: Aisyah membesar dengan sihat, alhamdulillah. Gigi pun dah 7 batang.  Umur 8 bulan dah berjalan.  Now, dah 10 bulan kemain laju lagi jalannya. Tak menyempat maknya nak kejar. Anak korang ada yang progress secepat ini tak? Ke ada cepat lagi?
Post a Comment