Column

Thursday, October 29, 2015

First Time Kursus Jejauh, Tinggal Anak

Blog lama terbiar sebab....SA pergi kursus luar kawasan. Hehe...

Dah dekat hujung tahun ni SA tersenarai ke kursus anjuran jabatan di Temerloh, Pahang pulak.  Nak menolak, rasa tak sedap sebab kursus sebelum ni di Lumut, SA dah reject sebab Aisyah warded.  Demam panas.  Kursus Pembangunan Modal Insan dan Motivasi ni bertujuan nak bagi peserta santai-santai je kata mereka.  Tapi.... Jom baca diari ni dulu...

Day 1
Bergerak dari ofis, jam 10.30 pagi.  Kami naik bas jabatan je.  Senang.  Singgah kat R&R Genting Sempah jap untuk kengkawan yang belum sarapan.  SA dengan kawan sorang lagi ni dah sarapan kat ofis sebelum bertolak.  So, malas nak turun makan lagi.  Adalah dalam 45 minit kot singgah situ, lepas tu gerak terus ke Temerloh.  Tapi ada gak berhenti lagi sekali kat R&R Temerloh sebab aircond sejuk sangat dalam bas tu.  Agen perkumuhan memasing aktif.  Gerak cari toilet. Haha....


Dalam jerebu kami berkursus.

Sampai kat pekan Temerloh, boleh pulak bas kami sesat.  Masuk perkampungan cina!  Jalan bapak punya sempit.  Kata driver dia ikut waze...gps.  Ni namanya Guna Pun Sesat!  Adoii, ingatkan lalu kampung tu nak cari tempat makan tengah hari, rupanya cari hotel.  SA buka maps kat phone, rupanya hotel yang dicari tu dekat je dengan kampung cina tu.  Kampung tu ke kiri, yang hotel hala ke kanan.  

Akhirnya sampai jugak ke hotel.  Hotel Seri Malaysia Temerloh.  Sampai dalam 1.30 tengah hari.  Receptionist cakap tak boleh check in dulu sebab check-in jam 3.00 petang.  Terkejut SA! Sebab SA pun pernah pergi kursus kat hotel sebelum ni, kalau peserta datang awal, urusetia dah slow talk kat manager hotel tu, boleh je masuk bilik terus kalau bilik tu dah siap kemas.  Lepas dung dang, dung dang.  Dapatlah kunci bilik jam 2.00 petang.  Bilik 109. 

Wefie sementara tunggu kunci bilik.

Perut dah lapar ni sebab tak makan lagi.  Urusetia cakap lunch tak ada.  Yang ada cuma minum petang jam 4.30 petang.  Adoi!! Tu pun cuma kuih 2 biji seorang.  Memang tak boleh blah dah ni.  Rasa datang dah angin meroyan ni.  Sebelum angin tu berubah jadi ribut taufan, baik naik bilik cecepat!  Bersiap dan call teksi.  Keluar ke pekan cari makanan.  


Roommate SA sepanjang berkursus.

Masuk je bilik....alhamdulillah, nampak selesa tapi...nanti SA citer dalam entri yang lain bab hotel ye.  :)  Nasib baik sebilik dengan orang yang tak suka aircond macam SA jugak.  Selesa sikit.  Hehe...  Kami jenis buka aircond untuk bagi sejuk bilik je.  Pastu, tutup.  Time keluar ke pekan, akak ni nak cari bantal sebab bantal hotel tu agak keras untuk dia.  Almaklumlah, orang dah berumurkan.  Senang je nak cari bantal ke apa ke sebab pekan dekat sangat dengan hotel.  Kitorang hire 1 teksi je untuk pergi makan dan cari bantal.  Siap teksi tu tunggu kitorang tapau lak tu.  Terbaiklah pakcik!  Dia cas RM15 je.  Teksi kat Temerloh tak ada meter ye.  Tapi dengan rate tu siap tunggu kitorang, kira okaylah.  

Balik ke hotel, terus ke bilik.  Makan time! Perut dah sebu.  Makan tak toleh dah.  Sedap pulak tu. SA tapau medan makan kat tepi sungai tu.  Yang area ada tulisan TEMERLOH bebeso tu tapi tulisan tu dah runtuh habis dek banjir hari tu.  Kawan SA try bantal yang baru beli.  Tak boleh jadi jugak, bantal tinggi!  Lepas makan, kitorang keluar balik ke pekan, minta tolong receptionist call kan teksi.  Baik je budak kaunter tu.  Lembut je cakap.  Tak sampai 2,3 minit.  Teksi dah sampai depan hotel.  Terus cakap kat pakcik tu kitorang nak pergi beli bantal.  Lepas dah beli bantal tu, SA belikan token untuk adik kaunter tu sebab dia baikkan.  Dah tolong callkan teksi 2 kali. Hehe... Kali ni caj teksi RM16.  

Sampai kat hotel, time minum petang, terus kitorang ke coffee house.  Tengok-tengok kuih dah habis sebab memasing makan bukan 2 biji.  Laparrrr...memasing makan lebih.  Tapi kitorang tak kisah pun sebab dah makan nasi.  Perut dah full.  Balik ke bilik dan rehat sampai lepas maghrib.

Malam tu, macam biasalah, malam pertama kursus kan, ada sesi ice breaking je dengan taklimat.  Settle semua, balik ke bilik dan tidurrrrr..... Penat.  Sebelum tidur, call anak.  Rindu anak wehh... 


Taklimat dari urusetia yang sporting!  
Tarikh kursus 20-22hb, hotel salah letak date..huhu...

Tak pernah berjauhan dengan Aisyah.  Ni 1st time.  Lepas bercakap dengan dia, baru boleh tidur.


Nota kaki sHiLaZiZi: First time kursus luar kawasan.  Berjauhan dengan anak.  Sangat menggusarkan.
Post a Comment