Column

Friday, October 2, 2015

Alahai Anak!

Pantang tengok Adam pegang apa je, mesti dia mengenen nak jugak.  Dah tu, bukan takat tengok je, amik terus tanpa rasa bersalah.  Aisyah, janganlah bagi malu mak oh anak ooi...
Laptop cousin dah macam laptop dia sendiri gayanya ni!

Sepupunya tengah syok main game Zombie dalam tu, datang Aisyah, rampas!  Terdiam member tu.  Disergah dek Aisyah terus menangis.  Hati tisu sungguh Adam tu.  Aisyah memang suara besar.  Memana budak kalau dengar dia menjerit pun boleh nangis.  


Macam pandai je nak guna laptop tu

Sorang gegirl, sorang boboy tapi perangai?  Yang gegirl lebih boboy dari yang boboy...

Tempat favorite Aisyah
Ada kisah tersendiri kat tempat favourite Aisyah ni.  SA dok baring dalam bilik dengan Aisyah.  Pintu bilik tu terbuka.  Aisyah nampak Babah dia ke dapur.  Dia berjalan keluar bilik.  SA biarkan je sebab nampak dia nak pergi kat Babah.  Tak lama tu, neneknya datang ke bilik tanya Aisyah ke mana?  SA cakaplah dia dah keluar bilik ikut Babahnya.  Sekali Babahnya boleh cakap tak ada.  Aik! Pelik! Sebab bilik tu sebelah dengan bilik air je.  Jenguk ke bilik air tapi tak ada.  Cuak semua orang.  Gelabah cari Aisyah.  Tetiba.....


Habis paperbag kesayangan nenek dibuat main...dipijak-pijaknya

Dengar suara Aisyah dari bawah meja.  Selak kain alas meja tu, tengok dia tersengih je.  Aisyah....Aisyah....puas orang mencari dia merata.  Rupa-rupanya dok bawah meja.  Padanlah pengasuh pun cakap benda yang sama.  Aisyah suka dok bawah meja.  Kalau merajuk, dok tepi celah kabinet tv. Hmm...


Anak bertuah

Bagi Aisyah dressup macam perempuan, tapi perangai kalah lelaki.  Sepupunya pun tak terlawan.



Nota kaki sHiLaZiZi: Seronok tengok anak membesar depan mata :)


Post a Comment