Column

Thursday, October 29, 2015

Pakaian Beragam BUKAN Untuk Kanak-Kanak


Jom ke hari kedua pulak.  Sesi pagi, kami diminta buat picture collage berkaitan apa yang kami tengah fikirkan.  Gambar ambil daripada majalah dan suratkhabar lama.  Waktu tu, dalam kepala SA cuma ada.....


Apa yangku fikir saat itu? AISYAH

Majoriti kengkawan tegur gambar baby tetengah tu.  Semua kata SA rindu anak.  Memang pun!  First time berjauhan dengan anak kot.  Inilah perasaan mak-mak.  Sedih sangat.  Setiap orang gambar beremosi.  Tentang alam, family, kewangan dan memacam lagi.  Lepas tu kena share kisah kertas tu kat teammate.  Inilah saat meluahkan perasaan supaya kita tak rasa terbeban dengan pelbagai perkara di kepala.  

SA nak citer apa?  Citer pasal anak je lah.  Ramai yang terkejut bila SA cakap anak, husband yang jaga.  Diorang kata lelaki susah untuk jaga anak.  So, kiranya SA ni kategori isteri yang sangat beruntung sebab suami boleh handle anak bila SA tak ada.  Bangun tengah malam buat susu anak ke, basuh kencing berak anak pun Gendut yang buat.  Alhamdulillah.  SA bawa balik tau gambar ni sebab nak bagi kat Aisyah tapi sampai la ni tak terbagi lagi. Haha....


Lunch
Settle sesi interpretasi gambar, kitorang pergi lunch dan rehat kat bilik.  Petang ada sesi lain pulak. Sesi pakaian beragam untuk mak/ayah dan nenek/atok. Haha....  Kami kena buat menara straw yang kukuh dimana boleh diletakkan 2 biji telur ayam di atasnya dan pakaian beragam untuk 'fashion show' katanya.  Pakaian tu buat dari balance surat khabar lama yang guna pagi tu dan jugak majalah lelama.

Group kami

SA memang out of mood time kursus ni.  Mood bergambar je yang ada.  Adoi! Mood nak buat kerja, dengar ceramah semua tu memang tak ada.  Hati tertinggal di Kuala Lumpur.  Haha... Even time kursus ni SA dilantik jadi Penghuluwati, SA memang tak buat apa-apa.  Tak feel langsung kursus. Nampak je SA gelak-gelak tapi dalam hati tuhan je yang tau. Huhu....


Our model pakaian beragam.  Nama fashion: Avenger Tak Jadi Kahwin
Siap ada long veil tau model kitorang ni. Ala-ala Sultan Johor katanya.

Hasil menara straw peserta.  Memacam gaya ada.

 Nota kaki sHiLaZiZi: Susah bila berkursus teringat-ingat kat anak ni.  Mood jadi swing!


Post a Comment