Column

Friday, October 2, 2015

Makan-Makan: The Gossip Kuala Lumpur

SA memang suka makan dan try tempat makan yang baru.  Baru-baru ni, adik ipar SA mengidam nak makan pasta Humble Chef, sekali pergi, tutup.  Baru teringat, hari tu raya haji ke-2.  Dah tentu deme cuti raya.  Hmm... Dah la dia ngidam.  Puas fikir nak bawa makan kat mana.  Tetiba teringat food truck kat Jalan Genting Klang.  Dari Damansara kitorang ke Jalan Genting Klang semata-mata nak penuhi permintaan adik iparku.  Jauh kan?  Tapi tak apalah... SA pun pernah rasa kempunan mengidam ni kalau tak dapat.  Sedih teramat tau.  Padahal tak dapat makan je pun.  Perasaan orang mengandung ni memang sensitip sangat.  :)

Selepas mengharungi kegelapan malam...taraaaaa......

The Gossip Food Truck

Nah korang, SA belanja tengok menu dulu....jangan risau, walaupun makanan barat tapi harga dijamin kebaboom!!  Berpatutan sangat.  Ni kira harga pitam ni dek non...

Memacam ada!

Semua bawah RM20

Dari makanan pembuka selera , main course sampai ke pencuci mulut.  Namakan saja.  Semuanya ada.  Minuman pula hanya ada jus buah segar yang dikisar sendiri dan air mineral untuk yang tak nak air manis.  Maaf.  Gambar minuman terlupa nak snap sebab sedap sangat! Hehe... Saiz minuman sama macam cup air yang jual di pasar malam.  Full dan jusnya asli.  Pekat dan likat.  Semua makanannya dalam saiz hidangan yang besar.  Memang kenyang makan.  Untuk yang berdiet, sepinggan boleh makan berdua.

Menu pilihan SA dan keluarga.....


Mama....Grill Chicken - RM8.50

SA teringin.....Grilled Salmon - RM15.50
Ikan salmon yang lembut, juicy disertakan dengan penne dan spiral pasta.
Dihidangkan bersama mashed potato dan baked potato.
Dibanjiri blackpepper sauce yang super sedap.

Adam dan Aisyah....Mashed potato
Semangkuk besar dibaginya.

Gendut dan SA....Spaghetti Aglio Olio RM9.50
Dihidang bersama Garlic Bread dan mussels yang banyak.

My adik ipar - Spaghetti Bolognese RM8.00
Dilimpahi sos bolognese
Dihidang bersama Garlic Bread yang super lembut dan garing

My biras... Mushroom Soup & Garlic Bread RM4.50
Sup yang sangat berkrim, berlemak, pekat dan sesedap rasa.
Potion sangat banyak!

My adik ipar-Spaghetti Carbonara RM8.00
Sos yang super pekat dan gerenti sedap.
Makan bersama dengan garlic bread tu pun sedap.
Lokasi Food Truck ni di Jalan Genting Klang.  Berhampiran dengan Cheese Naan Danau Kota.  Tepi jalan je pun.  Senang je nak cari.


Nota kaki sHiLaZiZi: Asyik makan je, mana tak naik berat..hehe...iols tak kisah janji sihat :)


Post a Comment