Column

Thursday, October 29, 2015

Hotel Seri Malaysia Temerloh, Pahang

Ni SA nak review sikit pasal hotel yang SA stay sepanjang berkursus last week. Hotel Seri Malaysia Temerloh, Pahang. Bilik SA bernombor 109.  Kiranya naik je tangga sebelah receptionist counter tu, terus tuju ke bilik je.  Dekat sangat.  Dekat nak ke bilik kuliah, dekat jugak nak ke coffee house. 



Bilik selesa untuk 2 orang.  Kalau family besar pun sesuai untuk bilik ni sebab bilik ni ada pintu tuju bilik sebelah.  Room to room.  Yang kurang best, aircond tak boleh laras.  Nampak macam boleh adjust tapi tak boleh.  Bila dah adjust, still akan kembali ke suhu 24 darjah jugak.  Dah la SA dan roommate tak kuat guna aircond.  Agak sedih disitu. Huhu...




Disediakan 2 arm chair dan coffee table.  So, bolehlah beristirehat kalau penat berbaring je kan.  Complimentary coffee and tea pun ada. Siap dengan kettle sekali. Cuma tak ada mineral water je.  Mungkin hotel boleh sediakan air mineral botol kecil lepas ni untuk customer. TV Flat Screen pun ada.  Yang tak ada channel Astro je.  Tapi untuk orang berkursus macam kami, kira okaylah.  Janji boleh tengok berita.  Hehe...



 Ni pulak ruangan toilet.  Bersih.  Cuma complimentary shampoo dan sabun mandi dapat 1 set je.  Padahal kami berdua dalam bilik tu.  So, call receptionist minta 1 set lagi.  Nasib baik diorang nak hantarkan.  Terima kasih atas layanan yang baik itu.  Yang tak memuaskan cuma bau kat toilet ni, sangat-sangat tak best.  Sampai kitorang bancuh shampu tu pastu siram keliling toilet, baru hilang sikit bau tapi tu tak lama.  Lepas tu bau naik balik.  Tak tau nak kata bau apa.  Bau cicak mati agaknya.




Yang feeling tak boleh mandi air sejuk, water heater juga disediakan.  SA mandi air sejuk je sebab tekanan air kurang kat sini.  Tak best mandi air panas.  Haha... Banyak complaint kan.  Ada lagi...




Korang tengok gambar kat atas ni...Inilah tuala hotel yang kami dapat.  Dah carik-carik.  Sedih. Sebab hotel nampak best on 1st impression tapi bila masuk bilik, dapat tuala gini, sedih sikit la.  Nasib baik bawa towel sendiri.




Bab makan, alhamdulillah.  Boleh dipuji.  Semua sedap.  BBQ pun sedap.  Panas-panas dihidangkan dan sos pun sedap.  Pendek kata, sedap semuanya cuma ada kala makanan tak cukup potion.  

Untuk staf Hotel Seri Malaysia Temerloh,  anda memang best, peramah dan cepat bertindak especially Diana, the receptionist.  Keep it up!

Keseluruhan, SA bagi 6/10.

Actually, SA dah pernah menginap kat rangkaian hotel ni di Pulau Pinang, Kulim, Genting Highland, dan Port Dickson.  Experience setiap hotel tu berlainan.  Tapi lama dah...bertahun yang dulu.

Hotel Seri Malaysia ni ada kat seluruh Malaysia.  Korang boleh check website atau pun fb page kat bawah ni:



Nota kaki sHiLaZiZi: Hotel Seri Malaysia Temerloh senang dicari.  Dekat sangat dengan pekan Temerloh.


Post a Comment