Column

Friday, October 30, 2015

Atok di CCU

Kelmarin mama call Gendut bagitau atok pengsan. Gendut memang sayang atok dia ni.  Kami puas fikir macam mana nak pergi ziarah atok kat hospital sebab kereta kami roadtax mati.  Tak berani bawa jalan jauh.  Hari ni baru nak renew.  Biasalah hidup berumahtangga ni kan.  Ada masa sengkek habis.  Time bujang dulu pun sama jugak. Haha... Niat tu baik kan, penyudahnya adik ipar SA call ajak pergi sama.  SA dah sampai ofis pagi tu, terus patah balik ke rumah.  Tunggu adik ipar datang.



Tengok la muka monyok tu sebab bersempit dalam kereta.  Selalunya dia dok dalam carseat kalau naik kereta.  Meragam je sepanjang jalan. Dia tak selesa agaknya.  

Sampai kat hospital, ngam-ngam waktu melawat.  Terus jumpa atok.  Wad CCU bukan boleh masuk sekali reramai.  Maksimum 2 orang je.  So, bagi adik ipar dengan tunang dia masuk dulu.  Lepas tu baru SA dengan Gendut pulak.  Aisyah, SA tinggalkan kat mama.  Nasib baik Hospital Tuanku Jaafar, Seremban ni boleh bawa masuk budak.  Kalau tak, jenuh la nak bergilir-gilir jaga Aisyah kat bawah.  

Kawasan depan CCU tu luas.  So, bermaharajalela la si Aisyah tu.  Kehulu kehilir.  


Tidur atas meja pun jadilah.
Janji kena aircond.
Lena. 

Sampai berganti baju dah Aisyah sebab Pakngah bagi dia makan choki choki, habis comot t-shirt dia. Nasib baik bawa gaun ni sepasang.  Ni kepenatan berjalan sana-sini.  Tak reti diam.  Bawa ke kafe, teman mama makan. Kesian kat mama tak makan sejak pagi. Risaukan atok. 

Waktu Gendut dengan SA jumpa atok, nampak air matanya meleleh. Seronok agaknya tengok cucu-cucu datang ziarah.  Bila ditanya macam mana boleh pengsan.  Katanya fikir banyak sangat.  Atok ni jenis yang memendam.  Apa je yang dia rasa, dia taknak luahkan.  Mujurlah kat Gendut dengan adik ipar SA, dia nak cakap.  Katanya, semua orang kat rumah dah nangis-nangis dah, ingatkan atok dah padam.  Ada ke 'padam' katanya?  Atok...atok... Memanglah semua sedih sebab atok pengsan mengejut macam tu. 

Gayanya sama macam arwah atok SA dulu.  Bila SA tidur dengan arwah atok dulu masa dia sakit, memacam dia cerita.  Atok Gendut pun macam tu jugak.  Dia nak perhatian family keliling dia.  Dia nak meluahkan tapi tak ada siapa yang bertanya.  Orang tua kan, dia takkan cerita kalau tak ditanya.  Dan dia takkan cerita dekat someone tu kalau dia tak berkenan.

Darah tak boleh pam ke jantung. Jantungnya tersumbat. SA tengok tangannya. Bengkak sebab doktor cari urat tak jumpa.  Urat atok halus sangat.


Puas suruh senyum, buat dek je dia.  Panas.

Bila dah bangun tido, bawa naik ke wad. Masam je muka sebab kawasan tu teramatlah panasnya.  Seinci angin pun tak ada! (Seinci??? Suka hati SA je..huhu) Mak je yang over senyum.  Haha...


Tunang adik ipar, bakal biras den.
Kepala sama je dengan SA dak ni :)
Kitorang balik ke KL dalam 8.30 malam.  Penatnya hanya tuhan yang tahu.  Lepas mandi, bersihkan diri bagai, terus cari bantal.  Ngantuk.


Nota kaki sHiLaZiZi: Semoga atok cepat sembuh dan happy macam dedulu. Rindu atok yang suka sembang dan gelak-gelak tu.

Post a Comment