Column

Friday, October 9, 2015

Penangan Rindu Cucu

Penangan cucu sulung ni memang WOW!  Baru sehari tak jumpa, atok dengan opah dah ligan call. Semalam abah call, ingat nak cakap dengan SA, sekali dia tanya pasal Aisyah.  Cett!  Selalunya opah yang rajin call.  Bila tetiba atok call ni, tau dah la.  Nak cakap dengan cucu rupanya.  Tapi abah pandai, dia tak cakap rindu cucu.  Tak cakap pun yang dia nak cakap dengan cucu.  Tapi SA tau, kalau dah tanya tu, memang rindu la tu.  

Budak yang buat semua family meroyan sebab rindu ke dia

Bagi kat Aisyah cakap, kemain suka dengar suara atok.  Telefon memang nak pegang sendiri.  Mak pegang, dirampasnya.  Lepas tu, tekan butang merah!  Bila tak dengar dah suara atok. Marah. Nangis. Sendiri yang matikan call tu, sendiri ciwek.  Call lagi.  Happy giler muka dia.  Lagi sekali dia tekan butang merah.  Pandang muka mak, minta tolong call balik la tu.  Call lagi.  Nasib atok tak marah. Sayang cucukan.  Redha je la.

Kalau anak call bebanyak kali macam tu, memang tinggi dah suara abah tu.  Alahai atok.


Nota kaki sHiLaZiZi: Hari ni, 9.10.15, Nur Aisyah Humairah genap 10 bulan.  Padanlah asyik nak demam je.  Nak cukup umur dan tambah gigi jadi 8 batang rupanya.

Post a Comment