Column

Thursday, October 29, 2015

Last Day! Yeay!



Hari Ketiga!  Yeay!  Boleh balik jumpa Aisyah...Lalala... Baru rasa mood kembali okay.  Hehe... Meroyan jadi mak-mak gaya gini.  Nak anak berkepit je. Kekeke....

Wajah kami first day!
Pagi tu kelas sekejap je sampai jam 10.30 pagi.  Memasing berkobar-kobar nak balik.  SA?  Apatah lagi kan. Hehe.... So, penceramah pun cuma bagi motivasi sesikit kat kami dan citer pasal pengalaman dia.  Tak adalah kami boring dok dalam kelas kan.

Lupa nak citer, hari kedua kitorang diberi ujian personaliti.  So, tau la kita ni personaliti macam mana.  So far, ujian tu memang tepat sangat dengan SA sebab SA jawab jujur sejujur-jujurnya. Haha... Kalau nipu, hasilnya pun menipu le juga.


Ujian Personaliti di hari kedua

Kelas habis je, memasing balik bilik, kemas barang, pulang kunci bilik, makan tengah hari sambil tunggu bas sampai.  Menu last day memang menyengat.  Sup tulang!  Gila sedap!  Rasa tak cukup pulak.  Mana taknya, hati dah riang gumbira nak balik jumpa buah hati Cikunitku sayang.  Hehe..


Ni la Diana, receptionist yang baik hati tu.
Comel kan?

Selfie dulu sebelum balik! :)
Sampai je ofis, terus tuju ke taxi stand.  Tak penyabar sungguh!  Haha.... Nasib baik SA cuma bawa back pack, handbag besar yang boleh sumbat segala mak neka barang dan beg kasut.  So, laju je la jalannya. Tak payah nak heret luggage bagai.  Haha...


Nota kaki sHiLaZiZi: Anak pemangkin semangatku kini. :) Mak-mak sangat kan..hehe....
Post a Comment