Column

Tuesday, October 13, 2015

Makan-Makan: Ayam Penyet Best, Aeon AU2

Jumaat lepas SA ke Majlis Perpisahan Super Senior PA.  Depa buat di Ayam Penyet Best, Aeon AU 2, Setiawangsa.  First time makan kat sini. Nampak menarik dan bersih!  (First impression tu penting) :)
Macam-macam menu ada.  Kawasan untuk makan pun ada memacam jenis.  Indoor ada, outdoor pun ada.


Comelkan ayam ni? :)

Area indoor
 Macam biasalah, enjoy the menu first! :)  Ni sebahagian je tau.  Tak larat nak snap semua, banyak sangat menunya....



Antara minuman yang menyelerakan dan pelbagai pilihan.  Banyak jus buah yang sangat inovatif.  




Ni menu yang SA order...memang terbaik!  Boleh repeat lagi nanti.

Bakso bihun
Bihun banyak, penuh mangkuk.
Bebola daging besar dan sangat sedap.
Sup pun best.  Anak pun boleh makan sebab tak pedas
Nak pedas, boleh tambah cili sendiri.  

Ikan Talapia Bakar.
Kurang sedap sebab rasa macam ikan kurang fresh.
Sambal-ok la

Jus Epal Oren
Pekat dan sedap.
First time, SA rasa jus macam ni.  Sedap jugak.  Ada lagi, jus honey lemon lychee.  Pun sedap jugak. Kat kedai ni, pelayan semua budak lelaki Melayu.  Tak ada perempuan ye.  Servis agak lambat sebab staf tak cukup agaknya.  Order jam 12.30 tengah hari, makanan sampai 1.30.  Ko rasa?  Pikiaq sendiri la na....

Untuk restoran ni SA bagi 8/10 untuk makanan dan 6/10 untuk service.  


Nota kaki sHiLaZiZi: Makan tetap makan, diet tetap diteruskan.  Diet bukan tak boleh makan ye kengkawan tapi kawal cara pemakanan.  
Post a Comment