Column

Tuesday, October 13, 2015

Meriahnya Hari Sukan Negara 10.10.15

Julung kalinya Hari Sukan Negara diadakan.  Tarikh cantik woo... 10.10.2015.  1 Malaysia sambut.  Nampak meriah timeline fb, twitter dan ig.

Punyalah excited nak join meriahkan sama.  Kengkonon nak bawa Aisyah sama tapi memandangkan Aisyah belum mandi dan sibuk main dengan Babahnya, kutinggalkan aje.  Sampai je tempat kejadian, rezeki sungguh dapat parking depan gate.  Terbaik!  Tengok dah ramai kat padang kawad tu.



Time perasmian sempat berwefie lagi... nak tengok video perasmian, silakan ke instagram SA.  Kemain canggih guna belon beso tu.




Sesi aerobik bermula tapi kureng sikit bagi SA sebab macam tak up to my expectation.  Bukan SA sorang je yang cakap, ramai yang mengeluh.  Macam aerobik budak sekolah je gayanya.  Tapi ikut je la.  Meriahkan suasana. 

Habis aerobik,  ada fun run 1.7km. Agak mencabar jugak bagi insan yang dah lama tak bersukan ini...Naik turun bukit bagai.  Mengah jugak le.  Memula macam tak nak join, tapi bila mengingatkan yang jarak tu tak jauh mana, join je la.  Ha, sekali?  Hamek kau!  Mengah.  Lembik lutut.  Gego pale otak sume.  Nasib baik kat rumah ada exercise.  Gagah jugaklah berlari walaupun stop kejap-kejap.  Yang penting, SA dapat gak antara kelompok 10 terawal tu.  Hehe... Balik rumah terbaring lesu.  Nasib baik Gendut baik, nak tolong urutkan kaki.  Kalau tak, memang tak masak le.  Tak larat nak berdiri dah rasanya.


Belanja selfie 1!



Ko tengok beg yang kugalas.. Dah ghupe nak naik gunung.  Dalam tu memacam ada. Roti, buah, towel, air. Tu hasil goodies lepas berlari.  Ni lutut lembik ni, tapi gagahkan diri untuk bergambo. :)




Bangga berjaya habiskan larian yang tak seberapa tu. SA memang perlukan lebih cardio exercise ni.

Memang terasa kemeriahannya walaupun SA cuma join aerobik yang ala-ala je dan fun run 1.7km dalam Kementerian Pertahanan je.



Nota kaki sHiLaZiZi: Masih bertahan untuk #25dayschallenge.  Semalam tergeliat belakangku. Thanks Gendut membantu!
Post a Comment