Column

Sunday, March 31, 2013

Makan-Makan ==> Restoran Sup Pak Anjang

Selalunya aku lalu je depan restoran ni.  Kalau nak singgah pun singgah kedai sebelah je.  Tak pernah masuk sini. Aku tengok kedai ni tak ada orang masuk pun.  Tetiba wonder pulak kan.  Makanan tak sedap ke? Servis tak bagus ke? So, aku pun pergilah try.

Duduk je kat meja, terus datang waiter amik order.  Dihulurnya menu untuk kitorang buat pilihan.  Wow, cepatnya servis! Ini sudah bagus. As usual lah kan, mesti tengok part kanan sekali dalam menu tu.  Mak aih! Nasi goreng USA je kot...tu pun RM9.00.  Tengok lagi menu makanan Arab pulak.  Chicken Mandy RM16.00++.. Terus macam tak jadi nak order.

Tapi dah masuk. Dah duduk pun kan, order la. Mana tau sedap ke. Nanti menyesal pulak tak order kan.



Nombor meja aku 
Memang kedai ni penuh dengan label Coca-Cola tau




Kuey Teow Sup + Perut = RM 5.50

Kuey teow dah tentu tak rasa apa kan tapi tang sup tu, alahai sedih! Tawar hebiaq kata orang Kedah. Rasa sama dengan air suam yang aku order. Bezanya cuma ada bau sup je.  Korang tau tak, aku siap minta extra garam pulak.  Aku pulak olah sup tu jadi sedap.  Lepas dah olah, aku minta Gendut try.  Bertambah ko!! Maknanya olahanku berjaya!  


Nasi Goreng Cina = RM6.00

Nampak colourful sebab banyak sayur. Tambah pulak ada daging dan ayam.  Tapi yang agak mengecewakan, kuantiti nasinya sangatlah sedikit dan sekali lagi, TAWAR. 

Selalu kitorang pergi makan memana restoran pun mesti nasinya banyak.  Kalau tak banyak pun, kira tak adalah nampak dasar pinggan tu kan.  Dengan harga macam ni, memang aku rasa tak patut.  Padanlah tak ada orang masuk kedai ni.  Sekali dah try, a big NO for the 2nd time!


Teh tarik (tak ingat harga)

Yang ni consider sedap.  Nasib baik teh tariknya sedap.  Tak manis sangat.  Sesuailah untuk kitorang.

Total kitorang makan hari tu: RM17.30  mahal tak?

Kalau korang nak try makanan kat restoran ni, silalah.  Diorang bukan ada makanan Melayu je tapi makanan Arab jugak. Alamat kedai ni aku tak tau tapi korang boleh refer kat entri ni sebab kedai ni sebelah-menyebelah. =)


Nota kaki sHiLaziZi: Korang ada idea tempat makan best-best tak? Meh bagi kat aku.  Mana tau boleh terjah ke kan...

Post a Comment