Column

Tuesday, April 2, 2013

Makan-Makan ==> Anggrek Kuring

Dapat peluang untuk buat food testing kat Restoran Anggrek Kuring, Puchong memang buat aku excited sangat.  Mana taknya, elok je aku dapat tau yang aku dijemput sama, terus je aku google pasal restoran tu.  Wow! Menu yang disediakan memang marvelous kot. Lain dari yang lain. Exotic! Selalu tengok je menu-menu ni dalam sinetron Indo (almaklumlah, aku kan penggemar sinetron Indo ni..hehe...) 




Sebelum kita terus ke senarai menu, meh aku inform kat korang.  Restoran ni HALAL. =)
Kalau tak, confirm aku dah tolak awal-awal jemputan ni.




Meja VIP untuk kitorang =p



Menu of the day



Jom makan!



Air pembuka selera
Cucumber Lime Juice




Coconut Shake terbaik 
Pekat dan kuat rasa kelapanya...sangat pure!



Nasi Uduk
Lebih kurang macam nasi lemak, bezanya nasi uduk ni dimasak dengan herba khas




Ikan Kerapu Berdiri (Standing Fish)

Ada cara tau camne nak dirikan ikan ni.
Overall ikan ni boleh makan sebab sangat garing. 
Sos ikan ni dibuat dari kuning telur masin. 
Rasanya berlemak.




Ni pulak Ayam Bakar (Grilled Chicken)
Ayam ni diperap dengan rempah yang istimewa. Rasanya memang sedap.
Isi ayam pun lembut.




ISTIMEWA! 
Satu lagi menu ayam kat sini.
Nampak macam biasa je kan. 
Ayam ni dipanggil Soft Bone Chicken.


Maksudnya kita boleh makan ayam ni tanpa perlu risau tercekik =) sebab tulangnya boleh dimakan camtu je. Ayam ni juga diperap dengan rempah rahsia pemilik restoran. Kemudian, dimasak dengan api yang kecil selama 6-7 jam.  Lama kan.  Oleh itu, kalau korang berhajat nak makan ayam ni, kenalah call dulu buat reservation supaya bila datang nanti taklah kempunan sebab ayamnya dah habis. :)

Kalau aku masak ayam camni agaknya, rentung! Tak jadi dah soft bone, terus jadi very hard bone chicken. Haha...




Ni namanya Tauhu Gejrot

Kita kat Malaysia panggil tauhu bakar ler.
Tauhunya memang lembut dan tak liat.  Tu yang best!  
Tapi sos dia yang buat aku cop tauhu ni as my favorite dish of the day.  
Sedappppppp sangattttttt!
Makan dengan hirisan timun pulak kan..Perghh...


Pepes Jamur

Yang ni pulak sama macam pais ikan atau otak-otak.  
Yang bezanya adalah kandungannya.  
Pepes ni padat dengan cendawan.  
Tak pedas so budak-budak pun boleh makan.
Sesuai untuk yang vegetarian jugak.

*Jamur tu cendawan dalam bahasa Sunda ya anak-anak =)


Disebabkan pegedelnya abis, diorang ganti dengan kangkung belacan
Sedap jugak.
Kalau ada yang resdung, masih boleh makan ni sebab belacannya kurang sangat. =)



Udang Sambal Petai

Ni consider makanan biasa orang Malaysia lah kan.
Aku kurang suka menu ni sebab udang dia macam terlebih masak. Lembik. 
Tapi udangnya besar-besar hokay.
Yang penting, makanan kat sini semua tak pedas sebab dah diolah mengikut citarasa orang Malaysia yang pelbagai ragam ni..hahaha..
Kalau korang rasa nak pedas, pesan awal-awal k.


Kalau korang nak cuba makanan dengan cara hidangan yang eksotik ni, silakan ke: 

Restoran Anggrek Kuring
30-1, Jalan Puteri 1/4
Bandar Puteri, Puchong
47100, Puchong, Selangor
Tel:03-8063 8050



Nota kaki sHiLaziZi: Ada niat nak ke sini lagi sebab panggilan makanannya.. bukan panggilan pulau haaa..






No comments: