Column

Monday, April 15, 2013

Mem'private'kan Diri di Private-I

Sesi memanjakan diri lepas kerja.  Hooray!!! Jom kita ke spa!! 

Actually aku ke spa bukan untuk mandi sauna ke apa, just untuk massage je.  Aku dah biasa bab urut-mengurut ni..hahaha...tapi tradisional la, kat rumah.  Takde nya nak ke spa bagai ni ha..unless ada yang nak sponsor! Macam kali ni, aku dapat refund by Groupon atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, so, aku redeem la untuk sesi mengurut ni.


Tempat khusus untuk WANITA!  
Best kan....

Kat sini, tukang urut semuanya peramah belaka.  Tak lekang dengan senyuman tau.



Loker yang besar dan luas.  Senang nak simpan barang.
Sebelum nak mulakan sesi urutan, kenalah simpan segala maknek barang yang korang bawa dalam ni.
Don't worry sebab loker ni dalam bilik urut korang. :) Sempoi kan...



Siap ada jakuzzi lagi! Tapi aku tak try pun.. 
*tak ada dalam pakej aku ler...



Ni lah bilik urutan saya! Yang pintu kaca tu, bilik mandi tau.
Yang penting memang selesa.  Dengan lampu yang ala-ala suruh kita tidur ni kan...
Memang ummphhh lah!

Aku punya pakej massage dalam 2 jam.  Urutan herba! Memang sedap bila badan dah kena urut ni.  Terasa fresh je.  Lepas sesi berurut, diorang hidangkan air pulak.  Bagi aku, harga kat sini antara yang termurahlah...  Kalau korang nak rasa pakej murah macam aku ni, rerajinlah check kat MyDeal, Groupon, Bigsale, Streetdeal dan lain-lain lagi...   Jimat sesangat tau...

Nak tau lanjut??  Ni details pasal Private I

Private-I
No 5, Jalan Kuchai Maju 7,
Enterpreneurs Park,
Kuchai Lama,
58200 Kuala Lumpur

Tel: 03-79722330





Post a Comment