Column

Monday, March 25, 2013

Makan-Makan ==> Restoran Mee Kari Udang Galah

Dah lama teringin nak makan udang galah.  Kalau ke kedai mamak, confirm cekik darah punya. Tetiba aku teringat ada satu restoran yang serve udang galah kat Bandar Seri Permaisuri.  Restoran Mee Kari Udang Galah.

Kill menu la kata orang kan memang udang galahnya lah! Aku dah try.  Kali ni aku tak try mee kari tapi aku order mee bandung.  Memang terbaik! 




Mee bandung udang galah. 




Udangnya fresh dan segar. Besar pulak tu.
Rasa kuah mee bandung yang pekat dan penuh dengan carrot. I like!



Roti Sardin
rasa macam murtabak... sardinnya padat



Teh tarik
kena dengan citarasa aku means tak terlalu manis..


Harga makanan kat sini pun berpatutan. Tambah pulak servis diorang cepat.  Kiranya baru order air, tak sampai 10 minit, air dah sampai.  Yang bestnya lagi, dining area pun selesa dan bersih.

Pasti HALAL!  Ni yang wajib aku cari.  Almaklumlah, kita yang muslim ni kan mencari yang halal itu fardhu :)


Licin!
Bukan kes lapar, ni kes memang sedap wooo!!


Kalau korang nak try apa yang aku dah try ni or nak cuba menu-menu lain, burger pun ada tau. Silakan ke:

Restoran Mee Kari Udang Galah
Jalan Dwitasek ,Dataran Dwitasek
18 Jalan Seri Permaisuri
56000 Kuala Lumpur


 Tel: 03-9174 1956


Nota kaki sHiLaziZi: Eh, korang! Kalau ada tempat makan best-best, roger kat aku eh =)

Post a Comment