Aku dijemput untuk meraikan ulangtahun Reebonz yang ke-4 kat butik diorang di Bangsar. Since aku dapat jemputan untuk 2 orang, so, aku ajaklah officemate aku, Kak Ina. Nasib akak ni sporting. Aku cakap kat dia nak pergi event orang kaya, terus excited ko!! Mana taknya, setakat aku dengan akak ni, haruslah belum mampu nak beli handbag yang harganya....fuh!
Eh, kejap! Korang tau tak Reebonz ni apa? Meh la aku citer sikit pasal Reebonz ni. Actually, Reebonz ni online shop for those yang nak beli branded merchandise macam handbag, kasut, accesories. Authentic! Not fake hokay..Cuma harganya lebih murah berbanding yang dijual kat butik-butik jenama tu sendiri kat Malaysia ni. Penghantaran PERCUMA! Best kan...
First 100 yang datang event ni akan dapat goodies bag worth RM500. Aku sendiri pun tak tau apa isi goodies bag tu sebab....aku dalam kategori 100++..ahaksss...terlewat sampai sebab jalan nak ke Bangsar tu jem!. Frust!
Gila kejap bila aku tengok handbag cecantik ni...
Semua orang berebut nak beli sebab harganya lebih murah dari kat luar...
Bukan murah sikit tau...diskaun sehingga RM3k untuk sesatu beg tu
Sherly (kalau tak salah lah), me & Kak Ina
Sherly again (macam nak tido je..hehe...), Dee & me
Diorang ni memang super friendly. Lelagi si Dee tu. Aku paling suka time dia bercerita. Memang penuh perasaan. Memang happening giler. Yang kelakarnya, baru kenal tak sampai 10 minit, kitorang dok menyembang macam dah kenal 10 tahun! Hahaha... samalah dengan Sherly tu..
Kalau korang rasa nak usha-usha, gi lah kat fb Reebonz Malaysia atau website Reebonz
Thanks to Reebonz Malaysia for the party. Much enjoy! :)
Nota kaki sHiLaziZi: One day akanku miliki juga one of the bag. Cantik giler kottt..haha...
No comments:
Post a Comment