Column

Friday, March 29, 2013

Makan-Makan ==> Restoran Rosdet Kg. Baru

Banyakkan kedai makan kat Kg. Baru tu?  

One of my favourite restaurant pun kat situ jugak. Restoran Rosdet Kg. Baru.  Ala...yang belakang Chow Kit tu..dekat dengan KL International Hotel (ramai orang panggil hotel ni 'hotel polis'. Jangan tanya aku sebabnya sebab aku sendiri pun tak tahu).

Actually, yang ni consider dinner kitorang lah lepas join events back to back for a long day.  Event apa? Event ni dan launching pelapik tilam. 

Tengoklah, walaupun kitorang order hidangan untuk seorang tapi kitorang boleh makan 3 orang tau kecuali nasi.  Nasi tu kitorang memang order untuk 3 orang tapi tengoklah, kitorang siap boleh buat nasi tambah lagi. =)



Banyakkan potionnya?



Nasi Goreng Cina
Banyakkan...makan dengan telur dadar garing camni memang layan lah!



Sup Campur
Memang favourite aku bab sup ni.
Cukup masam, manis dan pedasnya.



Ayam Paprik
Daging ayam lembut dan dihidangkan bersama sayuran. 
Boleh kira seimbang lah jugak. :)



Kangkung Belacan
Rasa fresh...entah-entah pemilik restoran beli kat Chow Kit...hahaha....



Ni favourite Gendut.  
Licin ko dia makan sorang.
Sedap katanya.

Harga kat sini kira berpatutan dan restorannya boleh dikira bersih. Kalau korang nak tau yang perkenalkan restoran ni kat aku adalah Kak Nora.  Dia memang suka bawa family dia makan kat sini sebab kat sini luas dan selesa.  Pilihan makanannya pun banyak.  Sesuailah untuk seisi keluarga dari yang kecik sampai yang dah lanjut usia =)


Nota kaki sHiLaziZi: Dulu selalu makan kat luar dengan family tapi sekarang tak leh dah sebab kesihatan abah yang tidak mengizinkan.  So, makan kat luar dengan orang lain je la.huhu...
Post a Comment