Column

Tuesday, September 29, 2015

Raya Haji di Cheras

Ni first time SA beraya dengan mentua.  SA dengan anak je pun.  Gendut kena kerja time raya.  Raya ke-2 baru cuti. Walaupun raya haji kat Kuala Lumpur ni tak semeriah di pantai timur sana tu, tapi kami kat rumah tetap meriah sebab mak mertua den rajin masak.  Menantunya ni rajin jugak, rajin makan je. :)  Eh, tapi tolong potong-potong tu ada la sesikit.  Tak adalah malas sangat.

Pepagi lagi mama dah mula masak.  Inilah menu di hari raya haji pertama.

Kuah lodeh sayur melimpah...makan gitu je pun sodapp...

Rendang Ayam Mak Mentua

Nasi Impit Instant tapi kena rebus sendiri jugak ye...

Set Pulut Kuning pemberian jiran

Kuah Kacang Mak Mentua

Berulang-ulang SA makan sebab ada nasi impit! SA ni memang hantu nasi impit.  Sodap sangatt! Dan yang paling best issss......mak mentua den buatkan aiskrim goreng giant untuk menantunya ini...yihaaa!!! Makan memalam sambil tengok tv memang marvellous!

Aiskrim Goreng Special. Besar weh!


Nota kaki sHiLaZiZi: Korang ada hidangan rare tak time raya?
Post a Comment