Column

Monday, September 21, 2015

Belajar Menjahit Dengan Yasalma

SA ni kategori insan yang tak boleh dok diam.  Ada je terfikir nak buat memacam benda.  Terbaru, teringin nak belajar menjahit.  Bukan untuk amik upah atau meniaga.  Sekadar mengisi masa lapang dan suka-suka je.  Sambil-sambil layan Aisyah kat rumah tu kan.  Daripada tengok tv, habiskan masa, baik belajar menjahit.  Tambah kemahiran.  Terfikir nak cari kelas online je sebab payah kalau kena kelas yang 'face to face' ni.  Padahal dah beli buku jahit jubah dari Cikgu Yasalma ni tapi tak jalan jugak. Ye lah dah ada anak kecil ni memacam halangan.  Tapi halangan bukanlah alasan untuk tidak belajar ye.  

Time skrol timeline fb, Cikgu Yasalma ada post tentang Kelas Palazo Online.  Yuran promosi pulak tu.  Rugi kalau tak grab.  Terus whatsapp cikgu.  Alhamdulillah, ada slot kosong lagi.  Tapi tak lama lepas tu, cikgu cakap dah tutup.  Gila ramai yang rebut peluang belajar online ni. Dah la SA memang suka pakai seluar palazo ni.  Peluang la nak belajar buat sendiri.  Terima kasih Cikgu atas peluang yang diberikan :) 

FB Page: Yasalma Sewing School


Memula was-was gak, takut tak berjaya siapkan palazo.  Almaklumlah belajar online je kan, bukan ada cikgu depan mata untuk tunjuk ajar.  Segalanya hanya melalui whatsapp semata-mata.  Kelas ambil masa 3 hari.  Setiap hari cuma 1-2 jam je.  Memang best.  Excited ko! Hehe...

Nak tau macam mana bestnya pengalaman pertama belajar menjahit online dengan Cikgu Yasalma?  Next, SA cerita...hehe...  Sementara tu, korang boleh check fb page kat gambar atas tu dan laman web Yasalma Sewing School untuk tengok pelbagai jenis ebook menjahit.  Rasa macam nak beli je semua...hahaha....


Nota kaki sHiLaZiZi: Belajar memang menyeronokkan...lepas belajar masak, belajar menjahit pulak...suka!

Post a Comment