Column

Tuesday, September 29, 2015

Cikunit di Hari Raya Aidiladha

Cikunit ni baru dapat kaki.  Sejak 8 bulan pandai nak menapak ni, sekarang dah 9 bulan makin laju dah.  Berjalan ke hulu ke hilir dia kat rumah nenek.  Dengan sepupu dia pun dia tak hairan langsung tapi mainan sepupunya, dia buat macam ghete sendiri.  Adoilah anak.


Baju raya Aidilfitri & Aidiladha....

Baju kurung merah ni Babah beli time nak raya puasa dulu tu.  Time tu Aisyah baru 6 bulan.  So, baju tu kira ngam la kat dia sebab kain lycra cuma kain je besar.  Kena lipat 2 kali. Tapi bila dia dah 9 bulan, pakai baju ni dah macam baju kurung moden la pulak.  Sendat kat perut muncit dia tu.  Hahaha...Tapi kainnya masih ngam.


Mak Esah in action!

Suka bebeno masuk jari dalam mulut.  Tu yang sumbat puting je tu.  Tapi Aisyah ni bukan budak jenis yang tak boleh lekang dengan puting.  Kalau cabut pun, dia okay je.


Bila dah pandai memanjat.  Pakai baju kurung pun perangai serupa babyboy jugak!

Tangan merayap tapi usha line dulu. Hmm...

Akal panjang oooo budak ini.  Tengok la tu, tangan dah stand by, mata tengok keliling.  Bila perasan semua orang pandang dia, nyeringai je tunjuk gigi.  Mak sedara dia cakap gaya muka Chucky.  Kehkehkeh.... Tak sampai 2 minit habis semua set mandian sepupunya kat atas meja tu berterabur dibuat dek Nur Aisyah Humairah!

Ni usha line nak masuk ke bawah meja tu.  Bajet mak dia tak nampak la tuuu...

Ni perangai baru time kat rumah nenek.  Main bawah meja.  Satu la perangai Aisyah yang SA perasan, dia akan usha line dulu kalau nak buat apa-apa.  Tapi kalau dah dengar 'NO!' dari mak dia, memang terus diam le.  Seriau kot dengan word tu kalau keluar dari mulut maknya ni.  Kalau orang lain cakap, dia tak berapa heran sangat.


Tak reti diam

 Tawaf keliling ruang tamu rumah nenek.  Dari depan ke belakang, belakang ke depan.  Penyudahnya bagi dia mainan.  Nak suruh diam. Bagi teddy bear memang tak jalan hokay.


Masuk mulut lagi! Tengoklah matanya tu...
Dapat xylophone si Adam, sepupunya.  Suruh main, dia buat masuk dalam mulut pulak.  Tapi tengok orang ketuk, dia pandai nak ketuk jugak.  Pastu buat ghete.  Yang si Adam lalu-lalang tengokkan aje. Adam pulak takut kat Aisyah.  Aduhai!


Nota kaki sHiLaZiZi: Tak boleh nak bawa Aisyah keluar raya pertama sebab jerebu kuat giler sampai masuk dalam rumah.  Nak bernafas pun susah.

Post a Comment