Column

Tuesday, September 22, 2015

Makan-Makan: Restoran Periuk Belanga Kelana Jaya

Nampak ramai orang kat sini... Nama pun nampak sedap...Restoran Periuk Belanga.  Semalam dinner kat sini. Jauh dari KL ke Kelana Jaya family SA dinner.  

Ramai customer...first impression mestilah SEDAPPPP

Cantik buku menunya...

Korang tengoklah, banyak giler menu diorang.  Siap ada yang set untuk beberapa orang makan lagi. Harga pun kira berpatutan.  Kalau tengok pada menu memang menyelerakan.  Kiranya menu serata Malaysia le ni.  Semua negeri punya menu pun ada.

Set nasi

Set istimewa

Set Istimewa Lagi!

Set Masak Lemak Cili Api-Negeri Sembilan

Set Asam Pedas Johor

Restoran ni menunya memang lengkap dengan pencuci mulut.  Bak kata orang kampung teman, desert. Hahaha...SA minta ABC Special tapi malangnya tak ada.  Ais batu sagat habis katanya. Hmm...tak merasalah teman.
Dessert pun ada ko!


Tengoklah...berpuluh jenis minuman disediakan

Dah terliur tengok menu?? Ke dah nak termuntah sebab nampak banyak sangat menunya? Hehe... Meh kita tengok apa yang kami order untuk santapan dinner semalam.. :)

Jus Epal Asam Boi menjadi pilihan Gendut.
Pekat dan melekat.
Terbaik!

SA pilih Sup Special.
Ada udang 2 ekor, daging 4 potong dan sayur.
Tak pedas sebab nak makan dengan Aisyah.
Potion besar.  Kira okay-okaylah.
Cuma tak tau apa yang specialnya? 

Main dish Gendut-Nasi Goreng Seafood
Udang Goreng 2 ekor-sederhana
Sotong kira banyak jugak.
Siap ada sambal belacan dan keropok ikan.
Gendut kata-bolehlah.
Telur Gulung
Gendut nak telur bungkus tapi tak ada dalam menu.
Telur dadar yang diisi dengan sambal dan sayur campur.
Sedap.
Tak puas makan sebab macam sikit sangat. :(

Nilah overall menu kami dinner.

Restoran ni ada di 2 tempat.  Kelana Jaya dan Danau Kota, Kuala Lumpur.  SA bagi 6/10.  Kalau korang teringin nak try, boleh refer gambar kat bawah ni ada alamatnya.  Siap dengan no tepon sekali.

Nanti boleh cuba cawangan Danau Kota pulak.

Nota kaki sHiLaZiZi: Selalu gini, nampak restoran ramai orang tapi bila rasa sendiri, indah khabar dari rupa. :(

Post a Comment