Column

Wednesday, September 9, 2015

Cuti Bajet: Perlis 2

Hari Kedua: Pepagi bermalas-malasan di bilik.  Minum complimentary coffee.  Makan kudap-kudap.  Lepas tu baru keluar cari sarapan dan menuju ke sasaran. Shopping! Walaupun bajet, tetap kami boleh menyopping tau! :) Kitorang sarapan kat Padang Besar je.  Memang terbaik.  Sedap!

Harga pun murah.  Barulah berjumpa dengan kedai makan yang murah.  Sebaris je dengan kedai makan yang semalam cuma yang ni hujung sekali sebelah sini. (boleh bayangkan tak sebelah mana?)

Tu nama kedainya...Aisyah dan Moksu jadi model jap :)

Sementara tunggu makanan sampai, kita posing dulu
 Ada 1 makanan yang namanya macam makanan Jepun je.  SA try order. Ada sayur, seafood, bebola ikan homemade. Macam tomyam. Ada suhoon.  Sedap giler.  Potion pun besar.  Kami makan share-share je.  Tapi....den lupo namo eh. Harga cuma RM4 je semangkuk. Ini kali, mama belanja breakfast! Siap dapat pulut mangga lagi tau! Yeay!!  Thanks mama. :)

Sedap woo..tapi nama tak ingat.

Dah selesai breakfast, bawa mama dengan Mira (adik iparku yang comel) jenjalan shopping.  Rambang mata diorang. SA pun dapat bahagian jugak rupanya.  Gendut belikan aku baju.  Hoyeah! Aisyah pun dapat jugak. Dah ngabihkan duit, moh le kita ke ke kampung.  Bawa deme tengok sawah padi pulak.  Excited adikku ini. Dia turun ke batas, SA tolong snap gambar dari dalam kereta je. Malas turun. Hehe..  Hampir sekitar Perlis kami berjalan.  Dari Kangar, Padang Besar, Wang Kelian yang dah tak berapa meriah tu :( dan sekitarnya.


Happy dapat jejak ke batas sawah.

Kami jalan-jalan sampai ke malam.  Dah penat jenjalan, balik ke hotel.  Singgah beli nasi kukus ayam dara kat depan Bank Rakyat sebab baunya menusuk ikut lubang aircond kereta.  Tapi bila beli rasanya, ok-ok aje... Sedap lagi yang dekat rumah SA di KL ni.


Nota kaki sHiLaZiZi: Time kami pergi ni, lepas musim Harumanis, cuti sekolah, cuaca hujan petang dan tengahari panas terik.  
Post a Comment